Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Minggu cuti persekolahan bagi anak-anak.. Eyda dah hantar balik kampung.. Yelah semalam ada kenduri di kampung.. Esok pun ada kenduri di sana.. Dapat laa diaorang berada di kampung beberapa hari kan..
Eyda nak citer alkisah di petang Jumaat yang lepas.. Lepas Eyda balik umah jer, Kimie ajak main badminton kat sebelah umah.. Apa lagi layan jelah, dah lama tak main badminton dengannya..
Selepas dia membuatkan bulu tangkis sangkut kat atas bumbung, tetiba dia cakap nak pergi pasar malam.. Dia ajak Eyda pergi sama.. Keta yang Eyda dok drive rosak motor kipas.. Nak drive keta yang husband bawak, dia cakap nak keluar..
Lastly Eyda kata kat Kimie, "Jom kita naik basikal pi pasar malam".. Dia dengan suka hatinya, "Jom ibu, ibu bawak Kimie tau".. Eyda apa lagi "Okey"..
![]() |
| credit |
Eyda bawak basikal Kimie, dan dia duduk di belakang.. Uisshh korang tau tak yang Eyda dah lama sangat tak berbasikal.. Seingat Eyda lastly masa form 4.. Itupun sebelum Eyda ke sekolah teknik.. Bayangkan umur Eyda nih dah 30-an.. Lama kan Eyda tak berbasikal..
Semput jugak laa tera nak sampai pasar malam yang jaraknya lebih kurang 1 km.. Apapun Eyda berjaya mengayuh basikal sehingga ke pasar malam.. Dah sampai tuh siap beli air, spare untuk kayuh basikal balik umah plak..
Sebelum nak kayuh basikal balik, memang Eyda minum air cukup-cukup dulu laa.. Ambik tenaga.. Hehehe.. Apapun Eyda memang berjaya berbasikal ke pasar malam tersebut.. Nak tau en.abang siap cakap, "Nanti kita beli basikal laa, exercise skit".. Adoi laa nak exercise laa sesangat..
Apapun memang terasa penat, semput, lenguh kaki dan macam-macam laa.. Nampak sangat laa lama Eyda tak berbasikal kan..
Asyik naik kereta jer kan Eyda nih.. Motor pun dah lama tak naik.. Nak jalan? Ermm paling jauh pun dalam 50 meter ke 100 meter.. Itu pun bukan selalu kan..Kalau kena menapak jauh dari parking keta ke tempat yang ditujui atau ke pasar malam yang jenis panjang tuh.. Itu jelah..
Korang plak macam mana? Adakah lebih kurang macam Eyda ke rajin bersenam jugak?
.jpg)