exam

UPSR 2016

9/05/2016 08:53:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Harap Eyda tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2016 dan seterusnya berjaya di dalam peperiksaan UPSR bagi tahun 2016 ini..


Pastinya ramai ibu bapa yang berdebar, bila mana anak masing-masing menghadapi peperiksaan UPSR ini.. Ada anak-anak yang turut sama merasai gementar sama seperti ibu bapanya sendiri.. Tapi tak mustahil ada juga anak-anak yang tidak gementar sepertimana ibu bapanya sendiri..

Apapun jika persiapan menghadapi peperiksaan UPSR ini yang dibuat lebih awal, in shaa Allah anak-anak akan lebih tenang dalam melalui peperiksaan UPSR ini..

Korang ada kenangan manis atau kurang manis tak ketika menduduki peperiksaan UPSR dulu-dulu? Eyda tiada yang berbeza pun, sama jer macam orang lain ketika menduduki peperiksaan UPSR pada waktu itu..

Alhamdulillah keputusan ketika itu, walaupun tak seGah mana, tapi ianya agak bagus bagi diri sendiri.. Kalau masa sekarang memang banyak pelajar yang bijak pandai, persaingan makin sengit jika ingin melangkah ke sekolah asrama penuh atau sekolah yang menjadi idaman..



exam

KePuTuSaN PePeRiKSaaN IzZaT PuLaK

11/08/2013 11:06:00 AM

Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat.. Baru jer apdet pasal exam Kimie kan.. Ingatkan nak apdet skali pasal exam kedua bebudak tuh..

Skali tunggu punya tunggu tak tau Izzat dapat berapa.. Tup2 ari rabu lepas dah tau dia exam dapat nombor brapa ngan dapat ke kelas mana tahun depan..

Apapun semuanya berita yang mengembirakan walaupun belum nampak keputusan tuh depan mata.. Izzat dia bagitau exam kali nih dia dapat nombor 9 dalam kelas dia..

Dapat plak bertukar ke kelas Bitara iaitu kelas no.1.. Syukur alhamdulillah dapat jugak result yang baik untuk exam kali nih..

Penat bersilat suruh study apa bagai.. Akhirnya ada peningkatan.. Lepas nih tak boleh malas2 lagi, kang trun kelas plak.. Hehehe.. Cayokk anak2 ibu..



Tengok la Izzat nyorok la plak masa orang nak snap gambar dia meriba Kimie.. Hehehe..




Ok la citer kali nih.. Banyak jugak citer nih.. Hahaha.. Kepala tengah pening nih wat keja yang terlalu banyak sekali.. Ok jumpa lagi di entry akan datang..




exam

KePuTuSaN PePeRiKSaaN KiMie

11/06/2013 11:46:00 AM

Assalamualaikum semua.. Ari nih nak citer pasal keputusan exam Kimie baru2 nih.. Yelah dia cakap dapat no.5.. Betul ke??? Yelah exam pertengahan tahun pun no.5 jugak.. Akhirnya terjawab sudah persoalan yang bermain di minda aku beberapa hari nih..

Mana taknya, aku terjah ke kelas Kimie.. Tengok sendiri keputusan peperiksaan yang cikgu lekatkan pada white board kat luar kelas dia.. Walaupun ada subjek yang mendapat markah kurang dari yang lepas, tetapi jumlah markah keseluruhan peperiksaan kali nih lebih baik dari yang lepas..



Inilah result peperiksaan akhir tahun Kimie.. Nampak kan nama dia kat no.2 tuh..
 


Ini plak result dia masa pertengahan tahun.. Ada perbezaan la jugak kan..
 
 
Oppss baru aku terperasan kenapa beza markah keseluruhan.. Dulu markah Pendidikan Islam tak kira..Kali nih kira.. Rupanya tak naik sangat lerr.. Kurang ada laa, klu tak salah kurang 24 markah jugak dari yang pertengahan tahun untuk 4 subjek tidak termasuk Pendidikan Islam..
 
Wah Kimie kena usaha lebih lagi nih.. Apapun ok la markah dia, semua atas 72 markah.. Kira ok la tuh, untuk budak yang malas nak belajar nih.. Hehehe.. Penat suruh belajar..
 
 
 
Inilah budak tuh.. Tengah tunggu Izzat balik..



Tahniah buat anakku, Kimie.. Ibu berbangga dengan anak ibu.. Apapun untuk tahun akan datang, teruskan usaha.. Semoga boleh dapat adiah tahun depan..
 
 
 
 
 
 

event

ProGraM HaRi BeRTeMu PeLaNgGaN & SuKaN TaHuNaN SKPB Ke-42

6/24/2013 10:53:00 AM

Assalamualaikum semua.. Nak berceloteh skit la pagi nan indah walaupun berjerubu sekarang.. Hehehe.. Nak citer perihal ari Jumaat lepas ngan ari Sabtu lepas.. Campur gaul bagi panjang entry ari ni.. Hahaha..

Memula nak citer perihal hari bertemu pelanggan, bunyinya macam jabatan kerajaan plak wat program kan.. Sebenarnya program ini dibuat untuk ibu bapa bertemu guru anak-anak sekalilah ambik result exam pertengahan tahun yang lepas..

