berjalan

New Year Fun Walk 2019

2/15/2019 04:20:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Acara penutup bagi bulan Januari 2019 kali ini merupakan aktiviti santai saja. Mulanya macam tak mau nak join, tapi bila ada kawan yang join, makanya gagahkan diri untuk join. Dapat jugak jumpa kawan-kawan kan.

Maaf laa agak terlambat nak update, yelah kemalasan ntah tahap apa nak upload gambar. Nak taip cerita cepat jer. Hehehe.

Bergambar bersama kawan baru dan lama

Memandangkan acara akan bermula jam 7.30 pagi, makanya sempat laa untuk solat dulu di rumah. Lagipun event tu di diadakan di Taman Kerapu berhampiran Mak Mandin, Butterworth saja.



Kali ini memang Eyda ada juga jogging sikit-sikit tapi lebih kepada berjalan. Nama event pun walk kan. Kena laa berjalan, tak gitu.


Dah sampai tu, cara berposing dan selfie jelah kan. Gigih berposing kat sini sana dengan macam-macam posing.

Cari banner yang tak ramai orang
Dalam dok selfie bagai, ternampak junior sekolah dulu, Zurie dan suaminya. Sempat laa bergambar bersama.

Zurie dan suaminya Paly
Ni laa pembakar semangat Eyda dan seorang yang aktif berlari sini sana. Selalu workout, kalau ada yang mengenali Deana ni, dulu badannya berisi. Sekarang nampak berbeza sangat hasil berlari.

Deana
Jom tengok lagi hasil gambar kami sebelum masing-masing balik ke rumah masing-masing. Saja nak membanyakkan gambar sendiri ja kan.



Cantik kan medal New Year Fun Walk 2019 nih.

Medal
Hasil catatan Runkeeper hasil berjalan bukan melenggang nih. Okay laa kan, nama pun berjalan bukan berlari.


Tamatlah sudah acara yang Eyda sertai sepanjang bulan Januari. Untuk bulan Februari Eyda hanya daftar aktiviti Virtual Run. Nanti Eyda kongsikan aktiviti Eyda tu.


aktiviti

Hari Raya Virtual Run 2018

7/25/2018 11:44:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anda salah seorang yang suka berlari dan suka mengumpul medal yang cantik-cantik? Tapi anda memang sukar untuk menyertai acara yang dianjurkan di mana-mana tempat kerana kekangan masa.

Sebenarnya masih ada cara untuk anda aktif berlari sambil mengumpul medal yang cantik dan menarik. Anda juga boleh susun waktu anda sendiri.

Dengan menyertai Virtual Run anda juga boleh mengumpul medal sepertimana orang lain yang menyertai acara larian.

42race

Caranya memang mudah, anda hanya perlu mendaftar larian anda di laman web yang menganjurkan virtual run nih. Salah satunya ialah 42race di laman web ini ada pelbagai virtual run yang boleh anda pilih. Tarikh tutupnya sekitar sehari dua sebelum tarikh larian itu dijalankan, apapun bergantung kepada jumlah pendaftaran yang dibuka.

Setelah anda berlari mengikut tarikh yang ditetapkan, anda perlu menghantar screenshot bukti larian anda tu ke dalam akaun yang dah anda daftar di 42race. Setelah bukti larian anda disahkan, anda hanya perlu menunggu medal anda diposkan ke alamat yang didaftarkan. Mudah bukan.



HARI RAYA VIRTUAL RUN 2018

Hari Raya Virtual Run 2018 ini merupakan virtual run pertama Eyda dengan 42race nih. Ianya menarik kerana dengan hanya RM29.90 anda akan menerima medal yang diukir nama anda sendiri pada medal tersebut (ianya hanya dibuka untuk beberapa tempoh yang ditetapkan). Selain itu, anda juga berpeluang untuk cabutan bertuah.

Selain itu, anda akan diberikan e-bib sama seperti nombor bib yang dipakai ketika acara larian. Selain itu, anda akan menerima e-sijil yang mengandungi jarak larian, catatan masa anda dan juga kedudukan anda.

Setiap peserta yang mendaftar akan menerima e-Bib masing-masing


e-Cert yang diberika

Menarik bukan virtual run yang dianjurkan pihak 42race nih.


TEMA VIRTUAL RUN 42RACE

Biasanya pihak 42race mengadakan Virtual Run mengikut tema yang sesuai dengan masa dan perayaan.

