hari raya aidiladha

Ketupat Ohh Ketupat

9/07/2017 01:33:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah dah seminggu kita merayakan Hari Raya Aidiladha. Macam mana dengan raya korang pada tahun ini?

Bagi Eyda sekeluarga, ianya sedikit suram kerana pertama kali beraya Hari Raya Aidiladha tanpa emak. Kiranya genap setahun emak Eyda mula kurang sihat.

Walaubagaimanapun, raya Aidiladha kali ini kakak Eyda pulang beraya di sini dulu memandangkan tahun ini kakak ambil bahagian korban yang kami kumpul bersama ibu dan bapa saudara bagi mendapatkan seekor lembu. Raya pula kena di penghujung cuti sekolah, jadinya kakak sekeluarga balik beraya di sini.

Sehari sebelum kakak pulang ke kampung, dia dah bagitau Eyda yang dia dah tempah ketupat, kiranya raya kali ini tak perlu fikir pasal ketupat.

Tapi nak jadi cerita pagi hari Kemerdekaan dalam perjalanan balik ke kampung, kakak Eyda bagitahu yang dia tertinggal ketupat yang dah ditempah di dalam peti ais rumahnya.

Apa lagi agak kecoh sedikit bab ketupat, akhirnya kami bersepakat nak buat saja ketupat memandangkan ada pulut di rumah.

Nasiblah raya Aidiladha tahun lepas, kakak Eyda sempat belajar sepenuhnya membalut ketupat daun palas dengan mak. Alhamdulillah kakak Eyda dapat buat sendiri.

Kiranya di pagi hari Kemerdekaan tu Eyda bertungkus lumus mencari bahan untuk memasak untuk raya dan juga untuk ketupat. Nasib daun palas ayah ada tanam, kiranya tak perlulah beli.

Ketupat yang kami berjaya balut

Alhamdulillah usaha kami berdua membalut ketupat berjaya, walaupun ada juga yang kurang kemas balutannya. Ini merupakan kali pertama Eyda berjaya membalut ketupat. Gara-gara tahun lepas tak mau belajar bersungguh-sungguh. Hahaha.

Ketupat pertama yang Eyda balut

Rasanya raya tahun depan boleh ambil tempahan tak? Hahaha berangan je lebih kan. Apapun dah tahu cara membalut ketupat dengan betul bolehlah tahun depan belajar buat ketupat sendiri. Harap tahun depan rajin macam tahun ini.




hari raya aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha 1437 Hijrah

9/12/2016 07:30:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah, kita sekali lagi dapat merayakan Aidiladha pada tahun ini..

Di sini, Eyda ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aildiladha 1437 Hijrah untuk semua rakan dan sahabat Eyda.. Tidak ketinggalan buat semua umat Islam..


Semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima olehNya.. Amin..



hari raya aidiladha

GeLaGaT IzZaT DaN KiMie

10/07/2014 01:36:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Nak citer perihal bebudak di hari raya pertama.. Di pagi raya tu, dia orang keluar beraya dengan kawan-kawan.. Tengahari baru balik umah tau.. Raya sakan bebudak berdua tuh..

Siap balik tunjuk duit raya yang dia orang kutip.. Keluar berpayung plak tu, sebab ujan hari tuh.. Seronok laa boleh beraya sakan..

Memandangkan kureng sihat, jadi tak rasa nak bergambar.. Jom layan gambar bebudak berdua tuh.. Gambar sebelum nak mandi dan bertukar baju..

Macam-macam mimik muka dan gelagat ada bebudak nih.. Sori laa ada gambar kureng memuaskan.. Jom layan skit..


Kimie tak mau senyum.. Izzat pandai bagi gaya yang bersahaja..


Kimie marah sebab suruh dia bergambar.. Izzat stay boleh senyum..

Ni dah ada gelak-gelak.. Hehehe..

Nak marah tak jadi Kimie tuh..

Aksi lembu kena sembelih.. Kimie berlakon jadi lembu..

Sekarang nih Izzat plak.. Hehehe..

Sayangnya abang kat adik.. Tengok Izzat boleh dukung Kimie..


Suka betul tengok gelagat bebudak nih.. Memula ingat nak letak yang elok jer gambar.. Lastly tengok macam best jer, tu yang letak semua.. Macam boleh buat cerita bergambar.. Hehehe..

Okeylah, tak de citer menarik nak selit kat sini.. Harap korang tak jemu menyinggah kat sini ye.. Akan dikorek, dicari al kisah untuk diselitkan kat sini..






hari raya aidiladha

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLaDHa 1435 H

10/05/2014 08:05:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Selamat Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1435H.. Semoga kita dapat mengenal erti pengorbanan dan dapat melakukannya dengan lebih baik pada tahun ini..

Nanti jika sempat bergambar apa bagai, akan saya tempekkan kat entry akan datang.. Harap ada gambar yang muncul nanti..



Cute jer tengok lembu ucap selamat hari raya..

Ni pun cute juga..

Selamat beraya buat semua.. Korang beraya kat mana hari nih? Ada buat korban tak tahun nih?




Gambar kredit dari mr.google.. 



hari raya aidiladha

KiSaH Di HaRi RaYa AiDiLaDHa PaRt 2

10/18/2013 09:35:00 AM

Assalamualaikum semua.. Meh sambung citer lagi..

Hari Kedua Hari Raya Aidiladha..


Selepas pegi kenduri akikah umah mak mertua abang, apa lagi merayap tengok wayang ngan anak2.. Lama tak bawak kan.. Sesaja lerr bawak bebudak pi tengok wayang.. Siap check dalam internet waktu tayangan, kena set time la kan senang.. Hehehe..

