makanan

McDonald's | Thai Green Curry Burger

6/17/2020 10:02:00 AM


Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap jer masa berlalu, tinggal beberapa hari saja lagi Syawal akan meninggalkan kita.

Masih ada lagi ke yang buat puasa 6 atau pun menggantikan puasa Ramadan. Moga semuanya dapat diselesaikan sebaiknya.

Alhamdulillah Eyda dah habiskan puasa 6 dan berada di garisan akhir menghabiskan puasa ganti. Harap dapat beraya esok sebelum Syawal melabuhkan tirainya.


Thai Green Curry Burger 

Baru-baru ini iaitu pada 15 Jun 2020 yang lalu, McDonald's ada mengeluarkan satu burger baru iaitu Thai Green Curry Burger. Ianya didatangkan di dalam 2 pilihan iaitu Thai Green Curry Chicken Burger dan juga Thai Green Curry Fish Burger.


kredit

Untuk pengetahuan korang, McDonald's menyediakan menu baru iaitu Thai Green Curry Burger dengan hidangan aroi-matik untuk memenuhi keinginan citarasa anda terhadap rasa Thailand. Semua burger ini di hiasi dengan sos Thai khas bersama sayur-sayuran pelbagai warna di antara roti bujur.



Thai Green Curry Chicken Burger 

Hari isnin lepas, iaitu 15 Jun 2020, Eyda bersama anak-anak ke sekolah kerana cikgu kelas diaorang minta untuk hadir ambil modul dan juga buku kalau ada yang tinggal di sekolah.

Alhamdulillah semua urusan habis dengan cepat. Tak ramai pelajar atau waris yang hadir pada waktu yang sama. Lega hati Eyda selesai semuanya.

Ermm cuma sekarang, anak-anak kena siapkan modul untuk diserahkan ke sekolah pada 30 Jun 2020 ni. Cikgu siap pesan, buat bagi dapat markah penuh ya. Belajar laa korang dan jawab sehabis baik.

Habis ja urusan di sekolah, Eyda tanya jugak pada anak-anak nak makan apa. Lepas tu apa lagi yang abang Izzat nak burger baru McDonald's.

Okay, Eyda pun memenuhi permintaan anak-anak sebelum masuk kerja semula. Yelah, Eyda minta time off ja untuk urusan ke sekolah tu. Jadinya tak sempat nak masak untuk anak-anak. Sempat beli bungkus jer.

Thai Green Curry Chicken Burger


Sesampainya di McDonald's, Eyda pesan Thai Green Curry Chicken Burger. Ermm nak order Thai Green Curry Fish Burger pun anak-anak tak minat burger ikan.

Bila buka bungkusan, alahai kenapa tak meriah sayur-sayuran dia macam poster iklan tu. Ermm ni letak pun sikit jer macam syarat. Kalau peminat sayur mesti tak puas kan. Kalau jenis tak minat sayur, senang ja dia nyahkan daripada kepingan ayam tu.

Thai Green Curry Chicken Burger


Nak tahu apa komen anak-anak, Kimie cakap "Ibu, burger ni rasa macam tomyam laa". Pandai jelah dia komen. Eyda nak komen pun tak tau sebabnya puasa. Jadi, tak dapat laa rasa dan komen apa rasa sebenarnya burger ni.

Kimie sambung lagi, "Ibu, baik dia letak nama burger tomyam bukan thai green curry". Wah kau punya komen.

Cuma apa yang Eyda dapat komen, sayur tu letak laa meriah macam iklan. Baru laa semangat nak menikmati burger ni setimpal dengan harga.



makanan

Ghost Pepper Cottage Fries

1/28/2020 03:48:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ermm hari ni saja Eyda nak kongsikan apa yang Eyda dah makan gara-gara anak Eyda.

Minggu lepas Eyda ada laa ke 7 Eleven. Kimie nak membeli sesuatu yang pedas. Hantu pedas laa budak-budak nih.

Lepas dah ambil megi pedas, ada laa cashier nih bagitau ada keropok pedas. Salah satunya Ghost Pepper Cottage Fries. Macam-macam nak di Ghost Pepper kan.

