Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf agak lambat Eyda update mengenai Komuter yang telah ada di kawasan Utara nih..
Nampaknya perkhidmatan KTMB semakin bagus dari hari ke hari.. Ada saja pertambahan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan setianya..
Selepas dilancarkan perkhidmatan ETS dari KL Sentral ke Padang Besar.. KTMB telah menambah perkhidmatan Intercity dari JB Sentral ke Padang Besar dan juga ke Pantai Timur sehingga ke Tumpat, Kelantan..
Belum reda dengan pengumuman perkhidmatan itu, maka KTMB memperkenalkan perkhidmatan Tren Komuter Sektor Utara yang melibatkan perjalanan dari Kamunting - Buterworth - Gurun.. Perkhidmatan ini telah bermula pada 11 September 2015 yang lalu..
Di sini disertakan Jadual Perjalanan dan Harga Tiket Komuter Kamunting - Butterworth - Gurun
![]() |
| Jadual Perjalanan dan Harga Tiket |
Alhamdulillah setelah hampir sebulan perkhidmatannya, banyak komen yang baik Eyda dengari.. Cuma sehingga kini Eyda belum berpeluang nak merasai sendiri pengalaman menaiki perkhidmatan ETS mahupun Komuter nih..
Siapa yang pernah naik, mai laa share dengan Eyda skit.. Tak lama lagi akan dilancarkan perkhidmatan Tren Komuter Sektor Selatan plak.. Nanti Eyda updatekan mengenainya.. Tak pun korang boleh jer layari laman web KTMB di http://www.ktmb.com.my/ atau 1-300-88-5862 untuk maklumat lanjut..

