tempat makan menarik

Percutian Pendek di Alor Setar, Kedah

3/16/2018 06:05:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak sambung balik percutian pendek Eyda bersama anak-anak ke Alor Setar, Kedah sebulan yang lalu.

Seperti biasa bila kita merancang percutian panjang mahupun pendek ke destinasi pilihan, perkara pertama yang akan kita buat ialah menempah tempat penginapan.

Pada mulanya Eyda hanya ingin menempah hotel budget seperti tahun lepas. Tetapi akhirnya mata Eyda tertawan pada satu lokasi yang tidak jauh dari lokasi acara Pelikat Batik Fun Run Alor Setar 2018.


LOKASI PENGINAPAN : SENTOSA REGENCY HOTEL ALOR SETAR

Lokasi yang dimaksudkan ialah Sentosa Regency Hotel Alor Setar. Hotel ini merupakan antara hotel lama yang berada berhampiran pusat bandar Alor Setar, Kedah.

kredit google

Berada sekitar 800 meter dari pusat bandar merupakan antara lokasi yang baik untuk anda pilih sebagai lokasi penginapan di Alor Setar.

Bagi Eyda hotel ini agak selesa dan Alhamdulillah menjadi rezeki kami bila Eyda dapat menempah bilik hotel ini dengan harga di bawah RM100 menggunakan laman web Booking.com

Selain itu, ia turut disertakan dengan sarapan bagi dua orang di S Bistro. Sekiranya anda menginap lebih dari dua orang, anda boleh menambah kopun sarapan dengan hanya RM8.00 ketika mendaftar masuk. Jika tidak, anda akan dikenakan caj RM20.00 ketika ingin bersarapan esoknya.

Tambahan RM8.00 untuk seorang sarapan

Malah anda juga akan diberikan naskah surat khabar setiap hari. Anda diberi pilihan sama ada inginkan surat khabar Berita Harian atau pun Star.

Anda ingin mendapatkan penjimatan lebih untuk mendaftar sebarang pilihan hotel, apa kata anda gunakan Booking.com nih. Anda akan dapat menikmati penjimatan sebanyak 10% dari harga bilik yang ditawarkan ketika anda mendaftar keluar.

Bilik Penginapan Deluxe King Room

Bagi bilik Deluxe King Room ini disediakan katil bersaiz King, televisyen, peti sejuk, tab mandi, perkakasan amenities dan tidak ketinggalan pakej sarapan untuk dua orang dan surat khabar.


Besar bilik Deluxe King Room nih

Ada tab mandi

Ruang sinki yang luas

Suka toiletries bau Lemongrass dan Green Tea tu

Di bahagian atas botol set mandian dan losyen ini ada tulisan braille. Ianya memudahkan orang yang cacat penglihatan untuk membezakan antaranya. Memang bagus bekas sebegini diadakan di hotel.

Untuk pengetahuan anda, di Sentosa Regency Hotel ini mempunyai pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih iaitu,

  • Standard Room
  • Deluxe Room-King
  • Deluxe Room-Twin
  • Studio Suite-King
  • Studio Suite-Twin
  • Deluxe Suite
  • Setar Suite
  • Putra Suite

Alamat dan lokasi Sentosa Regency Hotel bolehlah anda dilihat seperti dibawah.

 

Sentosa Regency Hotel
250, Jalan Putra, Kampung Lubok Peringgi, 
05150 Alor Setar, Kedah
 04-730 3999
sentosaregencyhotel.com.my


LOKASI MENARIK DI ALOR SETAR

Antara tempat yang menarik perhatian anak-anak untuk bermain sekitar perkarangan Menara Alor Setar.

Anak gembira dengan motor dan skuter bateri nih

Harganya RM20 untuk 30 minit. Mesti anak seronok dapat bermain disekitar perkarangan Menara Alor Setar nih



Buih Sabun

Ini juga antara permainan yang dapat anda main bersama anak-anak jika berada di perkarangan Menara Alor Setar nih


Suka laa dua beradik nih

Cantik pula belon buih sabun nih




Selain itu, ada istana angin untuk anak-anak anda bermain di sini.







LOKASI MAKANAN YANG MENARIK DI ALOR SETAR

Laksa Zakaria Teluk Kechai

Laksa Zakaria Teluk Kechai merupakan laksa yang lain dari laksa yang lain di Kedah atau utara. Ini kerana laksa berasa ini disajikan bersama sambal nyoq atau lebih mudah faham sambal kelapa. Bagi yang menyukai sambal nyoq pastinya menyukai menu.

Laksa Teluk Kechai

Bungkus bawa pulang



Zakaria Laksa Teluk Kechai
250, Jalan Kuala Kedah, 
Kampung Klong Hoi, 
06600 Alor Setar, Kedah
Dibuka dari jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam


Restoran Dinalang - Ais Kacang Salji

Aiskacang Salji Dinalang ialah ais kacang yang cukup halus untuk dinikmati. Eyda dan anak-anak suka aiskacang salji ini kerana teksturnya yang memang halus. Letak saja di dalam mulut, ianya mencair begitu saja. Anda pastinya tidak terasa sehingga ke titisan yang terakhir.

Aiskacang Salji Dinalang



Restoran Dinalang Ais Kacang Salji
Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani, 
Kampung Selarong Panjang, 
06650 Simpang Empat, Kedah
Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang

Ini antara tempat dan makanan yang menarik yang ada di Alor Setar. Untuk tempat yang lain, anda boleh baca entry di bawah.


