kamus hari ini

Kamus Hari Ini | Segara

10/24/2016 09:05:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama betul Eyda tak kongsikan perkataan yang jarang didengar dan digunakan dalam kehidupan kita seharian..

Tapi perkataan ini memang wujud dalam kamus, bukan perkataan yang direka yang tidak mempunyai sebarang maksud. Bukan juga wujud hanya untuk menyedapkan ayat.



Perkataan Eyda nak kongsi hari ini ialah SEGARA.. Apa maksud segara nih, bunyi macam segera pun ada kan.. Tak pun senegara..

Apapun jangan pening-pening, Eyda dah carikan maksud perkataan segara tu.. Memang Eyda pun tak sangka itu maksud perkataan segara tu..

 



Maksud

Segara : laut, lautan

Contoh ayat

Azhar bersama keluarganya berjalan di persisiran pantai sambil menikmati pemandangan segara yang cantik. 


kamus hari ini

Kamus Hari Ini | Tamsil

9/29/2016 08:25:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah lama Eyda tak kongsi perkataan baru kat sini kan.. Hari ini Eyda nak sambung perkongsian perkataan yang mungkin jarang atau tidak pernah didengari..



Perkataan hari ini ialah TAMSIL.. Perkataan ini agak pelik tapi mempunyai maksud yang kita boleh gunakan untuk menampilkan kelainan dalam penggunaan ayat kita..




Maksud

Tamsil : contoh, ibarat

Contoh ayat

Muzlina banyak mewarisi bakat ibunya tamsil dia suka menjahit dan menghasilkan barangan kraftangan yang cantik sama seperti ibunya. 




kamus hari ini

Kamus Hari Ini | Dasawarsa

9/15/2016 02:07:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ini Eyda nak berkongsi lagi perkataan yang jarang kita dengar dan gunakan..




Perkataan hari ini ialah DASAWARSA.. Macam klasik sangat bila dengar perkataan sebegini kan..



Maksud

Dasawarsa : dekad, jangka masa sepuluh tahun

Contoh ayat

Munirah merindui Arisa kerana telah dasawarsa tidak bertemu dengannya selepas tamat zaman persekolahan.




kamus hari ini

Kamus Hari Ini | Kecindan

9/06/2016 01:08:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ini Eyda nak sambung kamus hari ini.. Wah makin seronok pula nak kongsi macam-macam perkataan baru kan..


Perkataan Eyda nak kongsi hari ini ialah KECINDAN.. Apa maksud kecindan nih, bunyi macam ntah apa-apa pula kan..


Maksud

Kecindan : gurau senda, kelakar, mulut manis

Contoh ayat

Fazreen memang suka kecindan dengan kawan-kawannya sehinggakan mereka selesa bila bersama dengan Fazreen. 
 

Seronok pula Eyda nak tahu dan belajar perkataan baru ini.. Nantikan perkataan baru yang Eyda sempat cari dalam kamus..


kamus hari ini

Kamus Hari Ini | Sirna

8/29/2016 02:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dalam kesibukan nak celah jugak ya.. Dah naik tepu kepala otak ngadap kerja, cari sesuatu nak release skit kepala nih..

Hampir setiap hari Eyda dengar perkataan yang jarang kita gunakan dalam kehidupan kita seharian di radio KoolFM.. Rupanya banyak perkataan baru yang kita jarang dengar dan gunakan..



Jadinya, salah satu cara yang boleh membuatkan Eyda ingat dengan perkataan itu, Eyda cuba simpan di sini.. Sekurang-kurangnya boleh juga berkongsi dengan korang juga..




Maksud 

sirna : hilang, lenyap
 
Contoh ayat

Mardiana sirna rasa marahnya dengan melakukan aktiviti seperti berlari atau berbasikal.




Blog yang Diikuti