event

Hari Sukan Negara 2016

10/07/2016 08:15:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Esok korang ada sambut tak apa-apa aktiviti berkaitan sukan.. Memandangkan esok Hari Sukan Negara, apa kata korang sertai salah satu aktiviti yang dibuat di seluruh Malaysia..




Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. 

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). 

Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. 

Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. 

Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. 

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. 

Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF
a) Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
b) Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
c) Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
d) Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
e) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.







review

Thomas Town Mini & Mighty Tour 2016 | Gurney Paragon Mall, Penang

10/07/2016 04:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sesiapa yang tinggal sekitar Pulau Pinang dan sekitarnya mempunyai anak-anak yang minat dengan watak kartun Thomas?

Jika ada, apa kata anda singgah ke Taman Tema Thomas & Friends, Thomas Town 'Mini and Mighty' Tour, Gurney Paragon Mall, Penang yang mempamerkan 70 enjin MINIS bermula pada 1 Oktober hingga 16 Oktober 2016.. 


Thomas Town, Puteri Harbour, Johor dengan kerjasama Mattel Asia Tenggara dan Gurney Paragon Mall meraikan lebih awal Hari Kanak-Kanak dengan mempamerkan Thomas Town 'Mini and Mighty' Tour ini.

Majlis ini dirasmikan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang bersama Fong Jia-Li, Pengurus Pemasaran untuk Kategori Bayi dan Prasekolah, Khor Tze Ming, Pengarah Eksekutif Kumpulan Hunza Group, William Edwards, CEO, Attraction, Themed Attractions Resorts & Hotels, Fahruddin Najumudeen, Pengurus Besar Thomas Town, Puteri Harbour.




Berlatar belakangkan Pulau Sodor, ‘Mini and Mighty’ Tour akan memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung kanak-kanak di Pulau Pinang. Ia menyediakan aktiviti kekeluargaan yang menyeronokkan seperti Thomas Town Track Challenge, Thomas Train Ride, Story-telling Adventures, Thomas Maze Challenge dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak Thomas & Friends, iaitu Rusty & Dusty dan Sir Topham Hatt. Kesemua acara dan aktiviti ini adalah sama seperti yang terdapat di Thomas Town, Puteri Harbour, Johor.




Istimewanya, buat pertama kali di Pulau Pinang, para peminat cilik Thomas turut berpeluang menyaksikan sendiri pameran 70 buah enjin Thomas & Friends setinggi satu meter. Menerusi pameran yang merupakan replika siri televisyen popular Thomas & Friends ini, pengunjung boleh melihat sendiri enjin-enjin popular seperti Thomas, Percy, James, dan Gordon, dan juga enjin-enjin lain yang dihias dengan tema istimewa seperti Dino, Heroes, Spooky, Racers, Neon, Robo, Chillin’ dan Metallic.











Tidak ketinggalan anak-anak anda turut boleh menaiki keretapi Thomas mengelilingi kawasan lobi Gurney Paragon Mall ini.





Thomas Town, Puteri Harbour (dahulunya dipanggil The Little Big Club) merupakan tarikan taman tema dalaman keluarga yang menawarkan permainan (rides) dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat dengan membawa kanak-kanak ke dunia Thomas dan rakan-rakannya. Ibu bapa bersama anak-anak mereka yang ingin melawat Thomas Town, Puteri Harbour boleh membeli tiket pada harga promosi iaitu RM99 untuk dua pas masuk (harga asal RM 170), tiket boleh dibeli secara eksklusif di ‘Mini & Mighty’ Tour.




Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Thomas Town, Puteri Harbour ‘Mini & Mighty’ Tour Malaysia 2016, sila layari www.puteriharbour.com/play/thomas-town.

Anak-anak Eyda memang seronok berada di sini. Jom tengok gelagat mereka dan gambar kami di sini..









Untuk sesiapa yang ingin singgah ke Thomas Town Mini & Mighty Tour 2016 di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang boleh rujuk pelan lokasi di bawah.. Manalah tahu korang tak tahu yang mana satu Gurney Paragn Mall.






Blog yang Diikuti