Assalamualaikum semua.. Hari ni saja nak tenangkan minda, menceritakan tentang keindahan alam ciptaan Allah.. Dah 2-3 kali tengok, tapi tak sempat nak snap..
Sebenarnya gambar ni aku snap masa tengah kutip kain baju baru-baru nih.. Memang niat dihati nak berkongsi keindahan nih..
Cuba tengok, nampak cantik jer burung-burung ni berterbangan.. Cuma kali ni tak secantik yang tengok sebelum2 nih.. Sebelum ni semua burung2 tuh terbang dalam satu arah jer secara berkumpulan..
Assalamualaikum semua.. Salam isnin buat semua.. Hari permulaan bagi minggu ni untuk bekerja serta bersekolah bagi anak-anak..
Hai, pagi ni pakat jadi lepat liat susah betoi nak bangun pagi.. Mana taknya, si Izzat balik tido kat kampung.. Malam semalam baru pi ambik dia kat kampung.. Kena plak ari sabtu lepas kena pi sekolah..
Citer pasal ari sabtu lepas, sekolah anak buat aktiviti merentas desa bagi pelajar Tahun 3- 6.. Bagi pelajar Prasekolah ngan Tahun 1-2 cikgu adakan sukaneka..
Dua2 beradik masuk acara dalam sukaneka.. Cikgu asingkan pelajar ikut rumah sukan masing2.. Kedua2nya rumah sukan yang sama iaitu rumah Zamrud (hijau).. Rumah sukan yang lain, Nilam (biru), Delima (merah) dan Mutiara (kuning)..
Tapi kesian kat kimie, group dia asyik dapat no.3 jer.. Jadi tiada adiah lerr.. Cikgu hanya bagi utk pemenang tempat pertama dan kedua jer.. Apalagi merajuk sungguh laa.. Nasib setelah dipujuk si Izzat, dia sudi meminjamkan salah satu pingat yang dia dapat.. Hilang la merajuk si Kimie nih..
Meh layan gambar2 sekitar aktiviti dan kerenah anak2 sekitar sukaneka berlangsung..























