September 15, 2016

Kisah Seram | Gangguan Di Asrama


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Eyda pasti ramai di antara kita pernah membaca cerita seram atau tidak kurang juga yang mengalami kejadian seram itu sendiri.

Memandangkan ketika sekolah dulu, Eyda banyak lalui dan mengalami kejadian seram itu sendiri, makanya Eyda lebih selesa untuk menceritakan kisah itu sendiri.

Cerita ini terjadi sekitar tahun 1998, ketika itu Eyda masih belajar di tingkatan lima dan tinggal di asrama.. Semasa Eyda tinggal di asrama, banyak cerita mengenai blok asrama puteri yang Eyda dan kawan-kawan tinggal didengari dari mulut ke mulut.

Melalui cerita yang didengari, dikhabarkan pada tahun genap, asrama terutamanya asrama puteri akan lebih kerap dihantui dan diganggu oleh hantu.

Menurut cerita yang didengari itu, tapak asrama yang kami huni itu merupakan tapak gereja askar zaman perang dulu. Tapak sekolah kami dikatakan merupakan salah satu kawasan kubu pertahanan askar British zaman dulu.




Alhamdulillah semasa di awal tahun, tiada kejadian seram yang berlaku. Keadaan ini berubah beberapa bulan kemudian. Ketika itu, mulalah berlakunya beberapa kejadian, ada pelajar yang dirasuk dan tersampuk dek hantu.

Kejadian ini mula membuatkan masing-masing agak gelisah dan mula ambil langkah awal. Langkah awal yang kami ambil ialah membaca surah Yasin beramai-ramai di dalam bilik masing-masing sebelum tidur atau selepas waktu study.

Pada ketika itu, apabila ada penghuni asrama yang dirasuk berada di bilik tingkat bawah, bilik yang berada betul-betul di atasnya akan merasai suatu perasaan yang menunjukkan akan berlakunya kejadian rasuk di asrama. Begitulah sebaliknya.

Malah ada satu kejadian, kawan baik Eyda nampak kelibat seorang paderi berjalan dari arah bilik membasuh menghala ke pintu masuk atau keluar asrama.

Tidak berakhir di situ, beberapa kawan Eyda juga pernah beritahu ternampak tiga kepala berada di penjuru siling surau dalam blok asrama puteri.

Pada suatu malam, kawan Eyda beritahu ada nampak suatu lembaga berjalan mengelilingi beberapa deretan katil dua tingkat di biliknya. Akhirnya dia berhenti lama di satu katil.


Keesokannya, seorang pelajar junior terjaga daripada tidur sambil marah-marah mengatakan bahawa ada kawan-kawan yang main-mainkannya malam semalam.

Rupanya, pada malam tersebut lembaga tersebut telah mengikat rambut pelajar junior tersebut pada kepala katilnya. Nasiblah kawan Eyda tidak memberitahunya perkara sebenar. Selepas kejadian itu, pelajar tersebut terus berambut pendek.

Kejadian ini tidak berakhir di sini, setelah banyak kejadian seram berlaku, kami makin kerap membaca surah Yasin beramai-ramai.

Pada suatu malam, seperti biasa kami membaca surah Yasin di bilik, ada seorang junior uzur dan dia nyatakan ingin berbaring di sebelah kami kerana takut. Tamat saja surah Yasin dibacakan, blok asrama puteri terus bergelap.

Rupanya suis utama ter'tendang'. Memasing dah takut nak turun untuk membuka balik suis utama di tingkat bawah memandangkan kami berada di tingkat tiga. Setelah berbincang, beberapa orang rakan turun ke bawah sambil ditemani lampu suluh.

Selepas bekalan elektrik kembali pulih, sahabat Eyda ada menceritakan bahawa semasa sampai pada satu ayat hampir ke penghujung surah Yasin, sahabat Eyda ternampak wajah dan badan junior yang uzur tuh menyerupai rupa tengkorak dan tulang rangka. Fuh berdiri bulu roma bila mendengarnya.

Selang beberapa hari kemudian, kawan baik Eyda dan junior bilik Eyda ada beritahu bahawa mereka beberapa kali pernah kena tindih semasa tidur. Jadinya malam tersebut ada adik junior bagitau nak tidur bersama Eyda dan kawan baik Eyda.

Sebelum tidur, kawan baik Eyda minum air kotak dan kerana malas nak membuang bekas air kotak itu ke dalam tong sampah, makanya kawan Eyda letakkan bekas air kotak tersebut di bawah katilnya dulu. Sebaik sahaja rakan sebilik Eyda tutupkan lampu bilik, Eyda, kawan baik Eyda dan budak junior terdengar seperti bunyi kotak yang ditendang-tendang.

Puas kami memanggil kawan sebilik yang berada hampir dengan suis lampu untuk membuka lampu. Namun, kawan sebilik Eyda tak juga bangun untuk membuka lampu bilik.