Ghost Pepper

Balik rumah tu Kimie terus capai keropok tu. Nak tau masa mula Kimie makan dia cakap apa? "Ibu tak pedas pun kopok nih. Biasa ja rasanya." Amboi berlagak kau ya.

Lepas dia dah makan beberapa keping baru dia cakap, "Ibu, kopok ni kalau dah makan banyak baru nak rasa pedas, makin pedas laa." Hahaha baru dia tau. 

Eyda makan sekeping ja awal tu. Ada laa rasa pedasnya, Yelah orang yang tak tahan pedas memang macam ni kan.

Lepas beberapa ketika, masing-masing dah tak nak makan. Nak tak nak terpaksa laa Eyda habiskan keropok tu sorang-sorang. Tahan laa pedas sorang-sorang.

Kalau ikutkan keropok ni bila makan banyak-banyak tu terasa laa pedas lebih sedikit daripada keropok pedas biasa tu. Korang kalau jenis tahan pedas tu okay ja, mesti cakap ehh tak pedas mana pun. Tak gitu.

Apapun keropok ni hanya ada di 7 Eleven ja tau sebab kat bungkusan keropok pun ada tulis Esklusif di 7 Eleven.


makanan

Pizza Hut | Black Volcano Pizza

11/08/2019 03:46:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini dah pun hari Jumaat kan. Macam mana dengan hari korang, okay ke tak?

Macam Eyda, baik-baik jer. Minggu ni masing-masing ada rasa bersemangat laa jugak. Anak-anak depan mata.

Ermm hari ini Eyda nak bercerita al-kisah semalam. Yelah, bila berkesempatan ambil anak balik asrama mula laa bertanya dah makan ke belum. Nak makan apa-apa tak?

Bukan saja yang berada di asrama, yang kat rumah pun kena laa bertanya jugak kan. Barulah adil dan tidak dibezakan.

Kimie semalam teringin nak makan pizza katanya. Ermm jarang nak dengar dia mintak nak makan pizza. Tiba-tiba jer mintak nak pizza.

Pizza yang Kimie nak semalam ialah Black Volcano Pizza daripada Pizza Hut. Macam mana dia boleh teringin pun tak tahulah.

Black Volcano Pizza

Bagi tak menghampakan permintaan anak, makanya Eyda bagi dia duit beli pizza yang dia nak makan sementara Eyda pandu lalu ke McDonald's memenuhi tekak Izzat. 

Rancangan Eyda lepas jer beli apa yang Izzat nak terus ambil Kimie laa. Tapi lain pula jadinya bila Ayam Goreng McD Extra Spicy yang Izzat nak terpaksa menunggu selama setengah jam. 

Bagi tak menghampakan permintaan, beli jelah kan. Izzat siap tambah pesanan burger Spicy Chicken McDeluxe.

Akhirnya Kimie terus datang kat kereta selepas beli Black Volcano Pizza yang dia nak tu dengan meredah hujan. Adeh laa anak, Eyda suruh tunggu, dia redah pulak hujan tu.

Berseleranya Kimie makan. Basah kena hujan pun dah tak kisah

Nampak sedap pula pizza yang Kimie makan. Eyda tak mintak rasa pun biarlah dia nak makan banyak mana dia suka. Itu pun dia tanya jugak, ibu nak rasa?

Nipis jer pizza nih

Sesampainya kat rumah ada lagi 4 potong pizza tu. Eyda tengok dia makan lagi sepotong. Bila dia dah tinggal Eyda mintak nak rasa sikit. Masa tu dia pun menumpang makan lagi sepotong dan suruh Eyda habiskan baki yang ada.

Kiranya Kimie menghabiskan 4 potong manakala Eyda makan 2 potong. Sedap jugak pizza ni kena dengan selera kami berdua.

Peminat pizza rasanya akan menyukai dengan pizza ni sebabnya pizza ni dia letakkan cheese lava, crust hitam dan crispy chicken bite. Selain itu, ada juga potongan tomato kecil di atasnya.

