Assalamualaikum semua.. Lama sungguh menyepi kan.. Hari ni nak citer skit perihal bengkel minggu lepas.. Rest otak selama seminggu, ari ni kena memulakan kembali keja2 yang tertangguh dek kerana pegi bengkel..
Yelah, dah seminggu sebelumnya dah bertension giler menyiapkan minit mesyuarat yang menyerabutkan kepala otak.. Kali ni nak citer yang happening skit walaupun pegi pun perihal keja jugak..
Meh la layan gambar hasil dari kamera sendiri dan copy dari FB member2.. Gambar dari member2 yang banyak terutamanya gambar makanan laa.. Jom layan gambar ciput yang ada nih..
Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat, mungkin hari ni merupakan hari yang paling dinantikan korang.. Yelah mana taknya cuti 3 ari tuh, bersambung dengan cuti Hari Malaysia yang ke-50 yang jatuh pada ari Isnin..
Tapi bagi aku, rasa minggu ni merupakan tension yang teramatnya.. Terutamanya ari nih.. Tension tahap gaban tuh.. Nak tau kenapa???
Aku terpaksa menyiapkan 4 minit mesyuarat yang diadakan dari ari selasa hingga khamis.. Ntah bila boleh siap dengan sebaiknya pun tak tau.. Aku tengok ayat pun dah nak tertungging langgang.. Boleh ka guna istilah nih??? Stakat dalam blog amatlah dibolehkan, kalau ayat surat ka minit mesyuarat ka karangan jangan sesekali gunakannya.. Salah tau... Hahaha.. Mental sat..
Minggu depan dah nak pegi bengkel, selagi minit mesyuarat tak siap, macam mana nak pegi dengan aman kan??? Dah la nak kena siapkan dalam 3 ari...
Paling mencabar dalam idup aku kena siapkan 4 minit mesyuarat serentak.. Setakat 2 minit mesyuarat aku dah penah buat, nih 4 minit skaligus memang boleh pecah kepala otak la jawabnya.. Balik umah pun, tido malam asyik terjaga mungkin terlalu pikir sangat kot...
























