November 19, 2015

Review : Rockstarz Burger, Sungai Ara, Pulau Pinang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak cerita pengalaman kami #BloggerUtaraOfficial merasai burger yang istimewa dan sedap di sekitar Pulau Pinang..

Alhamdulillah hujung minggu baru nih, geng #BloggerUtaraOfficial telah dijemput oleh pemilik Rockstarz Burger sendiri iaitu En. Saiful Danial untuk menikmati dan merasai sendiri kesedapan serta keenakan burger di kedainya..

Rockstarz Burger ini menggunakan slogan Rock Your Mouth.. Sesuai dengan konsep dan nama burger yang disajikan..

Inilah rupa kedai Rockstarz Burger di waktu petang..



Ini plak rupa di waktu malam.. Gambar kredit daripada Rockstarz Burger..

 
Lokasinya di deretan kedai Taman Tunas Muda berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Ara.. Kalau tak tau lagi tengok pelan lokasi kat bawah nih.. 
 
 

 


Dah masuk kedai mesti nak tengok menu untuk dipilih.. Di sini ada pelbagai pilihan burger dan menu sampingan.. Meh tengok menu yang ada..



Tak jelas? Meh tengok gambar kat bawah nih..



Ini burger yang istimewa di Rockstarz Burger.. Nama burger pula diilhamkan daripada kumpulan rock Search dan Wings.. Burger nih dilapisi dengan 3 keping daging burger ya..



Ini burger limited edition.. Hanya ada dalam waktu terhad sahaja..



Minuman yang boleh dipilih..



Selain itu, di sini ada menu sampingan yang boleh dipilih..



Di sini, Eyda dan geng Blogger Utara yang lain berpeluang memilih sendiri burger yang diingini.. Malah kami dihidangkan dengan menu sampingan.. Alhamdulillah dapatlah kami merasai sendiri burger yang disajikan di sini..

Selain itu, setiap burger ini ada pilihan yang boleh kita pilih..Kita boleh pilih sama ada nak burger yang menggunakan daging lembu atau pun ayam.. Malah kita boleh memilih sama ada nak sekeping daging burger, dua keping atau tiga keping..




Bagi membezakan antara kepingan daging burger tersebut, pihak Rockstarz telah menggunakan nama seperti Slow Rock untuk sekeping daging burger, Hard Rock untuk dua keping daging burger atau Heavy Metal untuk tiga keping daging burger..

Boleh ikut kapasiti perut masing-masing ya..

Eyda memilih burger daging lembu The Cabonara Burger (Hard Rock).. Burger ini dilapisi dengan lapisan keju, campuran sos carbonara dan salad segar.. Burger ni memang kaya dengan campuran sos carbonara..


The Carbonara Burger

Izzat memilih untuk menikmati burger The Search.. Burger ini dilapisi daging lembu, keju, telur, onion rings dan sos BBQ..  Burger nih Eyda tak dapat rasa, tapi anak Eyda cakap sedap..


The Search

Kimie memilih burger daging lembu The Rockstarz (Hard Rock).. Burger ini dilapisi dengan daging lembu, keju, salad, kubis, sos cili dan campuran mayonis.. Burger nih Eyda dapat rasa, memang sedap.. Hahaha memang puas hati tau dapat rasa dua jenis burger..



Kalau dibuat perbandingan antara The Carbonara Romance dengan The Rockstarz, Eyda lebih suka The Rockstarz lagi.. Rasanya sedap mungkin sebab burger nih lebih terasa sos yang pedas berbanding The Carbonara Romance yang lebih banyak campuran sos carbonara..

Selain itu, Eyda memilih Meatball sebagai menu sampingan.. Sedap Meatball nih, sampai Eyda order dua tau.. Satu untuk Izzat dan satu lagi untuk Kimie..


Meatball


Burger lain yang menjadi pilihan Blogger Utara ialah


The Santanaz

The Red Hot Curry Chilleez

The Wings


Menu sampingan yang lain..

Onion Ring


Malah Rockstarz Burger juga pernah mendapat kunjungan daripada Jalan-Jalan Cari Makan TV3..

Model cilik bersama plaq Jalan-jalan Cari Makan TV3


Siapakah di sebalik tabir yang menyediakan hidangan yang sedap nih?




Dah habis makan apa lagi, acara wajib sebelum balik iaitu bergambar..





Bagi yang ingin menikmati burger handmade, sedap dan semestinya halal nih, boleh berkunjung ke


Rockstarz Burger 
118, Taman Tunas Muda, Jalan Dato Ismail Hashim,
Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Penang.
 
 Nombor Telefon
019-4299309

Waktu Perniagaan
5pm - 1am (Setiap Hari)









25 comments:

  1. ku mengidam mengidam nak mkn burger diatas

    ReplyDelete
  2. Wah...nampak sos dan keju yang meleleh tu dah terliuq dah ni kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak siapkan entry nih pun meleleh2 air liur..

      Delete
  3. ayayaya ~

    #bloggerutaraofficialhantuburger

    ReplyDelete
  4. sedappppp kak eyda.. xboleh tgk hari2. kempunan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi tu nina.. nak jawab komen nih pun jenuh scroll laju2..

      Delete
  5. sukanyaaa budak model tu.. hahaha lawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. model tuh, orang suruh pegang ja, dia p bubuh kat tengkuk.. hehehe..

      Delete
    2. hahaha.. lawak lah dgn kimi. sronok makan sos bege

      Delete
  6. haii bila ntah lagi nak repeat ni eyda woii
    cheq dah #gilabayang ni haha

    ReplyDelete
  7. maap yer..murni dah repeat smlm..mohon jeles ya

    ReplyDelete
  8. nanti boleh la cube makan kat sini

    ReplyDelete
  9. Uwaaaaaa jelosssss! ahad nie nak pi sana.. nak makan semua jenis burger yg ada boleh?????? hahaha

    ReplyDelete
  10. jelessss nie.. napelah jauh sangat.. huhuhu

    ReplyDelete
  11. comey anak akak.. tetap kemas baju dalam tu.. baguih =)
    adeh kenotla tengok gambar.. tingat..

    next time nak The Wings !! tak kira ahaha..

    ReplyDelete
  12. seriously, next week aida nak gi sini !!!
    tq tq tq BU semua...

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...