Assalamualaikum semua.. Maaf la seminggu lamanya tak berupdate blog.. Kali ni nak berkongsi citer pasal pemeriksaan kesihatan yang dibuat pada ari Khamis lepas di perkarangan opis..
Dulu last buat pemeriksaan kesihatan pun time nak masuk keja.. Dah lebih 9 tahun.. Lama dah kan.. Ni baru la nak buat balik.. Kalau tak sihat memang la pi jugak klinik, tapi check untuk yang tak sihat jelah kan.. Ni dok sihat elok-elok nak check kesihatan.. Memang ada apa-apa jelah yang nak check pun..
Ermmm korang rasa macam mana tahap kesihatan aku??? Ok2 jer sihat la kiranya.. Cuma kekurangan berat badan skit jer.. Nak buat macam mana bila tahap pemakanan tak ingat dunia, tapi keberatan badan masih cam tu jer.. Makan ka tak result sama jer.. Meh la tengok result kesihatan yang dibuat..
Assalamualaikum semua.. Salam Isnin.. Ari ni nak citer pasal Izzat yang demam ari Khamis lepas ngan Kimie ari Jumaat lepas.. Sian la budak mulat ngan budak manja tuh.. Mulanya pagi tuh ari Khamis, Izzat cakap dia pening kepala, pegang badan tak la panas macam demam pun..
Pujuk la jugak dia pegi sekolah.. Tapi memang tinggalkan nombor handphone la klu ada apa-apa.. Lastly, madam dia call bagitau yang Izzat tak sihat, pening kepala.. Rasanya memang dia tak sihat betul-betul, tuh yang pegi ambik dia dari sekolah.. Pegang kepala ngan badan tak la panas mana pun.. Dah tak sedap ati, bawak jugak dia ke klinik, dia pun nak pegi klinik.. Tapi sebelum ke klinik kena pegi pejabat sekolah dulu isi borang kebenaran keluar.. Untuk makluman pihak sekolah jer..
Izzat sampai tertido kat atas riba tunggu giliran.. Gerak dia masa nak timbang ngan jumpa doktor.. Dalam kata tak demam, doktor check 39 degree tuh.. Panas tuh..
Memandangkan berat badan dia yang telahpun mencecah 39kg, maka ubat biji la yang dapat.. Lepas kuar dari klinik singgah breakfast dulu.. Ingatkan balik tuh dia nak makan ubat, siap letak siap-siap ubat yang patut dimakan..
Lastly, balik time tengahari, tengok tak jamah jugak ubat.. Letak koolfever kat dahi dia, ada la goreng kopok ikan, makan la jugak skit.. Last suap nasi boh sup ayam baru makan.. Tapi ubat stay tak mau makan jugak.. Nasib la boh kool fever trun panas badan dia..
Ari jumaat demam dia kira dah ok, tapi dia nak cuti lagi sebab dapat MC.. Lagipun ari Jumaat diaorang ada Pendidikan Jasmani.. Takut dia tak ok ikut jelah kehendak dia..
Berbalik citer budak manja si Kimie tuh.. Dah si Izzat tak mau pi sekolah,dia pun mulalah tak mau pi sekolah.. Pujuk punya pujuk ajak pi breakfast skali baru antar pi sekolah baru dia mau.. Tapi pagi tuh dia cakap pening la apa..
Besa la kekadang bab nak memonteng sekolah macam2 alasan ada.. Dah abang tak pi sekolah, dia pun nak ikut sama laa.. Pegang2 ok jer tak panas nak demam apa pun.. Time balik, pembantu cikgu siap pi gerak Kimie tengah lena.. Pegang2 sah Kimie demam.. Dia ajak pi klinik.. Dah malas nak dok lama2 kat klinik, soh dia pakai koolfever ja time balik tuh.. Nasib dia ok..
Meh la layan gambar yang sempat snap dan kerenah bebudak dua orang nih..










