kemalangan

Tragedi 2 Ogos 2017

8/28/2017 09:47:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semua orang pastinya ada detik sedih di dalam hidup. Adakalanya ianya bertimpa-timpa melanda di dalam diri kita.

Apapun kita jangan cepat menyalahkan takdir, sesungguhnya apa yang berlaku mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tidak kurang juga sebagai ingatan buat kita sebagai insan yang adakalanya sedikit lalai kepadaNya.


KEMALANGAN 2 OGOS 2017

Tarikh keramat 2 Ogos 2017 jam 7.10 malam. Satu detik yang tidak dapat Eyda lupakan. Pada hari tersebut merupakan hari Rabu dan juga merupakan hari bekerja. Memandangkan hari tersebut Eyda tidak mengambil anak, makanya Eyda pulang sedikit lewat.

Setibanya di persimpangan lampu isyarat berhampiran SMKA Al Irshad, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang Eyda berhenti kerana lampu isyarat menunjukkan warna merah. Eyda seperti biasa dengan tenang menantikan lampu isyarat bertukar hijau untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Sebaik sahaja lampu bertukar hijau, kereta Eyda bergerak secara perlahan-lahan mengikut kereta Toyota Hilux milik PBA Pulau Pinang yang berada di sebelah kanan Eyda untuk meneruskan perjalanan.

Ketika kereta Eyda sedikit ke hadapan, Eyda perasan kereta Proton Persona dengan lajunya meluncur laju menuju ke arah kereta Eyda.

Dengan tangkas Eyda menekan brek sambil membelok stereng ke arah kiri bagi mengelak kereta Proton Persona tersebut.

Walaubagaimanapun kemalangan tetap berlaku tetapi dengan impak yang agak kurang, kesan daripada tindakan pantas Eyda.

Jika Eyda tidak bertindak sebegitu, pastinya enjin kereta Eyda akan rosak lebih teruk dan kereta Eyda akan menghentam pintu kereta Proton Persona tersebut. Mungkin akan mengenai isteri pemandu kereta Proton Persona tersebut.

Ketika kejadian baru berlaku, Eyda sempat mendapatkan telefon dan merakamkan gambar ini untuk simpanan Eyda. Tanpa Eyda sedari bahawa gambar ini menunjukkan lampu isyarat tersebut belum bertukar merah pada ketika itu.

Lampu isyarat ketika Eyda sempat rakamkan sebelum keluar dari kereta


Pintu pemandu dan penumpang sebelah kiri tidak dapat dibuka sepenuhnya, hanya dapat buka separuh sahaja. Nasib badan Eyda agak kecik, maka Eyda dapat meloloskan diri keluar dari kereta.

Keadaan kereta ketika kemalangan

Keadaan kereta dari sudut lain


Ketika itu, pemandu kereta Proton Persona tersebut meminta maaf dan menyatakan bahawa dia bersalah kerana mengejar lampu isyarat.

Antara kerosakan yang dialami

Memandangkan kereta Eyda tidak dapat dihidupkan kerana enjin kereta mati secara tiba-tiba ketika Eyda hendak keluar dari kereta, maka Eyda terpaksa menggunakan khidmat kereta tarik untuk dibawa ke balai polis dan bengkel.

Urusan melaporkan kemalangan tersebut memakan masa yang lama. Eyda selamat sampai di rumah sekitar jam 10.30 malam bersama ayah Eyda.

Keesokkan  harinya Eyda terpaksa meminjam kereta ayah sehingga urusan membaiki kerosakan kereta Eyda siap.

Selang hari ke 5 Eyda kemalangan, tiba-tiba ada kenderaan melanggar lari berhampiran rumah Eyda dan mengenai bahagian belakang kereta ayah dan mengenai lampu belakang sebelah kanan dan bumper sebelah kanan sedikit terjejas.

Setelah seminggu iaitu pada 9 Ogos 2017, kereta Eyda masih tersadai di bengkel tanpa sebarang pembaikan. Urusan melibatkan pihak polis pun tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana pemandu kereta Proton Persona membuat laporan polis yang dia tidak bersalah.

Kiranya laporan polis memang agak lambat kami terima. Kemudian ayah Eyda membuat keputusan cuba untuk membawa pulang kereta tersebut ke rumah untuk dibaiki di bengkel berhampiran rumah.

Nasib kereta Eyda itu, dapat dihidupkan dengan bantuan pekerja bengkel. Itu pun setelah beberapa wayar disambungkan.

Barulah Eyda tahu bahawa enjin kereta Eyda rupanya tak terjejas cuma bahagian badan enjin kereta sahaja yang terjejas agak teruk.