Sedangkan Kimie yang bukan peminat pizza pun suka inikan plak peminat pizza kan. Ohh bagi yang ada tertanya tu, pizza ni tak pedas ya, jadinya budak-budak pun boleh makan.



makanan

World Sandwich Day | Subway Buy 1 Free 1

11/01/2019 08:47:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Hanya tinggal 2 bulan saja lagi untuk kita berada di tahun 2019.

Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat ya. Yelah di kala hujan hampir setiap hari ini, mungkin ada yang kurang sihat kerananya.

Semalam 31 Oktober 2019 merupakan Hari Sandwich Sedunia. Jadinya Subway menawarkan setiap pembelian 6" Sub bersama air minuman akan mendapat 1 Sub 6" secara percuma. Jimat kan.


Eyda pun apa lagi, suarakan nak makan Subway kat Kimie. Yelah dah lama sangat tak makan di Subway, apa lagi semalam rebutlah peluang ini. Dapat juga Eyda berkongsi Sub ini bersama Kimie.


Eyda memilih roti Parmesan Oregano dan intinya Chicken Slice. Manakala Kimie ambil roti Italian memandangkan roti Hearty Italian tak ada dan intinya BBQ Chicken Strips dan keju lebih.



Tambahan Kimie memilih 3 biji biskut antaranya Chocolate Chips dan Double Chocolate Chips. Itupun jumlah keseluruhan hanya RM20.10. Banyak jimat dah tu.

Dulu pernah ada tawaran seperti ini di Subway setiap hari Rabu. Sekarang ini tawaran ini masih ada di beberapa cawangan Subway saja.

Menu Subway ni sesuai untuk yang berdiet sebab kita boleh memilih sendiri roti, inti, sayuran dan juga sos yang sesuai dengan diet kita.



makanan

Pagoda | Baked Cashew Nuts

10/31/2019 12:52:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bila Kimie merajin meniaga ayam goreng dan guna banyak plastik bertangkai, maka Eyda mencari plastik tu kat kedai Eco RM2.10 ja.

Tapi macam biasa laa kalau dah singgah ke situ, pastinya ada laa tambahan barangan lain ya. Kali ini tidak terkecuali. Biasa kalau ada tambahan pun dalam 1-2 barang, kali ini nah rembat hampir 10 barang.

Sebelum ni Eyda pernah beli kacang Pagoda Coated Peanuts White Coffee  dan Pagoda Roasted Pistachios kan. Kunjungan kali ini Eyda ingin mencarilah kacang Pagoda Roasted Pistachios, malangnya tak ada. Yang ada hanyalah kacang Pagoda Almond dan juga Pagoda Baked Cashew Nuts.



Pikir punya pikir, Eyda pilih ja Pagoda Baked Cashew Nuts. Ermm bolehlah rasanya, yang ini dia letak serbuk bawang putih yang rasa dia tu nak seakan serbuk keropok Mamee tu.



Tapi kalau tak letak serbuk bawang putih tu pun okay, rasa sedap jugak. Sebenarnya Eyda tak berapa perasan tulisan rasa bawang putih tu. Hahaha tak apa laa, rasa jelah kan. Ermm tak sangka yang Eyda dah merasa 3 jenis kacang keluaran Pagoda.

Apa salahnya merasa kan. Lagi pun dah kurang makan kekacang nih. Sesekali jadikan kekacang ni sebagai kudapan di masa senggang pun okay jugak.




makanan

Nasi Lemak Letoops RM1 Bonda Miera

10/11/2019 04:50:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini Eyda ada singgah ke gerai Nasi Lemak Letoops milik Bonda Miera.

Dah lama nak singgah tapi tak berkesempatan. Memandangkan Kimie menyuarakan nak merasa Nasi Lemak Letoops apa lagi Eyda cuba mesej Bonda Miera.

Mulanya kami nak singgah hari Sabtu lepas kami joging, tapi Bonda Miera bagitau dia tutup gerai hari Jumaat dan Sabtu.

Makanya kami singgah ke gerai Nasi Lemak Letoops pada hari Ahad. itu pun selepas Eyda dan Kimie selesai joging.