Seperti Hari Raya Virtual Run 2018 ini juga dianjurkan mengikut bermulanya tarikh Hari Raya. Biasanya virtual run sebegini pihak 42race hanya mengadakan selama 3 hari sahaja. Kali ini dijalankan selama lebih seminggu.

HARI RAYA VIRTUAL RUN 2018

Fakta menarik : Adakah anda anda tahu Hari Raya jika diterjemahkan ke bahasa Inggeris menjadi "Great Day"?

Hari Raya Aidilfitri dirayakan selepas 30 hari berpuasa untuk menandakan kejayaan dengan disiplin untuk berpuasa.

Umat Islam akan berpakaian pakaian tradisional yang cantik dan makanan makanan tradisional seperti ketupat, lemang, rendang dan kuih tradisional serta makanan yang lain.

Rayakan dengan 42race kerana kami menghargai perayaan yang indah ini.

Kalau diikutkan Eyda kurang sihat sepanjang tempoh virtual run ini dijalankan. Bermula dengan batuk dan diikuti selsema dan demam menjelang hari raya.

Tapi memandangkan Eyda dah daftar virtual run nih, makanya Eyda tamatkannya dengan hanya berjalan sahaja.

Alhamdulillah, walupun pace tak bagus, tapi Eyda berjaya juga menghabiskan jarak yang diberikan dalam tarikh yang diberikan.

Pandangan hadapan medal

Pandangan belakang medal


Cantikkan medal dan poskad yang diberikan bersama nih. Medal Eyda ni ada dicetak nama padanya. Lebih bermakna rasanya. Jangan tak tahu, ini bukan satu-satunya virtual run yang Eyda daftar dengan 42race, ada lagi larian lain.

Jom kita sama-sama menjalani gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti berjalan, berlari atau berbasikal. Boleh juga keluarkan peluh dan menjaga kesihatan sendiri.



berjalan

Pencapaian Aktiviti Eyda di Tahun 2017

1/03/2018 09:41:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah, ini adalah antara cabaran dalam merealisasikan impian Eyda di tahun 2017 telah pun tercapai.

Eyda sebenarnya mula terjebak dengan aktiviti larian nih selepas Eyda sertai sukan dwitahunan pejabat Eyda pada pertengahan tahun 2016. Masa tu Eyda tertarik untuk memiliki medal yang cantik-cantik direka oleh pihak penganjur dalam acara larian yang dianjurkan.

Pada penghujung tahun tersebut Eyda dapat mendaftar 2 larian. Alhamdulillah selepas tamatnya larian ini, semangat Eyda untuk terus menyertai aktiviti makin bertambah.

Semangat Eyda makin bertambah bila mana Farrah MF pernah postkan gambar medal milik adiknya di dalam media sosial. Apa lagi, makin bersemangat Eyda untuk berlari bagi memenuhi keinginan Eyda memiliki medal dengan jumlah yang banyak.

Alhamdulillah hasrat Eyda tercapai bila mana hampir setiap bulan pastinya Eyda mendaftar untuk sertai pelbagai aktiviti larian mahupun berjalan.




Eyda akui tujuan utama Eyda sertai aktiviti sebegini ialah mengejar medal yang disediakan. Tapi lama kelamaan Eyda lebih mengejar untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Dari masa ke semasa Eyda memperbaiki pace (kelajuan) yang Eyda buat bagi setiap larian yang Eyda daftarkan.

Tapi adakalanya pace Eyda tidak mencapai seperti yang Eyda harapkan, bila mana Eyda berlari bersama anak-anak. Ketika itu memang Eyda terpaksa mengikut rentak larian anak-anak yang adakalanya tidak mampu berlari seperti Eyda.


Medal 2017

Inilah hasil pengumpulan medal Eyda sepanjang tahun 2017. Ada 1-2 larian yang tidak ada disediakan medal, tapi ianya Eyda anggap sebagai latihan untuk Eyda bagi memastikan stamina diri terjaga.

Jangan tak tahu, bila kita tidak melakukan sebarang aktiviti sihat sebegini stamina kita akan turun dan tidak mustahil kita akan cepat pancit untuk menamatkan larian.

