Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Moga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendakNya. Yelah musim sekarang ni ramai yang kurang sihat kan.
Ermm memandangkan hari ini merupakan hari Jumaat, maka masa rehat tu agak panjang. Jadinya sempat laa Eyda singgah ke kedai Eco RM2.10.
Hajat dihati nak beli tisu untuk diletakkan dalam beg. Malangnya tisu saiz yang Eyda cari tak ada plak. Oleh itu, tangan ini ada laa sambar 1-2 barang. Salah satunya kacang Pistachios nih.
Tak sangka ada macam-macam jenis kacang keluaran Pagoda sekarang. Dulu kalau sebut saja kacang Pagoda mesti terbayang kacang tanah dia tu saja kan.
Sebelum nih Eyda pernah cuba makan kacang Pagoda Coated Peanuts White Coffee. Kali ni saja nak makan kacang Pistachios plak. Lama rasa tak makan kacang nih.
Jadi laa kan, sebiji 10 sen kacang nih. Hahaha.






