Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Baru nih masa kami join Jump Street Trampoline Park Penang, Eyda ada berikan memasing 1 bekas sampel kek coklat dan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat kepada rakan blogger yang berminat nak review..
Ini adalah hasil usahasama antara Eyda dan pihak BME Enterprise.. Terima kasih Puan Sakina yang sudi memberikan Tepung Ajaib nih untuk kami review beramai-ramai..
Tak susah sebenarnya nak hasilkan kek menggunakan Tepung Ajaib Kek Coklat nih.. Hanya perlukan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat dan 2 biji telur.. Mudah dan senangkan.. Kita boleh memilih samada nak kukus atau bakar..
Jom tengok bahan-bahan dan cara memasaknya..
Pertama sekali kita perlukan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat dan 2 biji telur.. Sebaiknya guna telur gred A ya..
Bahan adunan A dan B yang berada di dalam pek Tepung Ajaib..
Bahan hiasan / topping bahan C dan D untuk Kek Coklat..
Mula sekali masukkan 2 biji telur dan pukul dengan mixer / handwisk / senduk pun boleh ya.. Apapun boleh guna asalkan telur tuh kembang elok.. Pukul sampai ia memutih..
Kemudian masukkan bahan A dan mixed lagi sehingga sebati.. Selepas itu, masukkan bahan B dan gaul rata..
Dah siap, boleh laa masukkan ke dalam acuan dan bekas yang diingini dan boleh laa mula mengukus selama 35 minit (guna loyang).. Eyda hanya kukus sekitar 20 minit.. Kalau anda ingin bakar, boleh laa bakar selama 50 minit dengan suhu 150 C (bergantung kepada jenis oven)..
Untuk menghasilkan kek coklat yang lebih moist, boleh laa diletakkan 1 bekas berisi air dibawah loyang yang dibakar di dalam oven.. Jika anda ingin kukus kek anda, sila panaskan air di dalam periuk kukus sebelum memulakan proses mix semua bahan.. Baru cepat proses mengukus kek anda..
![]() |
| Hasil Kek Coklat Eyda dan anak-anak tukar guna coklat rice warna warni |
Memang mudah sangat buat kek menggunakan Tepung Ajaib Kek Coklat, bukan saja budak-budak pun boleh buat, kita pun tak perlu nak sukat bagai bahan.. Paling penting ia menjimatkan masa penyediaan..
![]() |
| ZARUL FARHANA |
![]() |
| ARYSHAFAYYADH |
![]() |
| CIKPINZ |
| ZAFIRAH |
Giveaway Review Tepung Ajaib Kek Coklat
Memandangkan bulan ini merupakan birthday pemilik Tepung Ajaib.. Hari ini Eyda berbesar hati nak hadiahkan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat kepada pembaca yang bertuah dan juga kepada review yang paling menarik di mata pembaca..
Syaratnya:
1. Follow blog Eyda (bagi yang belum pernah follow)
2. Tinggalkan di dalam ruangan komen di bawah, review dan kek mana yang menjadi pilihan hati (boleh jugak nak nyatakan sebab)
3. Tarikh tutup penyertaan pada 30 Disember 2015
4. Keputusan akan diumumkan pada 31 Disember 2015