Nak tau citer apa yang kami tengok???? Taraa..





Menarik buah-buahan, sayur-sayuran berbentuk binatang..


Strawbery ni asyik sebut N-Woo jer..


Antara scene dalam citer nih..







Sinopsis citer Cloudy With A Chance Of Meatballs 2..

Kebijaksanaan pencipta bernama Flint Lockwood akhirnya diiktiraf apabila idolanya, Chester V menjemput Flint menyertai The Live Corp Company. The Live Corp ialah tempat para pencipta terbaik di dunia berkumpul untuk mencipta teknologi baru bagi kebaikan manusia. Orang kanan Chester, iaitu Barb (orang-utan yang telah berevolusi dengan otak manusia, licik dan suka memakai gincu) merupakan antara ciptaan terbaik Chester. Flint memasang impian untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pencipta tetapi semuanya berubah apabila dia mendapati mesinnya (yang mengubah air kepada makanan) masih berfungsi dan sedang mencipta hibrid makanan-binatang yang dikenali sebagai "foodimals". Dengan nasib manusia di tangannya, Chester menghantar Flint dan kawan-kawannya ke sebuah misi yang sedap tetapi berbahaya yang mana mereka harus bertarung dengan "foodimals" untuk menyelamatkan dunia sekali lagi.

Klasifikasi: U
Genre: Animasi / Kekeluargaan
Tarikh Tayangan: 3 Oktober 2013
Bahasa: English
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pengarah: Cody Cameron, Kris Pearn
Pelakon: Bill Hader, Anna Faris, James Caan, Andy Samberg, Neil Patrick Harris, Benjamin Bratt, Terry Crews, Will Forte


 Meh layan gambar2 kami sebelum balik..



Siap ngan gaya..


Macam tak ready jer..


Gambar menarik, tapi gambar Izzat tak penuh..


Dah cantik, tapi Kimie plak terlindung..


Lastly gambar terbaik dari kami..


Tiket wayang kami..



Balik sampai umah, sempat solat Maghrib.. Rehat kejap, dah masuk waktu Isyak.. Nasib sempat solat.. Hehehe.. Ok lah sekian saja, citer raya dari kami.. Jumpa lagi di entry akan datang dengan citer yang menarik lagi..


  







hari raya aidiladha

KiSaH Di HaRi RaYa AiDiLaDHa PaRt 1

10/17/2013 04:31:00 PM

Assalamualaikum semua.. Salam Hari Raya Aidiladha.. Semalam pastinya banyak kenduri kan yang korang pegi.. Sama lah jugak aku, semalam pegi kenduri akikah anak sedara..

Ermm nak mula citer di Hari Raya Aidiladha yang pertamalah.. Mesti korang agak terkejut kan tengok gambar nih.. Inilah permulaan kisah di awal pagi hari raya kami..


Gambar nih diambil setelah call bomba semua selesai..


Gambar pun dizoom dari jarak jauh.. Memang terasa haba panas kebakaran nih.. Boleh terasa dari depan pintu rumah..


Bomba dah padamkan sepenuhnya kebakaran..



Keadaan rumah yang terbakar tadi..


Lagi..


Dan lagi..


Kisahnya bermula bila kami sedang lena diulit mimpi.. Tetiba aku tersedar dari tidur gara2 terdengar bunyi benda terbakar.. Bila aku bukak pintu, umah kosong di hadapan umah kami sedang terbakar.. Tingkat bawah dah abis terbakar dan sedang merebak ke tingkat atas..

Dengan kelam-kabutnya aku kejutkan hubby yang sedap melena jugak.. Apa lagi dia pun bangun tengok keadaan umah yang terbakar sambil mintak hp untuk contact bomba lerr.. Kami sedar pun dalam kul 4.30pagi.. Uishh ni nak wat karangan bahasa ke??? Sopan nya ayat aku kan..

Kerana ternampak ada wire yang spark, husband pun suruh aku tutup main power umah kami.. Mana taknya takut kan merebak kebakaran tuh.. Apapun bomba sampai lebih kurang 10 minit selepas panggilan dibuat..

Bomba memadamkan kebakaran sepenuhnya lebih kurang jam 5.30 pagi.. Selepas selesai semuanya baru aku masuk ke dalam umah.. Memang dah tak dapat tidur dah lerr dah hampir Subuh.. Selepas solat Subuh, iron baju, buat apa yang patut.. Ingat nak ke  masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya.. Tetiba ujan plak pagi tuh, terbantut hasrat nak ke masjid..

Selepas solat sunat hari raya, apa lagi bersiap balik kampung lerr.. Dah anak2 ada kat sana, aku balik ke sana sehingga asar jugak, gara2 tunggu lasagna masak.. Punya nak rasa lasagna yang akak aku masak.. Tapi memang makan sungguh ler, dengan ketupat palas, laksa Johor, nasi dan last skali lasagna..



Ketupat daun palas yang menjadi bahan jamah aku ngan Izzat.. Hehehe..


Geram dengan anak sedara nih.. Anak kakak yang kecik.. Masa nih tak dak sapa sangat, pakat pi tempat sembelih lembu.. Kakak wat korban, abang plak wat akikah anak dia yang kecik.. Sori gambar lembu tak de..


Petangnya kami balik ke kampung husband plak.. Balik pun sekejap jer sebabnya husband dah nak kena keja balik ngan anak2 mula sekolah.. Citer di hari raya kedua sambung esok plak laa.. Penat nak karang.. Hehehe..




Blog yang Diikuti