pengalaman

BeRKoNgSi TaRiKH LaHiR

12/10/2015 02:45:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Haa dah baca kan tajuk entry Eyda kali nih.. Menarik tak? Bagi Eyda, ianya agak menarik..



Hari nih Eyda nak citer lebih kepada pengalaman Eyda sepanjang hidup nih.. Yelah, orang kata bukan mudah nak jumpa orang yang berkongsi tarikh, dan bulan lahir yang sama dengan kita..

Tapi berbeza bagi Eyda yang sentiasa dikelilingi sahabat yang berkongsi tarikh lahir yang sama.. Tak percaya ke? Percaya laa.. Bukan seorang tapi ramai.. Majoritinya lelaki..

Eyda hanya menyedari Eyda berkongsi tarikh lahir yang sama ketika Eyda memasuki darjah 6 di sekolah.. Masa tuh kan tahun peperiksaan UPSR, makanya tahu laa tarikh lahir rakan kelas yang lain..

Ketika itu, Eyda perasan ada 2 orang rakan kelas lelaki yang sama tarikh dengan Eyda.. Ehh ada kembar tarikh plak masa tuh..

Kejadian nih tak berhenti di situ, kejadian yang sama Eyda lalui lagi di Tingkatan 3 ketika persiapan menghadapi PMR.. Oppss ada lagi rakan kelas lelaki yang sama tarikh dengan Eyda.. Tapi kali nih seorang sahaja.. Ya dah 3 orang yang berkongsi tarikh lahir dengan Eyda..

Tapi memang best laa masa tuh, ada jugak sahabat yang mempunyai tarikh hadapan yang sama tetapi bulan yang berlainan berturut-turut tarikh dengan Eyda.. Nampak menarik di situ..

Bila dah masuk ke Tingkatan 4, Eyda bertukar ke sekolah teknik.. Masih ada lagi 2 orang yang mempunyai tarikh lahir yang sama dengan Eyda, tetapi dia belajar di kelas yang lain..

Salah seorangnya rakan sekelas di sekolah lama (Tingkatan 1-3) pun bertukar ke sekolah yang sama cuma berlainan kelas.. Seorang lagi perempuan belajar sama kelas dengan rakan kelas Eyda dulu tu..

Akhirnya bila masuk ke politeknik, Eyda dah tak jumpa orang yang sama tarikh lahir dengan Eyda.. Mungkin ada, tapi tak perasan kan.. Cuma yang ada tarikh sebelum dengan tarikh lahir Eyda.. Itupun rakan sekelas dengan Eyda, perempuan..

Bila dah kerja tetap nih Eyda sekali lagi terjumpa orang yang sama tarikh lahir dengan Eyda, tapi bekerja di pejabat yang lain dan umur sedikit muda daripada Eyda.. Yeay jumpa lagi orang yang sama tarikh sekali lagi.. Kali nih lelaki ya..

Bukan itu saja, ada jugak yang pernah bekerja bersama Eyda di pejabat yang sama mempunyai tarikh lahir yang sama.. Tapi umur agak berusia daripada Eyda.. Itulah yang terakhir Eyda jumpa setakat hari ini..

Wah bila direnung kembali, ramai rupanya yang berkongsi tarikh lahir dengan Eyda.. Tak sangka kan Eyda dikelilingi dengan ramai rakan yang mempunyai tarikh lahir yang sama..

Cuma sekarang Eyda belum terjumpa sahabat blogger yang berkongsi tarikh dengan Eyda.. Rasa-rasa ada ke?



10 Jun
 
 
 
 

kereta

BanYaKnYa HaLaNGaN

3/10/2015 10:42:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Korang pernah mengalami pelbagai halangan dalam melakukan sesuatu.. Eyda yakin mesti ada kan..




Eyda sebenarnya nak story mory al kisah yang terjadi petang semalam.. Eyda ada janji dengan seseorang untuk mengambil barang.. Dalam perjalanan ke sana, tetiba tayar kereta Eyda pancit gara-gara terlanggar sesuatu di lebuhraya..




Maka bermulalah episod pelbagai halangan pada diri Eyda.. Eyda call husband bagitau apa yang jadi.. Mulanya husband nak datang, lastly tak dapat datang sebab kereta husband plak buat hal time tuh..

Husband mintak tolong kawannya yang berada berhampiran, okey Eyda terpaksa menunggu sebabnya kawan husband terperangkap dalam kesesakan jalan raya..

Okey setelah menunggu beberapa lama, insan yang dimaksudkan sampai ke lokasi kejadian.. Apa lagi usaha menukar tayar dimulakan.. Bila ambil spanar nak longgarkan nat tayar, spanar plak tak sama saiz dengan spanar yang member husband bawak..

Bayangkan dalam kereta Eyda masa tuh hanya ada tayar spare.. Spanar yang ada tak sama saiz dan jek keta plak tak ada.. Abis tuh macam mana nak tukar tayar?

Adoi, usaha untuk menukar tayar tertangguh lagi.. Lastly call PLUS laa.. Tapi Eyda terpaksa menunggu kerana masa tuh diaorang dalam pertukaran syif.. Okey setelah lama menunggu, PLUS Ronda yang dimaksudkan pun sampai..

Lega hati Eyda sekali lagi sebab dapat meneruskan perjalanan yang dirancangkan.. Sekali lagi jek kereta plak diaorang tak ada.. Terpaksa tunggu diaorang ambik dari opis PLUS yang berhampiran..

Dalam masa PLUS Ronda mengambil jek kereta, handphone Eyda plak abis bateri.. Bayangkan pelbagai halangan untuk Eyda ambik barang semalam..

Bila bermacam-macam halangan berlaku, Eyda memang rasa tak sedap hati nak meneruskan perjalanan yang dirancangkan.. Yelah, manalah nak tau kalau Eyda teruskan jugak ada sesuatu yang lebih teruk akan berlaku kan..

Akhirnya memang Eyda batalkan hasrat mengambil barang tersebut.. Hari nih baru Eyda rancang nak pergi semula ambik barang yang dijanjikan.. Harap hari nih tak ada kejadian yang tidak diingini berlaku..



Sumber gambar dari mr.google..



Blog yang Diikuti