Cuba pastikan kita dapat melakukan aktiviti ini secara konsisten. Bukan saja medal yang dapat kita kejar, malah kita dapat menjaga kesihatan diri sendiri agar lebih sihat.


PENCAPAIAN AKTIVITI DI TAHUN 2017

MEDAL 2017

BM Tok Kun Hill (Walk/Run) Challenge 2017 - 6km
Chocolate Run 2017 Alor Setar - 6km
Alor Setar Half Marathon 2017 - 6km
Malaysia Breakfast Day 2017 Pulau Pinang - 3km
Zumba, Walk & Ride 2017 - 5km
💗Penang Seberang Perai 2017 - 6km
Perlis Marathon 2017 - 5km
Run For Peace 2017 Alor Setar - 7km
Smart Tunnel Run 2017 - 12km
I Love George Town Run 2017 - 8.8km
The Colourful Run 2017 - 5.6km
SP Half Marathon 2017 - 5km
UniKL MSI Auto Run 2017 - 5km
Ride In Pink, Walk In Pink 2017 - 4km
Provence Wellesley Run 2017 - 7km
Posibble Run 2017 - 5km
Penang Bridge International Marathon 2017 - 10km
OBS Run 2017 - 7km


TANPA MEDAL 2017

Antidrugs Community Fun Run Zon Utara 2017 - 5km
Penang Starwalk 2017 - 7km


HIKING 2017

Bukit Teresek, Taman Negara, Pahang - 334 meter
Bukit Kukus, Pulau Pinang - 426 meter
Bukit Jambul, Pulau Pinang - 293 meter


Aktiviti Eyda pada tahun 2017 bukan hanya tertumpu menyertai larian dan berjalan sahaja. Malah Eyda dah mula berjinak-jinak sertai aktiviti hiking bersama rakan-rakan pejabat.

Aktiviti hiking antara salah satu aktiviti yang ingin Eyda lakukan. Apapun hiking ini memerlukan stamina yang tinggi berbanding berlari. Jika anda mampu berlari dengan baik, in shaa Allah anda akan mampu hiking dengan baik juga.

Aktiviti berlari juga mampu mengurangkan rasa sakit pada kaki korang ketika hiking. Jadi kena rajin buat aktiviti berjalan atau berlari sebelum melakukan aktiviti hiking.



berjalan

Ride In Pink, Walk In Pink 2017

11/03/2017 04:27:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kalau ikutkan bulan Oktober merupakan bulan rehat bagi Eyda. Tapi tangan nih gatal juga mendaftar walaupun hanya aktiviti berjalan.

Alhamdulillah pada 29 Oktober 2017 yang lalu Eyda telah pun menyertai aktiviti berjalan sempena 'Pink October' iaitu bulan meraikan pesakit kanser.  Aktiviti yang Eyda maksudkan ini ialah acara Ride In Pink, Walk In Pink 2017 anjuran Loh Guan Lye Specialists Centre dan juga Gurney Paragon Mall.

Cantiknya

Semua serba warna merah jambu

Yeay dapat belon seorang satu

Memandangkan arwah mak Eyda merupakan salah seorang pesakit kanser, jadinya Eyda terasa untuk menjayakan aktiviti ini. Sekurang-kurangnya Eyda dapat juga melakukan aktiviti sihat untuk diri sendiri.

Aktiviti berjalan dan berbasikal ini dimulakan di Loh Guan Lye Specialists Centre sekitar jam 7.00 pagi, peserta yang berbasikal dan berjalan akan bergerak ke Gurney Paragon Mall untuk acara seterusnya.

Aturcara program

Di Gurney Paragon Mall, semua peserta menerima light breakfast. Di sini perasmian majlis, acara Zumba, cabutan bertuah dan persembahan tarian daripada peserta yang telah bebas kanser turut diadakan.

Acara pertama di Gurney Paragon Mall, posing dulu ya

Cantik jer tengok pemandangan nih

Selepas acara penyampaian hadiah cabutan bertuah tengok tarian

Acara menari oleh bekas pesakit kanser


Setelah semua acara di Gurney Paragon Mall tamat, semua peserta yang berbasikal dan berjalan mula bergerak pulang ke Loh Guan Lye Specialists Centre untuk menerima medal dan juga light breakfast.

