artis

Seniwati Mariani Meninggal Dunia

12/02/2015 08:39:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..  Masih belum reda dengan pemergian arwah Pak Yus Jambu atau Yussry Bin Edoo, hari ini kita dikejutkan lagi dengan pemergian seniwati Mariani.. Al Fatihah buat arwah seniwati Mariani yang telah pergi meninggalkan kita malam semalam..

Seniwati Mariani


Seniwati Mariani atau Mariam Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.32 malam tadi di kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur.

Berita mengejutkan itu telah disampaikan ke pengetahuan umum oleh anaknya sendiri iaitu Melissa Saila melalui akaun media sosialnya.

Allahyarhamah yang berusia 82 tahun merupakan kakak kepada biduanita negara Puan Sri Saloma.

Sebelum ini, Mariani pernah beberapa kali dirawat di pusat perubatan kerana mengalami kemerosotan kesihatan kerana usianya. Selain itu, beliau dikatakan mengidap kanser usus tahap 4.

Jenazah akan dimandikan di Masjid Al Hidayah, Jalan Sentul pada jam 9 pagi dan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, pada jam 11 pagi esok.

 

Anak seni

Dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura, Mariani merupakan antara seniwati yang masih terus melaksanakan tanggungjawab dan menunjukkan kecintaannya pada dunia seni lakon.

Bakatnya yang merentasi zaman menyaksikan sejarah kerjaya terlakar hebat dari era Studio Jalan Ampas hinggalah ke pelbagai produksi semasa.

Sepanjang hayatnya, Mariani pernah berkahwin sebanyak tiga kali.

Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala. Manakala dengan suami kedua iaitu H. M. Rohaizad, mereka mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, Syed Marhain, Syed Nazran dan Syed Hasnidan.

Bersama suami ketiganya, Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melissa.




Kredit sumber




aktiviti

SePeTanG BeRSaMa NoRa DaNisH @ MyDiN BeRtaM

4/27/2015 10:34:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah hari Isnin kan? Tup tup bulan April bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi.. Sekejap jer masa berlalu kan..

Hari nih Eyda nak share skit apa yang Eyda dan anak-anak buat hari Sabtu yang lepas.. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu bahawa Nora Danish datang ke Mydin Bertam hari Sabtu baru nih..




Dia datang mempromosikan barangan Safi Rania Gold dan seterusnya peraduan belayar bersama Nora Danish ke Langkawi.. Menarik kan hadiah peraduan tuh.. Tapi korang kena karang pantun yang menarik bagi melayakkan diri memenangi hadiah pelayaran tuh..

Okey setelah ditapis apa bagai, hanya beberapa keping gambar jer yang agak okey untuk dikongsikan.. Jom ushar Nora Danish dari jarak dekat..

Nora Danish dan Linda Onn.. Try banyak kali nak snap gambar Linda Onn tak dapat laa..

Masa untuk sign autograph dan bergambar bersama Nora Danish..


Ni Kimie yang snap.. Dia bawak kamera depan Nora Danish dan ni laa hasilnya..

Sebelum balik, posing dulu.. Sempat laa shopping barang skit kat Mydin..

Jom belayar bersama Nora Danish..


Hari Ahad, hari bersantai di rumah jer.. Kimie plak tak sihat.. Hari nih Kimie bercuti di rumah, nasib husband ada kat umah.. Semoga esok Kimie dapat ke sekolah seperti biasa.. Sian plak kat dia..





Blog yang Diikuti