February 18, 2016

ESCAPE, Pulau Pinang | Time To Play | Part 1


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah Eyda dan juga team Projek Blogger Utara berpeluang merasai sendiri pengalaman berada di ESCAPE Adventure, Teluk Bahang, Pulau Pinang..

Team kami dijemput oleh Cik Winnie selaku Manager ESCAPE Adventure, Pulau Pinang.. Untuk pengetahuan, ESCAPE ini dimiliki oleh En. Sim Choo Kheng, merupakan The Founder and Chief Executive of Sim Leisure..

Eyda mulakan mukadimah mengenai ESCAPE dulu ya.. Jom baca kisah asal usul tercetusnya idea untuk membina ESCAPE nih..

IDEA DAN SEJARAH PEMBINAAN ESCAPE


ESCAPE ini dicetuskan melalui inspirasi zaman kanak-kanak En. Sim Choo Kheng sendiri.. Ia menampilkan permainan menyerupai permainan yang ada di zaman dahulu..




Dibesarkan di sebuah kampung di Pulau Pinang membuatkan Sim mengetahui keseronokkan seorang kanak-kanak bermain di luar rumah bersama rakan-rakan dengan suasana alam semula jadi.. Kita semua akan makin dewasa dan berusia, maka Sim tidak ingin melepaskan suasana kampong begitu sahaja.. Beliau yang merupakan pemilik syarikat yang banyak mereka dan membina taman tema di seluruh dunia selama 20 tahun.. Kini Sim Leisure merupakan salah satu konsultant taman tema di dunia yang berpangkalan di Dubai..

Bagaimanapun, beliau sentiasa ingin membawa pengalaman dan keseronokkan ini pulang ke tempat kelahirannya iaitu Pulau Pinang.. Impian beliau untuk membina ESCAPE akhirnya tiba, bila Kerajaan Pulau Pinang ingin membina pusat tarikan pelancong ke Pulau Pinang pada tahun 2009.. Beliau telah memenangi tender untuk membina ESCAPE di atas bekas tapak pejabat projek Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang..


ESCAPE berbeza daripada taman tema yang lain.. Ia mengubah daripada roller coaster dan juga fantasi yang menakutkan kepada yang lebih menyeronokkan.. ESCAPE banyak membawakan permainan zaman kanak-kanak kembali ke zaman kini.. Ianya membuatkan anda terpaksa untuk menggunakan akal fikiran untuk menangani masalah dan bermain dengan seronok..



Tahukah anda yang kanak-kanak di zaman dahulu lebih aktif. Ini kerana kanak-kanak dahulu lebih kreatif untuk mencipta mainan sendiri, memanjat pokok atau berlari-lari di dalam kawasan kampong.. Kanak-kanak masa kini lebih suka menghabiskan masa dengan berada di depan gadget, laptop atau komputer secara bersendirian dalam mencipta keseronokkannya sendiri..

Ini bukanlah keseronokkan sebenar.. Ianya tidak bagus untuk mereka dari segi mental dan fizikal.. Ini merupakan salah satu penyebab banyak kanak-kanak kini obesiti,  tidak aktif dan tidak bermaya..



Pihak Sim Leisure berpendapat mereka perlu membina ESCAPE bukan hanya daripada kata-kata tetapi melalui tindakan..

Banyak perkara muncul ketika idea dan usaha Sim Leisure untuk membina, membaiki dan memulihkan kawasan ESCAPE ini. Ianya pernah menjadi salah faham pelbagai pihak sehingga dilaporkan ke dalam surat khabar.. Pihak ESCAPE ketika itu juga tidak diberikan sebarang peluang untuk menjawab segala kekeliruan yang berlaku.. Walau bagaimanapun, akhirnya ianya dapat ditangani dengan baik..




Pada 7 November 2012, ESCAPE Adventureplay telah dibuka kepada orang ramai.. Sambutan yang memberangsangkan ini membuatkan pihak ESCAPE telah membuat majlis perasmian pada 8 Disember 2012..

ESCAPE ini tidak hanya berakhir di ESCAPE Adventureplay, ianya kini dikembangkan lagi dengan ESCAPE Waterplay yang dijangka akan dibuka hujung tahun 2016 ini.. Seterusnya ia akan diikuti dengan Treetops Hotel pada 2017..

ESCAPE juga akan membuka cawangannya di Asia Tenggara dan Timur Tengah pada tahun 2016..

Misi ESCAPE adalah jelas dan tidak bercanggah untuk membina sebuah destinasi permainan yang menarik dan menyeronokkan dengan alam semula jadi yang berada di dalam fikiran dan mengalu-alukan pengunjung yang kini telah dewasa sebagai salah satu destinasi pilihan..


Okey sekarang korang dah tau kisah asal usul mengenai ESCAPE kan, nanti Eyda sambung citer seterusnya di dalam entry seterusnya.. Bukan apa, nanti ada yang penat nak baca kan semua sekali harung.. Tunggu..




Info ini telah disunting dan gambar ilustrasi kredit daripada ESCAPE.my


Operation Hours



Tuesday – Sunday

9am to 6pm

Closed Monday



Ticket counter closes at 4.30pm

Escape Penang

828 Jalan Teluk Bahang

11050 Penang, Malaysia



T : +604 881 1106

F : +604 881 3106


FB : escape.my



9 comments:

  1. kartun tu, memang Mr Sim... macam throwback tengah briefing ja ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. hebat encik sim nih.. berpandangan jauh..;)

    ReplyDelete
  3. Suka dgn cara berfikir mr. Sim. Xsemua org fikirkan mcm cara dia berfikir

    ReplyDelete
  4. respek ngan Mr. Sim..ckp melayu dia terbaik

    ReplyDelete
  5. comel kartun tu hihihi... nampak imginasi mr sim tu terbaik sangat

    ReplyDelete
  6. mr sim memang kreatif.. tak sangka betul.

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...