March 25, 2015

Contest petua dan herba Kongsibersamanora

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari nih Eyda nak join contest sambil berkongsi petua dan herba yang mudah untuk kita perolehi dan dapati.

Herba yang Eyda ingin kongsikan ini, ianya memang digunakan dalam masakan kita iaitu serai.. Serai ada pelbagai jenis tapi Eyda cuma ingin berkongsi mengenai serai makan.. 

Tahukah korang bahawa serai nih banyak manfaatnya dari segi kesihatan dan kecantikan? Jika anda tak tahu, meh tengok apa yang Eyda perolehi dari hasil pencarian di dalam internet nih..


 http://kongsibersamanora.blogspot.com/2015/02/contest-petua-dan-herba-kongsibersamanora.html



Nama saintifik : Cymbopogon citratus
Nama biasa : Lemongrass
Nama tempatan : Serai makan
Famili : Graminae


Ada sesiapa tak kenal dengan pokok serai? Kalau tak kenal, meh tengok skit pokok serai yang ditanam dihalaman rumah Eyda nih.

Pokok Serai


Untuk pengetahuan semua, Serai ini sebenarnya tumbuhan yang amat mudah ditanam sekitar rumah, dan ianya tidak memerlukan penjagaan yang rapi. 

Oleh itu, ianya memang menjadi pilihan Eyda untuk menghiasi halaman rumah. Tapi jangan terpedaya ya, bukan Eyda yang tanam tapi encik suami yang tanam. Hehehe..

 
Banyak tak? Ini sebahagian jer..



Eyda memang tak sangka banyak manfaat dari serai makan nih. Yang Eyda tau serai wangi jer guna nak halau serangga apa bagai tuh..

Okey laa, Eyda pun tak mau merepak banyak-banyak, meh kita lihat manfaat serai dari segi kesihatan dan kecantikan. Petua di bawah ini juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.

Memutihkan gigi
Ada sesiapa yang mempunyai masalah gigi kuning kerana merokok atau sebagainya? Jika ada jangan risau, ianya boleh di atasi dengan menggunakan serai sahaja. Caranya dengan menumbuk halus dua batang serai yang dipotong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pasa gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya.

Mengatasi masalah perut
Teh serai? Mungkin ianya agak janggal kan bagi kita? Tapi tahukah anda dengan meminum air rebusan serai dengan teh ini mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai juga dapat membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer'
Anda pernah mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi? Ada caranya untuk melegakan sakit anda itu dengan meminum air teh limau bercampur serai. Ini kerana serai dapat bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi
Tahukah anda bahawa serai juga mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai ini dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut
Ada wanita di sini yang mempunyai masalah senggugut? Apa kata anda cuba amalkan meminum air teh serai setiap pagi ketika datang bulan. Ianya bukan sahaja melegakan senggugut anda, malah rasa mual juga dapat diatasi. 

Agen pencegah kanser
Tahukah anda bahawa setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat di dalam serai dipercayai mampu mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Menurunkan tekanan darah
Serai juga digunakan untuk mengurangkan tekanan darah dan merangsang peredaran darah. Caranya ialah dengan mengambil minuman yang mengandungi serai setiap hari, ianya sangat membantu dalam menurunkan paras hipertensi.

Mencantikkan kulit
Wanita memang tidak lari dari mementingkan kecantikkan. Tahukah anda bahawa penggunaan daun serai dalam bidang kosmetik memang tidak asing lagi. Ini kerana kesan penggunaan kosmetik yang mengandungi daun serai dapat menghilangkan jerawat malah ianya juga berfungsi sebagai penyegar wajah.

Mengubati infeksi kulit
Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan ini amat berguna khususnya dalam mengubati infeksi (jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti infeksi kulit, tiput (jangkitan bakteria pda usus kecil), keracunan makanan dan ianya juga dapat menghilangkan bau badan.

Diuretik
Serai juga diketahui berkhasiat sebagai diuretik. Ini kerana ianya dapat meredakan kejang-kejang otot dan anti rematik (sakit sendi). Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Ambil sebanyak 5 gram akar serai dan dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu ambil air rebusan serai tersebut untuk diminum. Amalkan minuman ini dua kali sehari.


Banyakkan khasiat serai nih. Jika kita menghadapi masalah di atas, boleh laa kita cuba petua di atas, bukan saja murah malah mudah untuk diamalkan.


Eyda suka membaca entry-entry berikut dari blog KongsiBersamaNora

Khasiat dan kebaikan kunyit

Bahaya cacing dan petua 

10 Kebaikan minum susu 



"Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh - tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"






16 comments:

  1. good luck all the best kita pun join juga

    ReplyDelete
  2. Yang part serai boleh jugak untuk detoks tu, macam pernah dengar. Tapi untuk mencantikkan kulit, first time dengar :)
    Which petua yang Eyda dah try?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak cuba teh serai.. jom kita cuba salah satu petua di atas..

      Delete
  3. Baru kitew tahu awak..Selama ni tahu ketuk masuk dalam masakkan jer..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa kita.. nak join contest nih, baru google cari maklumat pasal serai.. banyak info yang Eyda dapat.. kalau tak kerana contest nih Eyda pun mungkin tak tau pasal semua nih..

      Delete
  4. Assalam. Terima kasih kerana menyertai contest petua dan herba kongsibersamanora. Banyak manfaat yg diperolehi dr herba2 ni

    semoga berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.. terima kasih kerana menganjurkan contest nih.. banyak info dan manfaat yang saya sendiri dapat dengan menyertai contest ni..

      Delete
  5. Assalam. terima kasih diatas penyertaan contest petua dan herba kongsibersamanora. Banyak manfaat herba serai yang kita dapat amalkan dan kongsikan pd semua

    all d best and good luck sis

    ReplyDelete
  6. gud luck Eyda ;-)
    banyak manfaat serai ni

    ReplyDelete
  7. bestnye contest cmni..
    sambil belajar tentang perkara baru...
    gud2

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...