barang online

SPeeDY CHooPeR

4/05/2015 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ni barang yang Eyda terima hari Jumaat yang lepas.. Hai dah seminggu baru nak update ya.. Tak kisah laa apapun.. Asalkan berupdate jugak.. Hehehe..

Eyda beli nih dari sahabat Eyda.. Itu pun Eyda tengok dia iklan dalam group di FB baru nih.. Kebetulan Eyda memang nak beli barang nih dan kawan Eyda plak jual dengan harga yang murah.. Apa lagi beli je laa kan.. Dah harga pun murah..


Hai parcel sama warna ngan seat keta plak..

Inilah Speedy Chopper yang Eyda beli..

Alamak tak clear laa Eyda snap..

Eyda beli Speedy Chopper nih dengan harga RM20 termasuk harga pos.. Murahkan.. Kalau cepat rosak sekali pun tak laa rasa ralat sangat.. Padan laa dengan harga yang Eyda dapat.. Apapun Eyda dah guna pakai hari minggu baru nih.. Okey jer, harap bertahan lama laa..


sumber


Bila guna Speedy Chopper nih, Eyda rasa lebih selamat untuk anak-anak Eyda.. Yelah, diaorang nih suka menyibuk bab Eyda nak potong bawang apa bagai..

Nak tolong semua ada, nak tau sapa yang suka sangat menyibuk tuh.. Jawapannya si budak Debab, Izzat namanya.. Bila bagi benda nih kat diaorang, memang suka sangat laa..

Sebenarnya ada pelbagai jenama dan harga di pasaran.. Apapun bergantung laa pada kita yang menggunakannya.. Apa boleh jimat, kita cuba berjimat.. Betul tak? Bila GST bermula, apa saja yang boleh berjimat, semua nak jimat kan..





barang online

KiMie PeDiH MaTa?

11/29/2014 01:24:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Mata dah ngantuk sebenarnya nih.. Tapi hati nak siapkan entry nih..

Itulah kan, bila hati dah minat nak berblog, rasa macam kekurangan plak kalau tak dapat nak update entry atau BW kan.. Korang ada rasa tak macam tuh?

Ermm Kimie tadi bagitau Eyda yang mata dia pedih.. Tetiba Eyda teringat Relaxing Eye Mask.. Apa lagi, suruh dia simpan benda alah tu dalam peti sejuk dalam 30 minit, baru boleh guna..


Tengok tu Kimie mencuba guna
Relaxing Eye Mask

Akhirnya, sampai Kimie dan Eyda terlena.. Sori, ngantuk sesangat.. Maaf laa sampai sekarang baru boleh settle kan entry nih.. Hehehe kalau tak tertido tadi, dah siap entry nih..

Nampak sangat Kimie selesa dengan guna benda tu.. Dah tak merengek apa bagai.. Husband pun cakap ok bila guna.. Kita dapat merehatkan mata kita daripada sakit dan kurang selesa pada mata..

Ini juga salah satu produk Sophie Paris yang dijual.. Menarik dan harganya pun berpatutan.. Hanya rm9 jer.. Rasa macam nak beli lagi satu untuk kegunaan sendiri.. Yang satu ni pun dah jadi rebutan..

Masa baru beli, masing-masing tak tahu kegunaan dia, buat tak tau ja benda ni dok merata., Bila dah tau, pakat berebut nak guna.. Dia nih ala-ala kool fever laa, cuma untuk mata.. Bukan dahi macam kool fever tuh.. Dia rasa sejuk macam guna kool fever..

Okey laa korang, nanti Eyda lena sesi ke-2.. Lambat plak entry nih nak siap.. Jumpa lagi di entry akan datang..




barang online

PaTuT Ke TuKaR?

9/11/2014 03:40:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Masih ingat lagi ke kes salah barang baru nih? Ni nak citer lanjutan dari masalah kesilapan beg yang diorder tempoh hari.. Bagi yang kurang perasan, boleh baca kat sini..

Tahukah korang, yang pihak diaorang hanya nak bayar rm6 sahaja untuk kos penghantaran semula kat diaorang, mengikut polisi syarikat.. Korang rasa patut ke kalau saya pos menggunakan sampul poslaju prabayar yang berharga rm9 dan saya hanya dibayar rm6 untuk itu..

Lagi pulak kos minyak keta macam mana plak? Dah la saya terpaksa bersusah payah membuang masa dan tenaga untuk urusan penukaran semula nih..

Saya rasa ini kali pertama dan terakhir saya berurusan dengan diaorang.. Dah lah yang salah pos barang diaorang.. Ni kos penghantaran semula hanya rm6? Huhuhu.. Rasa macam tak berbaloi plak nak tukar barang dan kita plak kena tanggung lebihan kos..


Sekarang nih lantak laa warna beg apapun.. Huhuhu ayat tak puas hati..

Sampai sekarang masih berasa tak puas hati lagi.. Geram yang amatnya.. Saya pun ada juga buat bisnes online kecil-kecilan tapi setakat sekarang belum ada kesilapan yang berlaku lagi..

Sepatutnya kita sebagai peniaga patut bertanggungjawab sepenuhnya diatas kesilapan yang dibuat oleh pihak kita sendiri.. Jangan sampai nak menyusahkan pelanggan.. Pelanggan beli melalui internet sebab diaorang nak mudah bukan nak menyusahkan macam nih.. Iya tak?


Maaf laa membebel di petang hari..Melepaskan pelbagai rasa yang ada dihati.. Huhuhu..





barang online

SaLaH BaRaNG

9/10/2014 07:55:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf laa kureng update skit.. Memandangkan semalam kureng sihat dan internet dah mula men'slow'kan dirinya.. Ni pun usaha juga untuk update.. Nak bagi blog berupdate selalu..

Pernah tak korang menerima barang yang silap? Mungkin ada yang pernah kan? Apa yang korang buat bila terima barang yang salah ni?

Barang yang saya order melalui internet, sampai semalam.. Memandangkan semalam EL sebab tak sihat, baru hari ni tengok barang yang sampai.. Jom tengok dulu apa barangnya..


Bungkusan yang diterima..

Colour : Coffee

V

V

V

V

V


Inilah barang yang dimaksudkan..

Warna beg yang diterima, huhuhu khaki..

Hal ni laa yang menyebabkan kureng skit laa order online.. Call nak komplen, tak dijawab plak.. Lastly petang tadi email kat inquiry dia orang... Dia orang suruh pos semula, dan akan gantikan yang sepertimana yang di order..

Persoalannya sekarang, tak kan kita plak nak kena tanggung kos pengeposan kepada dia orang kan? Padahal semua ni bukan salah dipihak kita..



Blog yang Diikuti