Memandangkan ini kali pertama Izzat menduduki exam, rasanya cukup baginya.. Apapun dia masih perlu study terutamanya subjek Pendidikan Islam ngan Bahasa Arab.. Bagi aku bahasa arab memang tak pandai la sebab zaman belajar dulu mana ada subjek nih.. Kecualilah yang belajar di sekolah agama dan mengambil subjek ni kan..

Apapun akan aku usahakan mencari bahan rujukan dan latihan untuk Izzat lebih memahami subjek nih.. Ok la jom tengok kertas result exam dia.. Sori la kertas dah sedikit hancuss, dek Kimie buat kapal plak.. Ibu simpan, kau ambik main plak..



Ni la result keseluruhan kelas Izzat.. Yang bertanda tu la result Izzat.. Boleh la bagi kali pertama exam.. Apapun jumlah keseluruhan tak banyak beza dengan pelajar yang dapat nombor 1, hanya 24 markah jer.. Jadi kepuputusan no.11 masih dikira ok.. Apapun kena belajar rajin2 untuk exam hujung tahun plak..
 
 
 
 
Ok la, kita tukaq citer pasal sukan sekolah plak.. Memandangkan Izzat hanyalah simpanan jerr.. Jadi pegi hanya nengok orang lain main laa.. Hehehe.. Apapun jom tengok acara pembukaan sukan sekolah yahng sempat aku snap..
 
 
 

 
Ni pasukan Rumah Delima (Merah).. Tengok la maskotnya angry bird.. Hehehe..

 
Ni Rumah Mutiara (Kuning)..
 
 
Ni Rumah Nilam (Biru).. Maskotnya rama-rama..

 
Ni plak Rumah Zamrud (Hijau).. Maskodnya ninja turtle.. Hehehe.. Izzat rumah Zamrud laa..

 
Ni bacaan ikrar dari ketua kontinjen..
 
 
Apapun keputusan akhir sukan tak tengok.. Sebab dah tak larat nak tunggu lama sangat.. Keputusan semasa rumah Zamrud berada di kedudukan terakhir.. Sian, apapun cuba lagi di sukan tahunan ke-43 tahun hadapan.. Kimie boleh la masuk acara plak.. Hehehe..
 
Ok la nak sambung buat keja.. K jumla lagi di entry akan datang..
 
 
 


event

SiBuK SeMiNgGu

5/20/2013 11:18:00 AM

Assalamualaikum semua.. Lama benar kan tak berceloteh kat sini.. Ari ni just nak share apa yang berlaku minggu lepas..

Tetibanya minggu lepas pegi exam KPSL, ala exam untuk kenaikan pangkat secara lantikan.. Lama betul tak attend exam.. Sebelum nak masuk exam ari first tuh macam2 rasa.. Nak senak perut la, seram sejuk la macam2 ada.. Macam la nak exam masa study dulu2 ngan interview keja.. Mesti korang boleh bayangkan kan.. Hehehe..

Padahal zaman semua tu dah lama pun berlalu, otak dah berkarat tahap ntah apa lagi baru terasa nak attend exam lagi.. Tapi lepas percubaan kali pertama pegi exam, ngeri jugak untuk attend untuk kali kedua dan seterusnya.. Soalan dia mak aii boleh pengsan nak menjawabnya.. Nak refresh balik apa yang belajar 12 tahun dulu.. Bukan senang tuh..

Paper ari memula tuh (14 Mei) memang sakit kepala jugak la, rasa macam dah tak mo attend paper untuk esoknya.. Soalan macam exam masa study dulu.. Memandangkan dah pegi, attend jugak laa.. Apapun alhamdulillah paper untuk ari last (15 Mei) tak la sesusah paper ari mula tuh.. Sebabnya banyak melibatkan soalan berkaitan jabatan.. Sedikit sebanyak ada la bahan untuk menjawab..

Apapun tak mo kongsi pasal exam sangat, nak kongsi tempat hotel kitaorang tinggal.. Nak buat macam mana asrama time tuh penuh la plak ada program lain di tempat yang sama.. Meh layan gambar ciput sebelum check out..


 
Posing sebelum balik.. Dah happy abis dah exam.. Horeyy..
 

 
Cantik jer tengok lukisan kat dinding tuh..
 

 
View dari luar tingkap.. Bilik mengadap kolam tuh..
 

 
Cantik kan view bilik ni..
 
 
 
Inilah bilik nya 503, De Palma Hotel, Ampang..
 
 
 
Baliknya bercuti la plak, sebab tak sihat.. Mungkin agak tension exam kan.. Kena plak balik tuh, mendobi baju sekolah, anak2 nak pakai la plak.. Alahai penat jer rasa.. Hehehe..
 
Jumaatnya staf JPS Kuantan plak datang melawat opis kami.. Memang busy sangat la separuh ari tuh.. Nak kena layan la tetamu datang kan.. Complete seminggu.. Hahaha..
 
Mai ari ni bertimbun2 balik meja ngan keja.. Dah siap skit, jap gi nak sambung balik.. Ok la nak sambung wat keja balik, dah ok skit kepala otak nih..
 
 
 

Blog yang Diikuti