Eyda

Shopping Dengan ZALORA

9/10/2015 01:21:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak citer Eyda memborong di ZALORA.. Ini merupakan pengalaman Eyda memborong dengan Zalora..

Alhamdulillah pengalaman pertama Eyda dengan Zalora memang okey.. Mana taknya, lewat petang Jumaat (28 Ogos 2015) lebih kurang jam 5.00 petang Eyda memborong.. Hari Selasa, barang dah sampai.. Memang cepat mereka proses dan membuat penghantaran.. Sedangkan hari Sabtu, Ahad dan Isnin minggu tersebut cuti..




Begini alkisahnya, Eyda kena attend satu program yang mensyaratkan pemakaian kasut bertutup.. Kasut bertutup lama dah rosak, sampai sekarang tak beli baru lagi.. 

Bila teringat baucar ZALORA, Eyda terus bukak web ZALORA.. Apa lagi, masa untuk menggunakan baucar untuk memborong kasut.. Hehehe sekali memborong dua pasang terus.. Tamak betul kan Eyda.. Apa salahnya, sesekali memborong..

Eyda beli kasut biasa-biasa jer, asalkan sedap memakai dah memadai.. Jom ushar skit hasil borongan Eyda dengan ZALORA..

Sandal SPiFFY berharga RM69.90

Sekarang dah tak minat kasut tinggi-tinggi.. Sedap kasutnya dan ringan plak..

Inilah tujuan asal nak memborong, kasut bertutup.. Sebenarnya Eyda berkenan kasut yang lain, tapi saiz plak dah abis.. Jadinya kena laa cari kasut yang tak mahal dan memenuhi budget..


Akhirnya kasut Louis Cupper RM45.90 ini menjadi pilihan..

Alhamdulillah sedap tapak kasut nih.. Selesa sangat.. Dan dah selamat pakai dah pun.. Lepas nih nak pakai masa bila pun tak tau.. Yelah, jenis tak berapa dengan kasut bertutup laa katakan..

Mesti korang nak tau sebab musabab Eyda tak berapa gemar berkasut tutup nih.. Bukan apa, Eyda ada pengalaman kaki melecet disebabkan memakai kasut bertutup.. Jadinya sampai sekarang Eyda hanya akan pakai kasut bertutup jika terpaksa jer.. Siapa kat sini ada pengalaman macam Eyda, meh kongsi sikit..




Nak tau tujuan dan program apa Eyda pakai kasut nih.. Nantikan sambungannya.. Hahaha sesaja bagi suspen skit.. Eyda drag banyak hari skit boleh? Nak dera sikit..






shopping

SHoPPinG Di WaTSoN

12/12/2014 01:12:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf ya bulan nih Eyda kurang memuatkan entry berkaitan diri kami.. Apapun Eyda akan cuba sedaya upaya Eyda untuk menyajikan yang terkini kepada korang semua..

Sebenarnya story nih dah lama, tapi baru berkesempatan nak update hari nih.. Terlupa sama nih.. Okeylah, kisah nih terjadi hujung bulan yang lepas..

Eyda ke KOMTAR atas urusan kerja, dalam perjalanan nak ke tempat parking kereta, Eyda lalu Watson.. Yelah, lama tak jengah Watson, memandangkan ada kad ahli, apa salahnya membeli apa yang patut sambil menambah point yang ada kan?

Eyda beli laa apa yang agak murah dan memang nak guna kan.. Masa nak bayar, cashier offer laa barangan PWP sekiranya nak.. Eyda ambik hand soap dan ubat kumur.. Okey, dengan semua pembelian tuh Eyda layak mendapat tepawe watson ya.. Tepawe 3 in 1.. Dah dapat free, rembat jelah kan..


Tepawe watson..


Dalam nak bayar tuh, biasa laa cashier akan tanya ada member kad atau tak.. Eyda dengan yakinnya jawab ya lah dah memang ada kan.. Bila cari-cari dalam beg duit beberapa kali, ooiit tak dak laa plak.. Huhuhu dalam hati berkata "adoi laa, ruginya tak dapat nak kumpul point"..

Bila dipikirkan balik, baru Eyda ingat yang Eyda dah tertinggalkan kad tuh dalam kereta kerana kad tuh kan boleh digunakan sebagai kad touch n go.. Eyda bagitau jer kat cashier tuh yang Eyda tertinggal kad tuh dalam kereta..

Okey, dia trus mintak no hp Eyda, heran jugak Eyda untuk tujuan apa kan? Rupanya jika kita berikan nombor telefon yang sama dengan kita register dulu, diaorang akan transfer point masuk ke dalam kad kita.. Wah lega kan, dapat jugak menambah point..

Kalau pergi shopping contoh, AEON Big, AEON, Tesco dan sebagainya kalau kita terlupa bawak kad ahli jangan harap laa nak dapat tambah point kan.. Burn macam tuh ja point tuh.. Kena plak time tuh beli barang banyak, dan jumlah point pun banyak.. Rugi kan..

Korang kalau terlupa bawak kad Watson, stay boleh kumpul point ya.. Mudah kan..




shopping

BaRanGaN SoPHie PaRiS

10/20/2014 10:32:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Masih ingat ke korang yang saya pernah menang GA jadi ahli Sophie Paris?

Kalau korang tak ingat, meh tengok entry nih.. Hadiah GA Daripada Aenoyou.. Dapat starter kit Sophie Paris tuh..

Okey memandangkan dah jadi ahli, bulan nih dah menshoppingkan diri.. Ada barangan yang berkenan, tapi stok plak dah abis..

Tak sangka plak barangannya memang elok.. Ni pun ada belikan untuk member.. Beli spec kat en.abang pun dia suka.. Alhamdulillah, harga dia pun tak laa mahal.. Okey-okey jer..


Beg comel untuk owner comel.. Hehehe.. Perasan kan..

Semua barangan yang diborong.. Sila abaikan beg
dalam plastik tuh, sebab orang punya.. 

Sesaja laa beli untuk en.abang spec tuh.. Mandian tuh pun untuk en.abang jugak.. Perfume tuh Kimie nak, tapi en.abang dah rasmi.. Hehehe..



shopping

MyDiN MaLL @ BeRTaM

9/20/2014 10:09:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Malam semalam pegi Mydin Mall yang baru dibuka hari selasa lepas bersamaan Hari Malaysia yang lepas..

Huhuhu tak sangka sehingga ke malam semalam, parking stay penuh.. Orang pun ramai juga.. Apa lagi menapak jauh laa bersama kak ipar dengan anak sedara..

Kita orang lebih kepada nak cuci mata ngan ronda-ronda.. Orang stay lagi ramai, susah nak ushar barang lebih-lebih.. Penat juga laa time nak beratur nak membayar.. Next time laa baru terjah semula..

Okey semalam dapat juga gift ubat gigi dan teh lipton.. Opps sori nak snap plak.. Dia ikut bilangan barang dan harga kalau tak salah..

Selain itu, buat juga kad ahli.. Kad Meriah namanya.. Harganya rm12 untuk setahun.. Dapat baucar rm5 juga.. Boleh terjah lagi nanti.. Tarikh luput 30 September 2014.. Memang nak kena terjah semula nanti..


Kad Meriah dan baucar..

Boleh laa, nak kata istimewa sangat tidaklah.. Boleh laa sebagai salah satu pilihan tempat untuk membeli belah.. Sesekali nak juga kelainan kan..



Blog yang Diikuti