May 19, 2016

Bufet Ramadhan 2016 | Nostalgia Sajian Desa di The Light Hotel


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Bulan Ramadhan makin menghampiri, jadinya di bulan Ramadhan nanti pastinya ada yang mempunyai perancangan sama ada berbuka di rumah, restoran atau hotel.




Di sini Eyda ada salah satu pilihan lokasi untuk bufet Ramadhan iaitu di The Light Hotel. Tema yang dibawakan The Light Hotel pada tahun ini ialah Nostalgia Sajian Desa..



Menu disajikan membawa kita ke sajian desa yang pastinya mengingatkan kita ke menu kampung. Bukan itu saja, menu yang ditampilkan ini juga mewakili pelbagai kaum, negeri dan citarasa di Malaysia.. Pastinya ia memenuhi selera sesiapa sahaja yang menjamu selera di Bufet Ramadhan ini..

Menu istimewa yang disajikan di sini ialah Beriani Kambing.. Memang sedap menu ini dengan kambingnya yang lembut dan tidak berbau pastinya mengundang selera sesiapa sahaja yang memakannya..
 
Beberapa Chef bersama hidangan istimewa Beriani Kambing

Rendang Daging Tok merupakan menu istimewa negeri Perak.. Rasanya memang sedap makan bersama nasi dan ianya lebih istimewa kalau jamah bersama ketupat atau lemang..

Rendang Daging Tok

Menu Sayur Asin Masak Lemak Labu.. Ini memang mengamit selera kampung..



Menu Ikan Pari Bakar dan Sotong Bakar


Menu Sri Lankan Spring Roll ini rasanya ala-ala murtabak..


Anda juga boleh memilih menu ringan yang lain seperti Char Koey Teow Chinese Style.. Ianya memang sedap, boleh bertambah-tambah kalau dah rasa..



Menu wajib ada di bulan Ramadhan ialah Bubur Lambuk Istimewa.. Kalau orang utara selalu memanggilnya dengan nama kanji..



Menu Pengat Pisang juga pasti dapat menambahkan selera anda..


Tidak ketinggalan Pasembur juga disajikan untuk anda yang berbuka di sini..

Pasembur



Pelbagai jenis kerabu ada disajikan.. Antaranya Kerabu Mangga dan Kerabu Taugeh


Keropok

Seperti biasa pelbagai jenis desert disajikan.. Semuanya sedap..


Buahan-buahan segar turut disajikan..


Di sini turut disediakan kemudahan Surau bagi memudahkan pelanggan-pelanggan yang berbuka untuk menunaikan solat Maghrib dan jugak Isyak (malah terawih pun diadakan dengan menjemput imam terpilih untuk mengimamkan terawih).
 
Selain itu, para pelanggan juga turut dihiburkan dengan persembahan Rayyan Band dengan Nasyid, Arab dan lagu Melayu.





HARGA BIASA
RM79 (Dewasa)
RM48 (Kanak-Kanak)
RM60 (Warga Emas)

EARLY BID
RM70
(sehingga 31 Mei 2016)

PROMOSI 10+1
Bayaran penuh untuk 10 orang dewasa, PERCUMA 1 orang


THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Penang, Malaysia.

Telefon:
+604-3821111

Website:
www.thelighthotelpg.com




7 comments:

  1. Terliur bila tgk gmbr balik...
    Apa la nasibbb

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila skip entri gambar makanan..

      Delete
  2. makanan superbb!!
    management superbb!!
    team pbu superbb!
    terbaikkk semua!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks El.. kalau tak, tak merasa laa nak makan kat hotel 5 bintang nih..

      Delete
  3. yummy bestnya makanan dia. harga pun affordable kan. btw salam kenal .

    ReplyDelete
  4. terliur tengok makanan kat atas ni....

    ReplyDelete
  5. Bestnya makanan dia.. kerabu mangga tuh ohsem..

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...