Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hampir 2 minggu kita beraya di tahun ini. Macam mana sambutan hari raya korang?
Bagi Eyda, kami beraya secara sederhana sahaja. Lebih seronokkan hati anak-anak. Diri sendiri cukup ala kadar saja.
HARI RAYA PERTAMA
Raya Eyda dan anak-anak begitu ringkas saja pada tahun ini. Hari kami dimulakan dengan solat hari raya Aidilfitri, kemudian bergambar bersama anak-anak untuk simpanan.
![]() |
| Sesi Bergambar di Hari Raya Pertama |
![]() |
| Bergambar sopan di Hari Raya Pertama |
![]() |
| Freestyle daripada Keluarga Izzeyda |
Bagi anak-anak pula, aktiviti keluar beraya sehingga penat merupakan antara aktiviti yang mewarnai Hari Raya pertama bagi mereka.
Di hari raya pertama juga Eyda beraya bersama sahabat zaman kanak-kanak Eyda sambil mengimbau zaman kanak-kanak kami. Kami membesar bersama-sama dan akan berjumpa semua bersama terutamanya di hari raya.
![]() |
| Sahabat Zaman Kanak-kanak dengan sebahagian anak |
![]() |
| Sahabat Zaman Kanak-Kanak |
HARI RAYA KEDUA
Di hari raya kedua, Eyda berkesempatan berkunjung ke rumah mak sedara yang terdekat dan tidak ketinggalan kawan kelas masa form 4 dan 5. Lama betul tak jumpa, last sekali jumpa pun masa ambil result SPM.
Bayangkan dah 18 tahun tak jumpa, bila jumpa banyak cerita diri masing-masing dapat dikongsikan bersama.
RAYA KETIGA
Raya ke tiga kami sekeluarga ke rumah pak sedara yang akad nikah pada hari tersebut setelah 6 bulan kehilangan mak sedara hujung tahun yang lalu. Mak sedara tu merupakan adik bongsu ayah. Kini hanya tinggal ayah seorang setelah mak ngah dan maksu telah pun pergi dahulu.
![]() |
| Acara membatalkan air sembahyang |
![]() |
| Tahniah buat Paksu dan 'Maksu' baru |
Malamnya ke rumah terbuka member kelas. Memang setiap tahun pasti ada acara rumah terbuka, baru tahun lepas Eyda dapat join. Tahun nih pula, baru dapat berjumpa dengan ramai member sekolah. Rindu dengan kisah zaman belajar dulu. Dok kat luar rumah nih pun lebih 30 minit bersembang, tak reti balik kata orang utara.
![]() |
| Geng sekolah Form 1-3. Gambar kredit dari Facebook. |
HARI RAYA KELIMA
Hari raya kelima kami baru berkesempatan buat majlis tahlil buat arwah mak. Rindu kat arwah. Gambar tak sempat nak snap, sebab agak sibuk dengan majlis.
![]() |
| Sedara. Gambar kredit dari Facebook |
Inilah gambar yang Eyda pinjam dari Facebook. Sedara merangkumi member sekolah. Lama betul tak jumpa, kali ni baru dapat bertemu.
Raya yang agak ringkas, tapi amat bermakna bagi Eyda pada tahun ini. Walaupun Eyda kehilangan insan yang paling Eyda sayang, tapi Eyda dapat juga dapat berjumpa dengan sahabat yang dah lama tidak bertemu.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang beraya di rumah. Maaf kiranya ada kekurangan daripada pihak Eyda.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ingatkan abis dah citer raya.. Rupanya masih ada.. Tak perasan plak Eyda.. Dah tu, lambat plak nak update citer nih ya..
Tak apa lah apa juga alkisahnya, hari ni Eyda nak citer Majlis Rumah Terbuka Butik Ratu Pesona Pengantin milik sepupu Eyda..
Alhamdulillah inilah tahun pertama diaorang buat rumah terbuka termasuk bacaan Yassin sebagai pembuka majlis pada 25 Julai yang lepas.. Maaf laa dah seminggu baru sempat nak update..
Butik Ratu Pesona Pengantin nih merupakan butik pengantin muslimah.. Bagi yang berada berhampiran dengan Lunas atau Kulim dan sekitarnya yang ingin mendapatkan khidmat baju, makeup, pelamin dan seangkatan dengannya boleh laa singgah ke butik nih..
In shaa Allah harga yang dikenakan amat berpatutan.. Bagi bakal pengantin, kalau booking masa ada offer lagi murah daripada harga asal..
![]() |
| Suasana diluar butik |
![]() |
| Di dalam butik |
![]() |
| Nak jugak gambar sendiri |
Program yang dijalankan ada diselitkan dengan acara mewarna untuk kanak-kanak, teka teki, cabutan bertuah, penyampaian best dress untuk King dan Queen..
Alhamdulillah mak Eyda dan Eyda sendiri dapat hadiah cabutan bertuah.. Itulah rezeki kami bila mana ramai yang dah balik malam tu.. Maaf, hadiah mak Eyda tak snap, dapat snap gambar hadiah sendiri jer..
![]() |
| Hadiah cabutan bertuah |
![]() |
| Model hadiah cabutan bertuah |
![]() |
| Model hadiah cabutan bertuah |
![]() |
| Inilah hadiah cabutan bertuah |
Tak ketinggalan, abang Eyda pun dapat hadiah Best Dress kategori King.. Ada 3 pemenang bagi setiap kategori..
![]() |
| Salah seorang pemenang Best Dress kategori King.. Abang Eyda laa.. Bersama salah seorang pemilik butik sepupu Eyda.. |
Apapun Alhamdulillah, mak Eyda, abang Eyda dan Eyda sendiri dapat bawak balik hadiah.. Biarpun simple tapi happening..
