September 4, 2015

Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Tahukah anda bahawa kebanyakan negeri telah memulakan pengasingan sisa pepejal dari rumah dan juga premis..

Pengasingan sisa pepejal ini bermula 1 September 2015 di beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. Kegagalan melakukan pengasingan sisa pepejal boleh menyebabkan anda dikompaun sebanyak RM50.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/17670
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/17670
Walaubagaimanapun, penguatkuasaan kompaun ini akan bermula Jun 2016.. Maknanya kita masih ada masa untuk belajar untuk mengasingkan sisa pepejal ini sepertimana yang dikehendaki..




Di sini Eyda senaraikan Sisa Pepejal mengikut kategori yang telah ditetapkan.. Ini bagi memudahkan kita untuk mengasingkan sisa pepejal yang berkenaan mengikut kategori yang ditetapkan..



Sisa Baki
Sisa yang tidak boleh dikitar semula dan akan dilupuskan di pusat pelupusan. Ikat sisa dengan kemas kemudian letakkan ke dalam tong sampah, kutipan akan dilakukan 2 kali seminggu.








Sisa Kertas
Sisa yang dihasilkan daripada kertas dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan di tepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.




Sisa Plastik
Sisa yang dihasilkan daripada plastik dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan di tepi tong sampah, kutipan akan dilakukan seminggu sekali.

 
 


Sisa Lain-lain
Sisa selain daripada sisa baki, kertas, dan plastik. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik, jika terlalu besar, letakkan dengan kemas di tepi tong sampah. Kutipan akan dilakukan sekali seminggu.






Sumber gambar dan senarai kategori SWCorp Malaysia



22 comments:

  1. Assalam eyda,
    seb baek penang tak kena lagi he3

    ReplyDelete
  2. payah juhak..kena ada 3-4 tong sampah kat rumah gamaknya

    ReplyDelete
  3. tapi kan. just nak tnya. kalau rumah flat yang tong beso tu macam mn. praktikkan jugak x

    ReplyDelete
  4. btul tu Sha..nasib baik penang x buat lg

    ReplyDelete
  5. Cmtu eh..bgusla cmni..lebih praktikal kn..

    ReplyDelete
  6. org malaysi ni mmg pemalas sikit.. tapi tak pe, kita tengok nnti macam mana.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Selangor belum lagi ya?

    Sebenarnya, senang je buang sampah asing-asing ni. Saya dah 3 tahun dah praktis benda ni :)

    ReplyDelete
  8. alamak...penang dah kena ka blum

    ReplyDelete
  9. Kalu ada barang tak pakai biasanya SS jual kat apek lori recycle... ha ha ha...

    ReplyDelete
  10. negara kita baru nak kalut buat..walhal Jepun dah lama amalkan..tengoklah negara dia...bersih.teratur dan sistematik sangat...padahla kita ni negara Islam..tapi tak amalkan gaya kebersihan...

    ReplyDelete
  11. kalau resit x pernah simpan..lepas byr dapat resit terus masuk tong sampah

    ReplyDelete
  12. nak kena pakai bnyak space dapuq laa pulak huhuhu..

    ReplyDelete
  13. penang pon akan kena tak lama lg.. huhu
    kena cari kotak lepas ni nak asing semua sampah

    ReplyDelete
  14. aida da buat :)
    ikut arahan la kata kan hi hi hi...

    ReplyDelete
  15. Lepas ni kena sediakan tong sampah yang berbeza di rumah...hehehe..

    ReplyDelete
  16. jarang jumpa tong sampah recycle ni kat kota bharu

    ReplyDelete
  17. Kedah xstart lg masih guna tong besar tu..

    ReplyDelete
  18. asalam..pengasingan sampah ni jadi panduan terbaik ya

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...