bengkel

MiNgGu YaNg PaLiNg SiBuK

10/25/2013 04:16:00 PM

Assalamualaikum semua.. Sesaja nak berkongsi alkisah minggu nih.. Yelah, ari Jumaat lepas time nak balik, dapat tau ada Public Speaking Workshop selama 2 ari di opis daerah Seberang Perai Tengah..

Oppss, kalut la jawabnya memandangkan tengahari terpaksa pick up anak2 balik dari sekolah.. Tau tak korang yang aku terpaksa rushing balik jemput anak2 balik dari sekolah sekali carikan makanan untuk tengahari.. Sampaikan aku pun sempat jamah sikit jer makanan sebab kena rushing masuk kursus balik.. Dalam keta siap spare coklat kit kat ngan air Yakult dan air masak jer.. Punya rushing giler laa.. 2 ari jugak keadaan ni berlarutan..

Masuk ari Rabu ingatkan boleh la relax skit siapkan keja kat opis.. Meleset lagi bila bos suruh attend taklimat dari opis DTL di KOMTAR.. Opss berkejaran lagi aku ari tuh.. Nasib si kecik Kimie pegi lawatan sambil belajar yang kelas prasekolah anjurkan.. Petang baru ambik dia.. Tak la kalut nak pick up dia tengahari tuh.. Cuma kena rushing ambik Izzat jer kul 1 ptg.. Ok skit laa kan..



Macam boring jer aku kan.. Hahaha.


Opss tuan pengarah dok kat sebelah plak.. Kena control skit.. Hehehe..


Semalam la baru boleh rest skit siapkan keja yang dah mula bertimbun atas meja.. Dapat jugak siapkan skit.. Ok la tuh dari keja tak dapat siapkan langsung kan.. Ari ni start balik busy nya..

Tau ke mana aku plak ari nih.. Ke Bengkel Kemahiran Pengguna Sistem e-Pintas.. Sistem aduan yang dikendalikan bahagian aduan negeri.. Aku tau pun petang ari rabu tuh.. Kebetulan bukak email, tengok ada bengkel nih.. Uihhh busy kan ke sini sana sampai susah nak lekat kat opis..



Ari ni bengkel pasal benda alah ni lerr.. Macam mana pun masalah aku tak dapat diselesaikan lagi.. Macam2 hal laa..


Minggu depan ke mana lagi??? Ada 1 meeting dah menanti ari rabu.. Lain dari tuh tunggu surat laa ada kena ke tak.. Hahaha.. Penatnya bulan ni ke sini sana, sampai nak maksimum dah claim milage.. Selalunya tak la sampai maksimum.. Bulan ni, boleh cecah maksimum..

Ok la, apa citer bajet 2014???? Harap2 ada berita yang terbaik laa.. Amin..



hari raya aidiladha

KiSaH Di HaRi RaYa AiDiLaDHa PaRt 2

10/18/2013 09:35:00 AM

Assalamualaikum semua.. Meh sambung citer lagi..

Hari Kedua Hari Raya Aidiladha..


Selepas pegi kenduri akikah umah mak mertua abang, apa lagi merayap tengok wayang ngan anak2.. Lama tak bawak kan.. Sesaja lerr bawak bebudak pi tengok wayang.. Siap check dalam internet waktu tayangan, kena set time la kan senang.. Hehehe..

Nak tau citer apa yang kami tengok???? Taraa..





Menarik buah-buahan, sayur-sayuran berbentuk binatang..


Strawbery ni asyik sebut N-Woo jer..


Antara scene dalam citer nih..







Sinopsis citer Cloudy With A Chance Of Meatballs 2..

Kebijaksanaan pencipta bernama Flint Lockwood akhirnya diiktiraf apabila idolanya, Chester V menjemput Flint menyertai The Live Corp Company. The Live Corp ialah tempat para pencipta terbaik di dunia berkumpul untuk mencipta teknologi baru bagi kebaikan manusia. Orang kanan Chester, iaitu Barb (orang-utan yang telah berevolusi dengan otak manusia, licik dan suka memakai gincu) merupakan antara ciptaan terbaik Chester. Flint memasang impian untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pencipta tetapi semuanya berubah apabila dia mendapati mesinnya (yang mengubah air kepada makanan) masih berfungsi dan sedang mencipta hibrid makanan-binatang yang dikenali sebagai "foodimals". Dengan nasib manusia di tangannya, Chester menghantar Flint dan kawan-kawannya ke sebuah misi yang sedap tetapi berbahaya yang mana mereka harus bertarung dengan "foodimals" untuk menyelamatkan dunia sekali lagi.

Klasifikasi: U
Genre: Animasi / Kekeluargaan
Tarikh Tayangan: 3 Oktober 2013
Bahasa: English
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pengarah: Cody Cameron, Kris Pearn
Pelakon: Bill Hader, Anna Faris, James Caan, Andy Samberg, Neil Patrick Harris, Benjamin Bratt, Terry Crews, Will Forte


 Meh layan gambar2 kami sebelum balik..



Siap ngan gaya..


Macam tak ready jer..


Gambar menarik, tapi gambar Izzat tak penuh..


Dah cantik, tapi Kimie plak terlindung..


Lastly gambar terbaik dari kami..


Tiket wayang kami..



Balik sampai umah, sempat solat Maghrib.. Rehat kejap, dah masuk waktu Isyak.. Nasib sempat solat.. Hehehe.. Ok lah sekian saja, citer raya dari kami.. Jumpa lagi di entry akan datang dengan citer yang menarik lagi..


  







Blog yang Diikuti