Butik ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa (tutup)
Lokasinya berdekatan dengan susur keluar Lunas, highway BKE dan bertentang dengan Taman Sejahtera, Lunas
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hai cerita dah seminggu baru nak up hari ni ya.. Hahaha tak apa laa, up jugak walaupun ambik masa seminggu kan..
Ni alkisah birthday si Kimie.. Yelah birthday dia kan dekat nak raya, jadinya raya keempat baru sempat beli kek birthday dia setelah kedai kek baru buka selepas raya..
Okey laa beli jugak walaupun lambat skit kan.. Itu pun selepas seminggu birthday dia berlalu.. Tak ada celebrate apa pun, just beli untuk makan-makan jer.. Jadilah asalkan kehendak Kimie nak kek tercapai..
Memandangkan hari tersebut keluarga kakak dah nak balik, elok sangat laa Eyda belikan kek nih.. Abis jugak laa kek yang Eyda beli nih..
![]() |
| Kek pilihan Kimie sendiri.. Tak banyak pilihan, almaklum sajalah, baru buka selepas cuti raya.. |
![]() |
| Muka happy |
![]() |
| Semua dia potong sendiri.. |
![]() |
| Suka sangat laa tuh.. |
![]() |
| Amboi-amboi suka laa dengan belon sorang satu.. |
Itu lah saja alkisah di raya keempat kami.. Simple jer.. Selepas makan tengahari, kami ke rumah arwah tok plak, kami pi kutip buah rambutan gading dan merah untuk kakak bawa balik..
Sebelum balik, sempat jugak menyembang dengan mak ndak.. Lama jugak mak ndak berada kat Putrajaya sebab buat kimo kat sana..
Alhamdulillah sebelum balik sini, dia dah habiskan kimo yang keenam dan terakhir.. Semoga mak ndak lebih sihat selepas ni..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Semua dah bekerja ke? Itu bagi yang bekerja.. Bagi yang belajar, dah masuk sekolah ke? Eyda dah bekerja, tapi mood raya masih melekat kuat lagi nih..
Ermm tu- tup dah seminggu kita raya kan.. Tapi Eyda belum berkesempatan kongsikan gambar sekitar raya yang baru berlalu.. Hari nih nak belanja gambar raya Eyda dan anak-anak..
Awas.. Entry nih dipenuhi dengan gambar.. Jadi jangan menyampah plak layan gambar-gambar kami.. Hehehe..
![]() |
| Kuih raya dan kerepek yang ada di pagi raya.. Opps lupa snap gambar ketupat dan rendang.. |
![]() |
| Aksi di pagi raya.. |
![]() |
| Masing-masing mata tak tengok kamera.. |
Jom layan gambar wefie kami plak.. Gambar diambil sebelum keluar beraya sini sana..
![]() |
| Yeay dapat duit raya.. Ini hanya lakonan semata-mata.. Hehehe.. Bersama Pakteh.. |
![]() |
| Alhamdulillah dapat bersama family Eyda, Kakak, Abang, Mak dan Adik.. Tak ketinggalan family Pakteh dan tidak dilupakan Makcik selaku tuan rumah.. |
Mak cik Eyda yang berada di sebelah Eyda yang bertudung hitam tu ya.. Itulah tuan rumahnya.. Selepas berkunjung ke rumah Mak Cik apa lagi singgah ke rumah Mak Lang.. Dapat tengok anak sepupu yang baru.. Baru lahir 12 Julai yang lepas.. Dia nak raya laa tuh..
Tamat lah sudah sesi raya kedua Eyda..
Raya ketiga kami ke rumah Mak Su, adik ayah yang kecik.. Masuk Penang laa plak.. Ermm belakang rumah mak su ada laut.. Apa lagi, sempat laa budak berdua tu mandi manda.. Siap pakai seluar nak mandi dari rumah mak lagi.. Punya laa semangat nak mandi laut..
![]() |
| Abang, kak ipar dan anak-anak.. |
![]() |
| Izzat dan Kimie |
![]() |
| Kimie.. |
![]() |
| Izzat masih dalam usaha menanam kaki dalam pasir.. Hehehe.. |
Assalamualaikum semua.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Walaupun dah masuk hari ke-11, tapi stay raya lagi kan.. Hehehe..
Maaf la dapat upload gambar beberapa rumah ja yang diterjah semasa cuti beraya baru-baru nih.. Yang lainnya tak bergambar pun.. Just jumpa-jumpa, makan, sembang-sembang dan balik..
![]() |
| Hari raya ke-3 sempat singgah di rumah family Miza.. Thanks, sedap masakan yang dijamu.. |
![]() |
| Anak kembar sulung Miza.. Yang no.2 tido time nih.. |
![]() |
| Izzat nak juga pegang ngan riba.. Hehehe.. |
![]() |
| Tak kisah sapa pun yang pegang dia.. Muka baru bangun tido tuh.. |
![]() |
| Baru mula acara makan-makan.. |
![]() |
| Hari raya ke-6 beraya rumah Shazilah.. Tapi lupa nak snap gambar.. Jamu makan soto, nyum2 sedap.. Lama tak makan soto.. |
![]() |
| Makan kerepek sambil layan youtube Upin dan Ipin.. |
![]() |
| Bergambar dulu sebelum balik.. |
Sorilah tak banyak gambar masa raya di rumah kengkawan.. Gambar satu family time raya pun tak sempat nak snap.. Beria-ia nak bergambar bersama tapi tak berkesempatan.. Huhuhu..
Sadis kan tak bergambar family langsung..



















































