kenduri

KenDuRi HaRi iNi

2/21/2015 05:51:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pagi tadi Eyda bagitau nak hadiri majlis perkahwinan kan..

Alhamdulillah kenyang Eyda sampai petang.. Malam nih pikir lain bab nak makan apa plak.. Mungkin masak simple-simple jer untuk malam nih..


Gift untuk para tetamu


Kimie ambik cup cakes pengantin..

Memang ramai tetamu yang hadiri majlis perkahwinan nih.. Kiranya masa Eyda sampai kul 3 lebih tadi pun stay ramai lagi tetamu yang baru tiba dan sebaliknya..

Jom solat asar.. Baru ilangkan penat, baru nak solat..




kenduri

KenDuRi HaRi iNi

12/06/2014 07:12:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Selamat berhujung minggu.. Apa aktiviti korang hujung minggu sebegini?

Aktiviti Eyda hari nih, kembali memenuhi undangan perkahwinan.. Eyda terima dua undangan hari nih.. Alhamdulillah Eyda dapat memenuhi kedua-dua undangan yang diterima..

Seperti biasa Eyda akan bawa kedua-dua bodyguard Eyda iaitu Izzat dan juga Kimie.. Nasib mereka juga ikut Eyda, kalau tak.. Ermm tak berteman lerr jawabnya..

Jom Eyda belanja gambar skit..


Di majlis perkahwinan yang pertama..
Bukan saja kami makan nasi, makan laksa juga tau.. Memang sedap dan kenyang giler.. Thanks kak Salmah kerana sudi menjemput ke majlis perkahwinan anak perempuannya..

Okey, jom ke majlis perkahwinan yang kedua plak.. Ini junior sekolah dulu jemput ke majlis perkahwinan adiknya..

Ni plak kenduri yang kedua..

Eyda makan laksa dan kek pengantin jer.. Agak kenyang juga.. Menarik juga gift daripada pengantin, dalam kotak tuh ada bahulu yang besar.. Saiz bahulu sama saiz kotak tu ye..

Itu jelah aktiviti kami.. Tadi sempat juga main badminton dengan Kimie kat halaman umah.. Keluarkan peluh skit.. Hehehe..




kenduri

SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu BuaT NooRaiNi & IbRaHiM

8/11/2014 10:30:00 AM


Assalamualaikum semua.. Ni nak throwback story raya ke-6 yang lepas iaitu 2 Ogos 2014.. Memenuhi jemputan rakan sejabatan..

Semoga Noor dan Baim berbahagia hingga ke Jannah.. Jom layan gambar dari photographer dan tab sendiri.. Sori gambar dari tab kurang memuaskan..


Gambar time tak ready lagi..hehehe..

Sempat juga bergambar dengan pengantin sebelum balik..

2 kali plak tuh snap.. takut tak ok la tuh my hubby..

Balik dari majlis ni apa lagi, terjah umah member laa.. Shazilah macam yang story mory dalam entry yang lepas..

Sebelum tu, tengok la gelagat kami dan selfie melfie kami dalam keta.. Hehehe.. Nak jugak..

Kimie cakap jadi bentuk rama-rama laa.. Hehehe..

Nak selfie jugak..


Okeylah sekian saja citer ke kenduri kawin lepas raya.. Ada lagi jemputan kenduri hari kemerdekaan nih plak..


kenduri

MaJLiS PeRKaHWiNaN FiRDauS & SyeDa

1/09/2014 10:28:00 AM

Assalamualaikum semua.. Hari nih nak sambung balik citer yang tersangkut hampir 2 minggu.. Hahaha tak abis2 citer pasal tahun lepas kan.. Ermm 29 Disember 2013 yang lepas, kami mendapat jemputan dari tok angkat bebudak dua orang tuh.. Banyak sungguh aihh tok angkat la apa.. 

Majlis perkahwinan nih dibuat di Dewan SK Pokok Sena.. Kami pergilah 3 beranak.. Yelah, dah en.abang tak de yerr.. 

Kami sampai time pengantin tengah makan.. Memang tempat duduk full okey.. Jenuh la mencari jugak tempat makan, al maklum sajalah dah time makan tengahari..

Masa tengah makan, DJ majlis cakap ada persembahan ular jam 2.30 petang..Tapi sebelum tuh ada la nasyid apa skit..

Meh layan gambar ciput sekitar majlis tersebut..



Ni kat penjuru depan.. Sudut nih ada gambar pengantin ngan hadiah yang dapat..



Di sebelah kiri dekorasi tadi..



Ni plak sebelah kanan..



Anak snap gambar ular nih..



Persembahan ular.. Cium ular ye..



Lagi..
 


Dan lagi..



Kat pintu masuk ada benda nih.. Menarik jer tengok.. Simple je kan..



Baliknya, merayap kejap baru balik ke rumah.. Dah tinggal dengan anak2 ada2 saja nak atur program..





Blog yang Diikuti