Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Entry sebelum ni Eyda cerita pasal hotel yang Eyda dan anak-anak tidur sebelum Eyda sertai larian Penang Bridge International Marathon 2017.
Acara yang Eyda nantikan sehinggakan sanggup daftar banyak acara larian yang lain untuk jaga stamina. Bukan tu saja, pelbagai perasaan Eyda rasa menantikan tibanya acara ini.
PENANG BRIDGE INTERNATIONAL MARATHON 2017
Acara ini merupakan acara antarabangsa. Wah memang acara wajib diadakan setiap tahun di Pulau Pinang. Acara ini juga pastinya menguji tahap stamina dan juga tahap kepantasan peserta.
Tahun ini merupakan tahun pertama Eyda sertai Penang Bridge International Marathon (PBIM). Memang agak berdebar menantikan acara ini.
Eyda pada mulanya agak ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri dalam menjaga stamina dan juga kepantasan masa sendiri. Tapi akhirnya Eyda cuba menyahut cabaran diri dengan sertai acara ini.
![]() |
| Garisan permulaan bagi acara 10km dan juga Fun Run |
Acara ini melibatkan kategori 42km lelaki, wanita dan veteran, kategori 21km lelaki, wanita dan veteran, acara 10km lelaki, wanita, pelajar lelaki dan pelajar wanita dan tidak ketinggalan Fun Run (8km).
![]() |
| Menantikan acara 10km wanita terbuka dilepaskan |
Acara bagi 10km bagi wanita terbuka bermula pada jam 7.00 pagi, merupakan acara kedua akhir dilepaskan pada hari tersebut.
Semasa menantikan acara dimulakan, gerimis tiba-tiba turun membasahi bumi, nasib ianya tidak bertambah lebat dan hanya sementara sahaja. Mampu menarik nafas lega disaat itu.
![]() |
| Posing skit tepi jambatan nih |
![]() |
| Cuaca agak sedikit gelap |
Dalam pertengahan larian ini, dapat juga berlari bersama kategori 42km yang masih belum menamatkan larian, bertambah ramai yang berlari bersama nampaknya.
![]() |
| Jom lari |
![]() |
| Akhirnya medal Penang Bridge International Marathon 2017 menjadi milik Eyda |
Masa 1 jam 31 minit merupakan satu catatan masa terbaik yang Eyda pernah catatkan untuk larian 10km. Sebelum ini Eyda hanya berlari sekitar 5-8km sahaja.
E CERTIFICATE DAN TIMING CHIP
Bila menyertai larian sebegini, adakalanya sijil penyertaan hanya diberi dalam bentuk digital, maknanya kita perlu muat turun sendiri sijil yang kita perolehi. Untuk acara PBIM 2017 ini, link e certificate PBIM 2017 ini boleh digunakan untuk memuat turun sijil masing-masing.
![]() |
| Sijil PBIM Eyda |
Mungkin ada yang tidak biasa dengan larian yang ada timing chip kan, dibelakang nombor bib yang ada timing chip selalunya akan ada QR Code dan bar kod masing-masing. Jadi apabila kita berlari melalui pengimbas timing chip, catatan masa kita semasa melaluinya akan dicatatkan.
Alat pengimbas timing chip macam gambar di bawah ya, kena melalui kawasan hitam tu untuk dibaca pada alat dihujungnya.
![]() |
| Timing chip |
Jadi kalau ada larian yang melibatkan timing chip kena lalu di atasnya ya, jangan elakkan kawasan ini, nanti anda dianggap sebagai menipu dalam larian.