Eyda awal-awal lagi mesej mintak bungkuskan 2 bungkus nasi lemak berlauk. Itu pun Bonda Miera pesan sebab dia takut nanti lauk yang nak tu habis.

Kimie punya permintaan, macam-macam jenis lauk dia pilih. Ayam masak merah, udang, telur dan ikan bilis. Fuhh hebat selera dia. Tapi malangnya tak sempat nak ambil gambar nasi lemak dia. Cepat betul dia makan.



Eyda pula letak sambal kerang, ikan bilis dan telur. Lepas tu Kimie bungkus ikan masak merah. Lauk tu dia buat menu makan tengahari. Memang habis kat dia sorang ikan masak merah tu.

Bagi penduduk sekitar Kulim yang ingin merasa Nasi Lemak Letoops RM1 Bonda Miera, boleh laa cari trademark dia berhadapan Sunray yang berada antara IPD Kulim dan juga Kolej Mara Kulim. Kalau susah-susah sangat boleh ja tekan kat peta di bawah.


Lokasi Gerai Nasi Lemak Letoops RM1 Bonda




Untuk pengetahuan, gerai Nasi Lemak Letoops RM1 Bonda Miera ini dibuka dari jam 7 pagi sehingga habis dan di tutup setiap hari Jumaat dan Sabtu. Jadi jangan tersalah hari dan waktu ya nak singgah ke gerai ni.





makanan

Pagoda | Roasted Pistachios

10/04/2019 04:44:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Moga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendakNya. Yelah musim sekarang ni ramai yang kurang sihat kan.

Ermm memandangkan hari ini merupakan hari Jumaat, maka masa rehat tu agak panjang. Jadinya sempat laa Eyda singgah ke kedai Eco RM2.10. 

Hajat dihati nak beli tisu untuk diletakkan dalam beg. Malangnya tisu saiz yang Eyda cari tak ada plak. Oleh itu, tangan ini ada laa sambar 1-2 barang. Salah satunya kacang Pistachios nih.


Tak sangka ada macam-macam jenis kacang keluaran Pagoda sekarang. Dulu kalau sebut saja kacang Pagoda mesti terbayang kacang tanah dia tu saja kan.

Sebelum nih Eyda pernah cuba makan kacang Pagoda Coated Peanuts White Coffee. Kali ni saja nak makan kacang Pistachios plak. Lama rasa tak makan kacang nih.

Jadi laa kan, sebiji 10 sen kacang nih. Hahaha.

makanan

Pagoda | Coated Peanuts White Coffee

8/15/2019 04:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Selalunya kalau dengar jenama Pagoda mesti fikirkan kacang kan.

Tapi kali ni Pagoda turut mengeluarkan pelbagai jenis kacang termasuklah Coated Peanuts White Coffee. Kedengaran macam pelik kan, kacang perisa kopi putih. Mesti fikir, ntah apa laa rasanya.

Sebenarnya kacang nih Eyda terima masa ambil baju untuk larian Province Wellesley Run 2019. Dalam goodies bag tu ada kacang Pagoda Coated Peanuts White Coffee ni termasuk biskut dan juga ubatan. Kalau nak beli sendiri tu mungkin tak laa kan. Dah dapat apa salahnya merasa.

Setelah lama menyimpan, baru laa gigih Eyda merasa masa cuti Raya Aidiladha yang lepas. Itu pun selepas mulut Eyda minta sesuatu untuk mengunyah.



Okay kalau nak tanya Eyda, apa rasanya kacang nih? Kalau korang nak tau, kacang nih cuma ada rasa sedikit kopi putih tu. Tak laa terlalu kuat rasa kopinya, jadi bolehlah bagi yang tak berapa minat kopi merasainya.



Tapi kalau peminat kopi tegar mungkin dia rasa tak puas dengan rasa kacang nih. Mungkin dia kena makan sambil minum kopi secawan baru laa secukup rasa.

Apapun bolehlah kalau nak merasa kacang yang disalut kopi putih ni. Cuma rasa kopinya tak berapa cukup bagi tekak Eyda.



Blog yang Diikuti