berlari

5 km Posibble Fun Run 2017

12/12/2017 09:40:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sibuk sangat bila dah ke hujung tahun. Sampai blog pun tak berapa sempat nak tengok.

Okay lah, kali nih Eyda nak sambung balik cerita larian Eyda. Yelah, bila dah mula terjebak nih tangan tu rajin laa tengok jadual larian yang ada. Sibuk ja nak daftar sini sana.

Seronok sebenarnya kalau dah sentiasa lari, stamina pun makin bertambah. Badan pun terasa ringan.Tapi sekali tinggal sebulan atau lebih, teruk nak cari stamina balik. Cepat jer nak semput bagai.

Nampaknya susah lah nak kurangkan aktiviti nih untuk tahun depan. Mungkin kurangkan bilangan daftar tapi tak kurangkan aktiviti tu. Hahaha macam mana tuh.


5 km Posibble Fun Run 2017

5km Posibble Fun Run 2017 telah pun diadakan pada 11 November 2017 yang lalu. Penyertaan hanya dibuka untuk 1000 orang.

Memang seronok kerana Eyda lakukannya bersama anak-anak. Memandangkan anak bercuti, jadi bolehlah bawa anak-anak sertai bersama sebab itu antara permintaan anak-anak dalam aktiviti sebegini.

Antara peserta 5km Posibble Run 2017

Ini sebagai salah satu cara untuk Eyda luangkan masa bersama anak-anak. Melakukan aktiviti larian bersama ini adalah salah satu aktiviti yang baik sebenarnya.

Muka segar bugar semua

Tak ada kerja sementara menunggu pelepasan peserta larian

Acara yang bermula jam 7.00 pagi ini dilepaskan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Cuaca pada pagi itu memang agak baik, walaupun matahari dah mula menyinari cahayanya.

Nasib laluan larian kami majoritinya agak redup kerana mempunyai pokok. Trek laluan hampir sama dengan larian SP Half Marathon 2017 yang lalu cuma ianya arah berlawanan.

Di awal larian, Eyda masih menemani anak-anak berlari, tapi memandangkan Eyda nak set masa untuk larian Penang Bridge International Marathon 2017 jadinya Eyda berlari dahulu.

Tenang jer rasa

Sepanjang laluan larian agak redup kerana penuh dengan pokok di kiri dan kanan jalan. Larian ini banyak melalui kawasan perumahan.

Tengah khusyuk nak swafoto, Kimie muncul di belakang

Di pertengahan larian Eyda sehingga ke garisan penamat ditemani oleh Kimie, memandangkan dia dapat mengikut rentak larian Eyda pada hari tersebut.

Dah nampak papan tanda lagi 1km ke garisan penamat

Sampai saja di garisan penamat dan mendapatkan medal, Eyda berpatah balik mencari Izzat kerana dia terlepas ke belakang. Akhirnya Eyda hanya perlu berpatah balik lebih kurang 500 meter dan menemani Izzat berlari hingga ke garisan penamat.

Alhamdulillah kami bertiga berjaya sampai ke garisan penamat

Alhamdulillah larian kali ini ada peningkatan, walaupun tak sepantas pelari yang lain. Inilah antara catatan peribadi terbaik yang Eyda pernah lakarkan.

Catatan masa terbaik Eyda

Acara ini diteruskan dengan cabutan bertuah yang disampaikan oleh Yand Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah. Hadiah berupa barangan elektrik dan telefon pintar.

Berposing dulu sebelum acara cabutan bertuah dimulakan

Cari tempat yang agak redup dan strategik. Apapun kami langsung tak bertuah. Memang tak ada rezeki nak bawa balik hadiah cabutan bertuah.



Selesai semua acara, apa lagi acara mengisi perut yang mula lapar. Setelah puas berfikir lokasi untuk mengisi perut akhirnya Eyda meminta talian hayat cadangan lokasi dari sahabat terdekat.

