2018

2018

1/02/2018 10:41:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah sudah memasuki hari kedua kita di tahun 2018. Rasanya masih belum terlambat untuk Eyda ucapkan Selamat Tahun Baru 2018.

kredit


Macam mana pencapaian diri korang tahun 2017? Bagi diri Eyda ianya ada pelbagai, ada yang indah, baik dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Walau apapun banyak yang Eyda dapat banggakan untuk tahun 2017.

Alhamdulillah Eyda dapat berdikari dalam menempuh segala cabaran dan dugaan sepanjang tahun 2017. Semoga ianya menjadi kekuatan Eyda untuk meneruskan kekuatan ini di tahun 2018.

Antara pencapaian Eyda pada tahun ini ialah 52 Weeks Money Challenge. Wow Eyda dapat menyimpan dan berjaya melengkapkan cabaran menyimpan duit selama 52 minggu. Terima kasih Farrah MF kerana mencetuskan idea menyimpan duit ini.

Tidak ketinggalan Eyda dapat melakukan aktiviti sihat iaitu berlari, berjalan dan tidak ketinggalan hiking. Aktiviti berlari yang Eyda lakukan ini adalah antara catatan indah sepanjang tahun 2017. In shaa Allah ianya akan diteruskan lagi di tahun 2018.

Cerita mengenai bilangan medal dan larian Eyda di tahun 2017 akan Eyda coretkan nanti. Maaf kerana agak ketinggalan untuk mengemaskini cerita mengenainya. Kekangan masa dan keadaan agak mengganggu Eyda sejak akhir-akhir ini.

Moga di tahun 2018 Eyda dapat menyiapkan seberapa banyak entri walaupun mungkin akan ada cerita lama yang Eyda coretkan di sini.

Apapun terima kasih korang kerana sudi menjadi sahabat Eyda sehingga kini.


52 Weeks Money Challenge

52 Weeks Money Challenge

12/28/2017 09:05:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya. Adakah azam, impian dan kehendak korang tercapai pada tahun ini?

Bagi Eyda ada yang tercapai dan ada sebaliknya. Apapun ada pencapaian yang Eyda tak sangka berjaya lakukan walaupun pernah hampir tewas dipertengahan jalan.


52 WEEKS MONEY CHALLENGE

kredit google

Ini antara pencapaian yang Eyda dapat lakukan pada tahun ini. Alhamdulillah, walaupun ada ketikanya ia dirasakan amat sukar direalisasikan akhirnya Eyda berjaya juga melakukannya.

Blogger Farrah MF pencetus idea untuk Eyda turut sama menyimpan cara ini selain cara duit hijau sebelumnya. Terima kasih Farrah MF ajarkan 52 Week Challenge nih.

Planner 52 Weeks Money Challenge Eyda

Inilah jadual 52 Weeks Money Challenge Eyda. Nampak tak begitu banyak contengan tanda dengan pelbagai warna pen, highlighter dan tidak ketinggalan pensil. Eyda tanda jer dengan apa yang jumpa. Asalkan jadual Eyda bertanda.


CABARAN SEPANJANG 52 WEEKS MONEY CHALLENGE

Tipulah kalau Eyda cakap tak menghadapi kesukaran sepanjang menyimpan selama 52 minggu nih. Cabaran yang paling besar yang Eyda rasakan bila mana menghampiri Hari Raya dan tidak ketinggalan bulan yang panjang tanpa gaji.

Pada ketika itu, adakalanya simpanan Eyda jadi tidak konsisten. Ada minggu yang terlangkau, ada minggu terpaksa ganti balik minggu yang dah tertinggal.

Eyda hampir menyerah kalah di pertengahan tahun dan juga suku terakhir tahun ini. Alhamdulillah, Eyda cuba perlahan-lahan tampung balik simpanan yang terlangkau dan sebagainya.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan semangat nak jayakan 52 Weeks Money Challenge pada tahun 2017 ini akhirnya ia berjaya direalisasikan.

Sebelum ini, dalam 2 tahun lepas Eyda pernah menyimpan duit hijau. Tapi ianya memang tak konsisten dan kurang berjaya bagi pandangan Eyda.

Berjaya juga akhirnya

Cara simpanan Eyda untuk 52 Weeks Money Challenge ini tidak mengikut susunan dari RM1 di minggu pertama hingga ke RM52 di minggu ke-52.

Tapi Eyda mulakan dengan RM52 di minggu pertama diikuti dengan RM1 di minggu kedua dan seterusnya Eyda selang selikan jumlah yang paling banyak dan paling kecil.

Kaedah yang Eyda gunakan ini kurang membebankan diri, kerana secara purata jumlah yang kita simpan setiap bulan hampir sama jumlahnya.

Untuk memudahkan korang menyimpan, lebih baik ianya dibuat mengikut keselesaan masing-masing. Asalkan jumlah 52 minggu tercapai dengan jumlah sepatutnya. SELAMAT MENCUBA!


Blog yang Diikuti