Kawan baru Eyda, Aini namanya



Medal Ride In Pink, Walk In Pink 2017


Medal Ride In Pink, Walk In Pink 2017


Bagi pendapat Eyda acara seumpama ini menarik untuk disertai oleh semua lapisan peringkat umur kerana ianya dijalankan secara santai. Walaubagaimanapun, pihak penganjur perlu memperbaiki beberapa perkara sepanjang acara ini berlangsung.

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah mengenai keselamatan peserta yang menyertai acara ini. Peserta dibiarkan berjalan sendiri dan melintas jalan secara sendiri tanpa pengawasan pihak penganjur. Perkara ini boleh mengancam keselamatan peserta terutamanya warga emas dan juga kanak-kanak.

Dalam perjalanan dari Gurney Paragon Mall ke Loh Guan Lye Specialists Centre, ada beberapa orang yang menjaga di beberapa persimpangan jalan. Tapi pada pandangan Eyda ianya perlu dikemaskan lagi.

Ini merupakan kali pertama acara berjalan atau berlari yang Eyda sertai yang mengambil ringan isu keselamatan. Moga ianya dapat diperbaiki di masa akan datang kerana acara ini memang baik untuk disertai.



berjalan

Pendaftaran Penang Starwalk 2017

6/23/2017 10:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ramai telah bercuti pada hari ini. Bagi yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya.

Penang Starwalk 2017


Berita baik buat sesiapa yang meminati aktiviti sukan atau yang menyihatkan. Penang Starwalk 2017 akan diadakan pada 10 September 2017 hari Ahad yang bertempat di Gurney Paragon Mall.

Acara ini merupakan acara tahunan yang diadakan dan dianjurkan oleh The Star. Pada tahun ini, acara ini akan bertukar ke lokasi baru sempena meraikan edisi ke 40 tahun Penang Starwalk 2017.

Jarak dan laluan Penang Starwalk 2017 telah pun ditetapkan dan ianya adalah sejauh 7km. Di sini Eyda sertakan laluan Penang Starwalk 2017 ini.
 
Laluan Penang Starwalk 2017

Pendaftaran boleh dilakukan secara manual atau online. Pendaftaran secara manual bolehlah berkunjung ke lokasi ini.

lokasi pendaftaran manual


Bagi pendaftaran secara online, sila layari http://sites.thestar.com.my/starwalk/ . Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran ini ialah RM20 untuk dewasa dan RM15 bagi pelajar yang mendaftar melalui sekolah masing-masing.

Bayaran pendaftaran

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Facebook : http://www.facebook.com/StarWalk.my
Contact : janicetan@thestar.com.my
04-6473388 ext 3122


berjalan

BM Tok' Kun Hill Challenge 2017

4/18/2017 09:58:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni nak throwback mengenai larian Eyda pada tahun 2017 nih. Eyda mulakan cerita larian pertama pada tahun ini ya.

Eyda bermula aktiviti larian tahun 2017 ni pada bulan Februari. Padahal ada banyak larian di bulan Januari, puncanya Eyda masih tak tahu tempat nak rujuk untuk daftar dan sertai semua larian itu. Makanya agak terlambat untuk Eyda daftar larian pada tahun ini.

Tapi bila dah tau tempat rujukan segala bagai untuk cari acara larian yang akan diadakan. Makin rajin tangan nih mendaftar.

Hasilnya sehingga kini dah mencecah 8 larian yang didaftarkan. Dah 6 koleksi medal tergantung di rumah. Tu pun masih ada lagi beberapa larian yang belum didaftarkan.

Permulaan aktiviti Eyda pada tahun ini, lebih kepada hiking. Eyda nih mana la pernah mendaki, tapi Eyda terima ianya sebagai cabaran buat diri Eyda.



Alhamdulillah Eyda berjaya menamatkan larian / jalan atau lebih kepada hiking nih dengan baik walaupun selepas itu kaki Eyda sakit sepanjang hari.



Acara ini menampilkan kelainan sedikit kerana setiap peserta akan menerima medal masing-masing di puncak sebelum turun mendapatkan sijil penyertaan di kaki bukit.



Bila lakukan aktiviti ini lebih kepada seorang memang cabarannya agak kuat dalam menamatkan acara. Tapi mental memang kena kuat dalam meneruskan acara sehingga ke garisan penamat. Yelah, hiking memang memerlukan stamina dan kekuatan fizikal yang lebih berbanding larian dan berjalan.