Di mana lokasinya, tunggu entry selepas ini.




hiasan rumah

Langkah Bijak Menambah Tumbuh-Tumbuhan Hijau di Rumah

12/07/2017 10:01:00 AM


Cara Untuk Menghidupkan Kediaman Dengan Tumbuh-Tumbuhan Hijau

Adakah mata anda sering keletihan semasa bekerja di pejabat kediaman anda? Ia mungkin kerana anda terlampau menggunakan mata anda. Selain peraturan 20-20-20 (mengambil 20 saat untuk melihat sesuatu yang jaraknya 20 kaki atau 6 meter dari kedudukan anda dan mengulanginya setiap 20 minit), ia juga penting untuk menambah tumbuh-tumbuhan hijau di kediaman anda.

Warna hijau dengan segera menyegarkan penglihatan dan memberikan ketenangan kepada minda anda. Ada banyak cara bagi menambah tumbuh-tumbuhan hijau kepada kediaman anda, walaupun anda mempunyai ruang yang terhad.

1. Hidupkan meja anda.
Sumber: 365hangers.com
 Jika anda masih mempunyai ruang di atas meja, letakkan tumbuhan di dalam pasu atau balang dan letakkan ia di atas sudut meja. Bagi dapur dan ruang tamu pula, letakkannya di tengah-tengah meja untuk menghidupkan ruang. Anda boleh menggunakan pokok hiasan rumah yang mampu mengurangkan habuk bahan najis bawaan udara seperti English Ivy. Satu kajian menunjukkan yang ia menapis formadelhid yang dijumpai di dalam beberapa produk cucian.

2. Pasu Gantung
Sumber: vancouversun.com

Biasanya meja anda penuh dengan barang-barang dan jelas anda tidak memiliki tangan dingin. Oleh itu, pilihlah kaktus! Penyelenggaraannya mudah. Malah, anda juga boleh menjimatkan ruang dengan menggantungnya di atas siling atau dinding, sebagaimana kaktus-kaktus comel di dalam pasu seiras yang digantung dengan tali berwarna-warni.

3. Bekas Menarik
Sumber: pinterest.com

Tingkatkan oksigen di rumah anda dengan terarium yang memikat hati! Terarium seperti sebuah akuarium. Tetapi, ia untuk tumbuh-tumbuhan dan bukan ikan. Ia datang dalam pelbagai bentuk, dari bulat sehinggalah kepada berlian. Ia dibuat untuk kelihatan seperti taman mini atau hutan dalam dunia kecilnya sendiri. Anda hanya perlu meletakkannya di atas meja atau gantungkan ia dari atas siling.

4. Hiasan Dinding
Sumber: decoist.com

Meletakkan tumbuh-tumbuhan di dalam rumah bukan sahaja meningkatkan oksigen, ia juga merupakan hiasan dalaman. Jadi, pilih pasu-pasu dinding yang unik dan letakkan pokok di dalamnya. Suai padankan ia dengan perabot yang lain. Ia pasti akan menjadikan ruang tamu anda tampak lebih cantik.

5. Cantikkan Dinding Pembahagi Ruang
Sumber: sevenedges.com

Banyakkan jumlah tumbuh-tumbuhan. Kreatifkan diri dan letakkan ia pada pembahagi ruang yang kosong. Ia sesuai bagi pejabat kediaman, dapur, dan juga untuk ruang tamu anda.

6. Tumbuh-tumbuhan Tiruan
Sumber: etsy.com                                                        Sumber: urbanoutfitters.com
Jika anda tidak suka idea memelihara tumbuh-tumbuhan di dalam rumah atau anda tiada masa dan takut anda akan mengabaikan ia, cuba pertimbangkan tumbuh-tumbuhan tiruan pula.

Ia tidak semestinya pokok tiruan di dalam pasu. Boleh jadi ia kertas dinding atau langsir bilik mandi yang bercorak daun. Kreatifkan diri dan dapatkan sedos tumbuh-tumbuhan segar. Jika anda mempunyai kesukaran memasang kertas dinding, lawati RecomN.com dan dapatkan bantuan daripada pakar.

Ada banyak lagi cara untuk mendekorasi rumah anda dengan tumbuh-tumbuhan. Hubungi pereka dalaman untuk membantu anda menghias kediaman anda. Tapi, pastikan mereka boleh dipercayai. Lawati Recommend.my dengan segera dan hantarkan pilihan anda untuk mendapatkan sebut harga daripada pereka dalaman yang disyorkan di Malaysia.

Blog yang Diikuti