Selepas beberapa hari kereta Eyda dibaiki, Alhamdulillah pada 14 Ogos 2017 kereta Eyda dapat dibawa pulang ke rumah. Alhamdulillah tak sampai 2 minggu kereta Eyda dapat digunakan kembali.

Keadaan kereta setelah dibaiki dengan kos sendiri

Memang terlalu banyak tragedi kemalangan berlaku dalam waktu terdekat ini. Salah satunya kereta mak sedara Eyda kemalangan dua hari sebelum Eyda kemalangan juga berlaku di persimpangan lampu isyarat.

Selain itu, kakak di pejabat Eyda juga kemalangan hari Sabtu yang lalu. Moga kami tabah dan tidak terlalu fobia apabila memandu di jalan raya.


INFO

Jika berlaku sebarang kemalangan, cuba kumpulkan segala maklumat secukupnya seperti maklumat pemandu kenderaan yang terlibat dengan anda seperti nombor kenderaan, jenis kenderaan, nombor telefon dan maklumat pengenalan diri.

Selain itu, kita juga boleh merakamkan gambar keadaan kenderaan, gambar cukai jalan kenderaan yang turut sama terlibat.

Laporkan segera kemalangan yang berlaku ke pejabat polis trafik yang berhampiran. Sebaiknya laporan kemalangan perlulah dilakukan dalam masa 24 jam setelah kemalangan berlaku.



food mega

Food Mega di Seberang Perai Fiesta 2017, Pulau Pinang

8/25/2017 09:35:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kini sedang berlangsungnya Food Mega di Seberang Perai Fiesta 2017 sehingga 27 Ogos 2017. Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sama ada di gerai makanan dan tidak ketinggalan food truck juga turut ada.


Sesiapa sahaja yang ke sini pastinya tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai jenis menu yang disediakan yang mungkin mengamit anda untuk merasainya.


Hari ini Eyda hanya nak tunjukkan antara menu yang Eyda dah rasa dan ada dijual di Food Mega ini. Menu yang pastinya akan membuatkan perut anda kekenyangan.


MENU DI FOOD MEGA

Menu yang Eyda rasa hasil tangkapan sahabat Eyda. Ohh lupa nak bagitau, Eyda semalam sebenarnya kena bertugas di booth jabatan. Jadinya berkesempatan laa merasai sebahagian menu yang ada di Food Mega ni.


Pau Ayam Panggang rupanya seperti seekor ayam panggang. Intinya ayam blackpaper. Bagi Eyda kena dengan tekak dan sedap. Mampu menghabiskan lebih daripada sebiji pau ayam panggang ni.

Pau Ayam Panggang

Pulut durian ni, penuh dengan durian. Ada empat ulas durian di dalamnya. Bagi Eyda sedap, walaupun pulutnya sedikit keras, tapi bila dah bercampur dengan santan dah okey keadaannya.

Pulut Durian

Meatball ni okey cuma bagi Eyda tak mampu nak telan sangat memandang terlalu banyak mayonis di dalamnya. Bila letakkan sos blackpaper pun rasa mayonis terlebih dari rasa meatball dan sos blackpaper tu sendiri.

Meatball

Ini pula hasil tangkapan Eyda semasa berada di Food Mega. Roti kopi tu sedap, tak terlalu kuat rasa kopi tu. Kiranya sesedap rasa. Harganya hanya RM2.50 sahaja.


Senarai Harga Roti Kopi

Roti Kopi Biasa

Gerai Chor Char Kuey Teow ini menjual 3 jenis kuey teow. Kuey teow kerang, kuey teow udang dan kuey teow special. Kuey teow special ini ada dimasukkan kerang, udang dan sotong. Sedap dan puas hati dengan rasanya. Harganya hanya RM8.00 sahaja. Sotong dia letak seekor tau. Udang ada 3 ekor sederhana besar.

Chor Char Kuey Teow

Harga yang berpatutan

Char Koey Teow Special

 Akhir sekalai sebelum pulang ke rumah, Eyda membawa buah tangan buat anak Eyda. Kimie memang suka dengan Durian Crepe nih. Harga hanya RM13 sahaja.

Durian Crepe

Aktiviti posing haruslah ada kan.

Gigih nak bagi nampak perkataan penuh Food Mega

Susah nak adjust bagi nampak perkataan Food Mega sebenarnya

Rasa macam nak bawa anak-anak pula berkunjung ke sini, apapun bergantung kepada masa dan keadaan semasa. Jom kepada semua kaki makan yang berada berhampiran Seberang Jaya singgah ke Food Mega ni.



Blog yang Diikuti