Bagi Eyda dengan enjoy dengan pemandangan yang ada, ianya adalah penguat semangat untuk sampai ke atas dan turun dengan baik.Nikmatilah pemandangan yang ada, sempat juga swafoto di papan tanda 1 km terakhir.

 
Tapi Eyda nasihatkan kepada yang baru memulakan aktiviti sebegini agar lakukan aktiviti ini bersama rakan, sebabnya korang akan lebih bersemangat untuk meneruskan acara ini sehingga tamat. 


Bagi Eyda, bila dapat pegang medal dan sijil nih merupakan terapi minda untuk sertai lebih banyak aktiviti sebegini. Seronok bila dapat tengok medal bergantungan di dinding bilik.

Untuk pertama kalinya, Eyda gunakan aplikasi Runkeeper untuk menyimpan rekod data segala hiking, larian atau berjalan. Ini mudah untuk Eyda memantau prestasi Eyda disamping mengetahui berapa banyak kalori yang dapat dibakar untuk sesuatu aktiviti yang dijalankan.

Inilah rekod masa yang Eyda capai untuk hiking pertama

Sekarang nih, kaki mula gigil nak hiking. Harapnya dapat hiking dengan kawan-kawan.


berjalan

Penang Sihat @ Zumba, Walk & Ride 2017

4/03/2017 10:59:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak bercerita sesuatu yang ada kaitan dengan rupa baru blog Eyda. Ianya memang berkait rapat dengan diri Eyda sekarang.

Alhamdulillah semalam Eyda dah berjaya menyertai aktiviti ke 6. Eyda banyak sertai pelbagai jenis aktiviti seperti larian, mendaki dan berjalan untuk tahun 2017 ini. Sehingga kini Eyda dah berjaya mengumpul 5 medal.

Banyak kan? Memang tak sangka, bila tiba-tiba mood untuk sertai lebih banyak larian meresap dalam diri. Eyda sekarang nih pantang jer buka satu blog yang ada senarai acara larian, mau ada yang tersangkut untuk daftar.

Cerita pasal macam mana Eyda boleh terjebak dalam aktiviti larian bagai nih, nanti Eyda tulis ya. Hari ni nak cerita pasal walk semalam.

Sebenarnya aktiviti semalam tu tercetus bila aktiviti zumba yang dibuat setiap hari Ahad pertama setiap bulan sempena MPSP Car Free Morning mendapat sambutan penduduk setempat. Bagi memberi kelainan, maka aktiviti walk dan ride ditambah daripada aktiviti zumba yang dibuat setiap bulan.

Banner mengenai Penang Sihat @ Zumba, Walk & Ride 2017 sempena Hari Kesihatan Sedunia 2017 dengan tajuk "Depression : Let's Talk"


Berpagian di perkarangan Jalan Todak 2, Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Yeay dah sampai ke garisan penamat. Lengang kan. 


Dah sampai tu, boleh sertai zumba yang sedang berlangsung. Habis kalori dibakarnya.


Jangan tak tahu, YB Seberang Jaya pun sertai acara berbasikal dan YDP MPSP sertai aktiviti zumba.


Bagi merekodkan setiap aktiviti, Eyda menggunakan aplikasi Runkeeper. Aplikasi ini dapat merekodkan jarak, masa, purata setiap 1km dan kalori yang dibakar sepanjang aktiviti dijalankan.

Laju la plak tengok rekod Eyda berjalan nih. Macam tak percaya rekod berjalan. Selalu lari / jalan dengan anak-anak hancur lebur rekod nih.
 

Kenangan menyertai Penang Sihat @ Zumba, Walk & Ride 2017. Medal dan nombor bib.


Eyda siap buat tempat gantung medal dan nombor bib kat dalam bilik di rumah Eyda. Bukan koleksi peribadi Eyda sahaja, malah koleksi anak-anak pun Eyda simpan bersama.

Seronok bila sertai aktiviti macam ni, dapat juga menyihatkan badan, kalau rasa tak mampu nak lari, jalan pun okey. Untuk permulaan sertai Fun Run sekitar 5km, tak perlu banyak lari, mulakan dengan sedikit larian selang seli dengan berjalan. In shaa Allah, nanti korang mesti seronok nak sertai lebih banyak larian. Buat setakat mampu, jangan paksa diri ikut orang yang mempunyai stamina yang bagus tau.


Blog yang Diikuti