Selepas beberapa lama, barulah kawan sebilik Eyda bukakan lampu. Selepas lampu bilik menyala, kami terus mencari bekas air kotak kawan baik Eyda minum itu. Rupanya, bekas air kotak itu telah kemek seperti ditendang dan berada beberapa meter dari katil kawan baik Eyda.

Kami bertanyakan kawan sebilik yang berada dekat suis lampu mengapa dia tidak membuka lampu sebaik kami memanggilnya, dia bagitahu kami yang dia tak dengar langsung yang kami memanggilnya.

Selepas dia terdengar suara kami barulah dia bangun membuka lampu bilik. Selepas dia membuka suis lampu, dia ada perasankan satu kelibat keluar melalui tingkap bertentang dengan katil Eyda.

Seram juga kami nak tidur balik pada malam tersebut. Malam itu, kami tidur dengan bertemankan lampu yang menyala sehingga pagi.

Menjelang hujung tahun, pastinya cuti sekolah bermula. Makanya peperiksaan SPM akan bermula. Memandangkan ramai pelajar junior pulang ke rumah masing-masing, makanya pelajar yang tinggal di bilik 4 hingga 6 perlu berpindah turun ke bilik 1-3.

Memandangkan ada ura-ura ada pelajar lelaki berhajat memecah masuk blok asrama puteri semasa tempoh peperiksaan SPM diadakan. Maka kami bersepakat untuk berjaga malam bergilir-gilir berdasarkan kepada siapa yang tidak mempunyai kertas peperiksaan keesokan harinya.

Kami membuat persiapan dengan meregangkan benang pada hujung tangga ke tingkat kami dan menaburkan guli di hadapan benang tersebut.

Pada suatu malam, kami mendengar ada orang jatuh dan terpijak guli yang kami taburkan. Sepantas kilat kami membuka pintu untuk melihat siapakah gerangannya.. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, tiada sebarang kelibat manusia yang ada di situ. Puas kami mencari di dalam bilik air dan sehingga ke tingkat bawah, tiada seorang pun yang kami temui.

Masing-masing mula berasa seram dengan kejadian yang berlaku. Persoalan mengenai siapa dan apa yang jatuh pada malam tersebut masih tidak terjawab sehingga kini.




Filem Volkswagen Kuning






Sinopsis Volkswagen Kuning


MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!



Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.
 




Jom beramai-ramai kita saksikan filem Volkswagen Kuning yang akan mula ditayangkan pada 22 September 2016 ini di pawagam berhampiran anda.


Hadiah Menarik Buat Blogger



Jom semua blogger sertai contest ini : http://www.broframestone.com/2016/09/bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning/ dan anda berpeluang untuk memenangi smartphone Oppo F1s



16 comments:

  1. Pergh!! Kalau buat buku ini, memang ohsem..
    Sha tak pernah duduk asrama sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kalau nak buat novel boleh laa.. hehehe.. kalau nak cerita semua, penuh entry nih..

      Delete
  2. byk betul dugaan korang kan masa kat asrama...Sally ni alhamdulillah Allah selamatkan dari benda-benda macam ni...agaknya sbb tau kita tak mampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak dugaan di tahun genap asrama sekolah tu.. ada lagi, tapi cerita ringkas2 jer.. Alhamdulillah tu Sally.. Eyda pernah tersampuk pun ada, tapi kat asrama tempat lain..

      Delete
  3. Replies
    1. tu tak citer kes eyda kena kat asrama tempat lain.. rasa macam nak mati pun ada, tak boleh nak nafas.. citer kat asrama nih banyak story skit.. yang sendiri tak banyak sangat..

      Delete
  4. Replies
    1. sebenarnya ada banyak citer seram, ni sebahagian citer seram ja..kalau nak cerita semua cerita seram boleh buat part by part..

      Delete
  5. salah satu sebab kira takmo duduk asrama dulu pasal seram2 ni la huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua asrama ada cerita seramnya yang tersendiri.. ada yang ok.. yang kat poli eyda ada kena sikit..

      Delete
  6. seriau...
    papepun gud luck ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok situ tunggu rasa jer.. alhamdulillah Eyda tak kena teruk2.. cuma pengalaman tu fuh memang mencabar setahun di asrama sekolah tu

      Delete
  7. Kalau dok asrama memang merasalah kena kacau nih. Macam menarik je volkwagen kuning tuh!

    ReplyDelete
  8. Dugaan duduk asrama ni mmg akan ingat smpi bila2.. gangguan mcm ni adakalanya mengganggu fikiran juga huh...

    ReplyDelete
  9. tak kena kacau tak sah la kalau dah dok asrama ni.. kena tindih benda biasa. hat org kna rasuk tu paling kesian

    ReplyDelete
  10. memang asrama sekolah kebanyakan berhantu hihihihi... tu yg xmau duk asrama..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...