Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Eyda ada bagitau nak kongsikan barangan yang Eyda beli daripada duit simpanan yang Eyda berjaya simpan untuk tahun 2018.
Memandangkan tabung duit RM20 atau tabung oren Eyda penuh sebelum akhir tahun, makanya Eyda dah berjaya untuk membeli gadget dapur dan rumah yang dah lama Eyda idamkan.
Alhamdulillah berkat menyimpan secara konsisten mampu merealisasikan impian sendiri. Entri berkaitan menyimpan boleh baca kat SINI
AIR FRYER DIGITAL RUSSELL TAYLORS
Gadget dapur yang pertama Eyda dapat adalah Air Fryer Digital Russell Taylors. Eyda beli selepas sale 12.12 yang lepas iaitu pada 14.12.18.
Alhamdulillah masa Eyda beli ada sale sebanyak 13% daripada harga asal di laman web Shopee. Jadinya Eyda dapat beli dengan harga RM206.28 dan percuma kos penghantaran.
Penghantaran pun bagus dan cepat, Eyda beli hari Jumaat dan barang tersebut Eyda terima pada hari Isnin dalam keadaan yang baik.
Bila dah terima apa lagi percubaan pertama dimulakan dengan masak french fries. Elok ja hasilnya dan minyak pun ada lekat pada tray.
![]() |
| Percubaan memasak |
Kentang yang belum dimasak. Dah guna air fryer ni dah tak payah nak tunggu kentang hilang sejuk atau beku. Letak ja kentang yang baru dikeluarkan daripada peti ais terus ke dalam air fryer.
![]() |
| Kentang di dalam tray Air Fryer |
Hasil yang menarik dan kering daripada minyak. Rasa pun sama ja dengan masak dengan minyak.
![]() |
| Hasilnya kentang goreng |
![]() |
| Ayam goreng |
Ni menu yang masak minggu lepas. Masa nak hantar abang Izzat. Popcorn chicken, chicken stick dan isi ketam
![]() |
| Popcorn chicken, chicken stick dan isi ketam |
![]() |
| Mini piza |
Ada lagi yang masak, tapi tak snap plak gambar. Apapun sejak ada air fryer ni dah tak risau anak nak menggoreng. Guna air fryer dah tak risau terpercik minyak.
PHILIPS PRESSSURE COOKER
Ini pun antara wishlist Eyda, beli Philips Pressure Cooker pun untuk memudahkan Eyda masak sup atau tomyam kaki ayam dan tidak ketinggalan sup tulang.
Itu antara menu yang selalu mengambil masa yang panjang untuk siap bila guna periuk biasa dan masak di atas dapur gas. Masak hampir 2 jam pun masih belum lembut elok. Kena tambah air untuk elak kuah menjadi kering.
Tapi bila beli periuk Philips Pressure Cooker nih, masak kurang dari sejam dah dapat hasil yang diingini.
Eyda beli Philips Pressure Cooker ni dengan harga RM369 dan percuma cooler box Rubbermaid tu. Untung kan?
![]() |
| Philips Pressure Cooker |
Percubaan pertama Eyda dengan Philips Pressure Cooker nih, Eyda masak tomyam kaki ayam.
![]() |
| Philips Pressure Cooker |
Tomyam kaki ayam yang Eyda masak. Maaf tak nampak pula kaki ayam sebab kuah tomyam yang banyak.
![]() |
| Kuah tomyam banyak, tak nampak kaki ayam |
Letak dalam mangkuk baru nampak rupa tomyam kaki ayam tadi kan. Menarik ja rupanya bila dah letak dalam mangkuk.
![]() |
| Tomyam kaki ayam |
![]() |
| Tulang yang tinggal |
STEAM IRON PHILIPS PERFECTCARE POWERLIFE (GC3929)
Barangan terakhir yang menjadi impian Eyda nak beli seterika. Dapatlah Eyda beli steam iron Philips Perfectcare Powerlife.
Seterika nih fungsinya hampir sama dengan seterika Philips yang harga RM1+++ tu. Cuma tangki airnya lebih kecil, hanya pada seterika dan tiada papan iron yang besar.
Apapun Eyda dapat berjimat banyak di situ. Seterika yang Eyda beli ni berharga RM335 dan percuma iron board.
![]() |
| Philips Perfectcare Powerlife |
Dah rasmi beberapa minggu, rasa cepat je kerja seterika baju anak-anak dan baju kerja sendiri. Kalau tinggal lama atau terlupa tutup dah tak risau lagi sebab dia auto power cut off. Lagi satu tak payah nak set suhu, semuanya auto.
![]() |
| Philips Perfectcare Powerlife |
![]() |
| Semangat seterika seluar sekolah sendiri |
![]() |
| Seronok tengok dia boleh seterika sendiri |
Inilah barangan yang Eyda beli hasil tabungan selama setahun. Padahal hasrat nak beli tu dah bertahun-tahun. Kalau tak menabung ni, rasanya sampai sekarang keinginan masih lagi menjadi keinginan.