Pusat Sains Negara Wilayah Utara





tempat menarik

Escape Waterplay, Pulau Pinang

3/16/2018 04:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada yang akan bercuti di Pulau Pinang? Jika ada yang merancang bercuti di Pulau Pinang, apa kata anda masukkan Escape Waterplay ini di dalam senarai tempat yang perlu dikunjungi.


ESCAPE WATERPLAY




Escape Waterplay ini telahpun dibuka kepada orang ramai pada November 2017 yang lalu. Ianya adalah di antara projek di bawah ESCAPE Adventureplay dan telah dibina di atas tanah seluas 4.4154 hektar serta merupakan taman tema air yang pertama di Pulau Pinang.

Ada pelbagai permainan air di sini iaitu sebanyak 20 permainan dan tidak ketinggalan ada juga beberapa permainan yang menguji keberanian pengunjung.

Taman tema air ESCAPE ini dibina oleh pengasasnya ESCAPE iaitu Mr. Sim Choo Peng yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini selama 27 tahun.


PERMAINAN AIR DI ESCAPE WATERPLAY

Permainan air di sini sesuai bagi pelbagai lapisan umur, ada kawasan sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan tidak ketinggalan orang dewasa. Jadinya memang sesuai untuk seisi keluarga.


Family Twister

Di sini boleh dinaiki oleh pelbagai lapisan umur cuma kurang sesuai untuk kanak-kanak kecil. Anda boleh memilih sama ada ingin menaiki gelongsor air yang terbuka atau tertutup. Ianya boleh dinaiki oleh seorang atau dua orang. Jadinya anda perlu membawa naik pelampung anda sehingga ke atas.



Speed Racer




Banana Flip

Bagi yang berani untuk dihumban masuk ke kolam bolehlah mencuba Banana Flip nih.



Permainan air untuk kanak-kanak

Play House ini memang sesuai untuk kanak-kanak. Pelbagai jenis gelonggor dari yang rendah ke tinggi ada di sini. Jadinya anak-anak kecil bebas bermain dan mandi di kawasan ini.

Play House


Tot Pool ini juga sesuai untuk anak kecil bermain dan mandi.

Tot Pool

AK Academy mampu memberi cabaran kepada sesiapa yang mencubanya. Ia membuatkan anda lebih berani dan tahan lasak bermain dengan air.

AK Akademi

Wave Ball pula anda akan merasai seperti mandi di lautan. Ia mempunyai ombak buatan membuatkan anda merasa seperti berada di dalam laut yang berombak.

Wave Ball

Jadinya banyak pilihan kawasan untuk anda bermain di sini. Pastinya anda akan bergembira sepanjang berada di sini.



SYARAT DAN PERATURAN

Semua tempat taman tema air mempunyai syarat dan peraturannya yang tersendiri. Di Escape Waterplay pun ada syarat dan peraturannya yang tersendiri.



Untuk sesiapa yang ingin mandi Escape Waterplay ini anda perlu memakai baju renang. Ianya bagi memastikan kebersihan dan keselamatan pengunjung.

Jika anda tidak memilikinya anda boleh menyewa baju renang wanita / wanita muslimah dengan harga RM10 sepasang.

Tempat menyewa baju berada bersebelahan pintu masuk

Setiap baju yang disewa ini memerlukan lesen memandu atau kad pengenalan anda sebagai cagaran  sehingga baju tersebut dikembalikan semula.

Baju renang muslimah yang pihak Escape sediakan untuk disewa



Kemudahan di Escape Waterplay

Jika anda berkunjung ke taman tema sebegini, pastinya barangan berharga yang menjadi masalah untuk menyimpan. Anda jangan risau kerana di sini disediakan loker untuk anda menyimpan barangan berharga anda daripada hilang.

Loker Barangan

Tidak lengkap jika ianya tidak disertakan dengan tempat mandi, menukar baju dan juga tandas. Di sini ada banyak tempat untuk anda.

Tempat menukar baju, mandi dan tandas

Bila dah mandi manda pastinya perut akan berasa lapar dan dahaga. Untuk pengetahuan, sebarang makanan dan minuman dari luar dilarang dibawa masuk ke sini.  Jangan risau, di sini ada kaunter yang menjual makanan dan minuman.

Anda hanya perlu membeli kopun dengan nilai minumum RM20 dan anda bebeas membeli makanan dan minuman. Jika tidak mencukupi, anda boleh menambah nilai kupon anda itu.

Kaunter makanan dan minuman

Tidak ketinggalan kemudahan surau juga disediakan untuk pengunjung muslim menunaikan solat sepanjang berada di sini.

Surau
Selain itu, ada juga khemah bagi yang ingin privasi untuk berehat sepanjang berada di sini.

Khemah


HARGA TIKET ESCAPE WATERPLAY

Bagi yang ingin berkunjung ke Escape Waterplay, anda bolehlah melayari laman sesawang

Website : www.escape.my
Facebook : www.facebook.com/escape.my
Belian tiket : https://ticket.escape.my/Product/Individuals

Untuk pengetahuan, harga tiket belian secara walk-in dan juga online adalah berbeza. Jadi untuk penjimatan, anda boleh mendapatkannya melalui online.

Anda juga boleh hubungi :

Tel : +604 881 1106
Fax : +604 881 3106

Ianya dibuka setiap hari kecuali hari ISNIN dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang.


Blog yang Diikuti