filem

Tayangan Perdana Filem Hunter Killer

10/25/2018 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada 23 Oktober 2018 yang lalu, Eyda mendapat jemputan untuk menyaksikan Tayangan Perdana Filem Hunter Killer yang berlangsung di GSC, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Filem Hunter Killer ini merupakan filem penuh dengan pelbagai aksi dan babak yang mendebarkan. Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat antaranya Gerard Butler, Gary Oldman, Common dan  Linda Cardellini.

 
Filem Hunter Killer ini berkisarkan mengenai Joe Glass yang ditugaskan sebagai kapten kapal selam Hunter Killer untuk menyiasat dan menjalankan misi mencari sebuah kapal selam Tampa Bay milik Amerika Syarikat yang telah hilang daripada radar ketika berada di Lautan Barents, di perairan Rusia.

Hasil pemantauan dan siasatan yang dijalankan, Joe Glass dan kru kapal selamnya mendapati kapal selam USS Tampa Bay tersebut telah diserang dengan torpedo oleh pihak Rusia. 

Malah dalam kejadian itu juga, Joe Glass mendapati ada sesuatu yang pelik berlaku kerana kapal selam Konek milik Rusia turut diserang seperti disabotaj.

Oleh itu, Joe Glass mengarahkan kru kapal selam untuk menyelamat kru kapal selam Rusia yang masih hidup untuk membantu mereka menyiasat mengenai kejadian tersebut.

Selain itu, pihak Amerika juga turut menghantar satu pasukan elit Amerika Syarikat Navy SEAL untuk menjadi pemerhati dan menyiasat di sekitar Pangkalan Angkatan Laut Rusia di Polyarny iaitu kawasan Teluk Kola, Rusia Utara.

Dalam tinjauan tersebut, mereka mendapati Presiden Rusia, Zakarin telah dijadikan tahanan oleh Menteri Pertahanan Rusia, Laksamana Dmitri Durov dan telah membunuh pengawal peribadi Presiden Rusia itu sendiri dalam usaha rampasan kuasa tanpa pengetahuan kerajaan Rusia.

Melalui maklumat ini, pihak Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menjalankan misi menyelamat Presiden Zakarin seterusnya mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga.

Oleh yang demikian, Joe Glass bersama kru kapal selamnya bersama pasukan elit Navy SEAL diarahkan untuk berganding bahu dalam usaha menyelamat Presiden Rusia yang berada di Pangkalan Angkatan Laut Rusia, Polyarny.

Pelbagai ranjau yang perlu dilalui sepanjang perjalanan kapal selam Hunter Killer dan pasukan elit Navy SEAL dalam usaha menyelamat Presiden Zakarin. 

Dapatkah Joe Glass bersama kru kapal selam dan pasukan elit Navy SEAL menyelamatkan Presiden Rusia di Pangkalan Angkatan Laut Rusia, Polyarny?

Mampukah kapal selam Hunter Killer yang dinaiki Joe Glass bersama kru kapal selam melalui pelbagai alat senjata, periuk api dan pengesan sonar yang hebat? 

Adakah usaha Joe Glass dan pasukannya ini mendapat kerjasama yang baik daripada tentera laut Rusia dan kapten kapal selam Rusia, Kapten Adropov untuk membantu mereka dalam usaha menyelamatkan Presiden Rusia itu sendiri? 

Jom sama-sama kita saksikan filem yang penuh aksi dan babak yang mendebarkan selama 2 jam 2 minit ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 25 Oktober 2018.



Terima kasih Oneworld Alliance Film Sdn. Bhd. dan Ringotail kerana sudi menjemput Eyda untuk turut sama menyaksikan Tayangan Perdana Filem Hunter Killer ini.
 
kredit IG @ninvhmd
 
Bagi yang meminati filem aksi sebegini, anda mesti tonton filem ini. Kalau anda nak tahu, Eyda bagi 5/5 bintang untuk filem yang mantap ini. Tidak rugi anda menontonnya. Selamat menonton


filem

Review | BoBoiBoy The Movie

3/05/2016 09:45:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Bersiaran di pagi hari.. Bangun pagi teruja plak nak citer pasal BoBoiBoy The Movie yang Eyda dan anak-anak sempat layan malam semalam.. Filem yang bakal menjadi box office tahun nih..

Eyda pasti semuanya akan bersetuju dengan Eyda selepas menyaksikan sendiri filem ini.. Anak-anak Eyda sampai minta Eyda belikan CD filem nih bila dah ada di pasaran nanti.. Itulah penangan filem BoBoiBoy The Movie..




Bayangkan Eyda dah terpacak kat kaunter tiket seawal jam 8.00 malam.. Akhirnya tayangan jam 10.50 malam baru Eyda boleh tengok movie nih sebabnya ada tiket sold out, hampir habis dan terpaksa menonton di depan skrin..

Tiket filem BoBoiBoy The Movie kami

Tengok laa sebahagian yang tunggu waktu tayangan filem BoBoiBoy The Movie nih

Jom baca sikit sinopsis filem ni..

BoBoiBoy The Movie
Sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak tiba di bumi dan menculik Ochobot. Mereka mahu menggunakannya untuk mencari sebuah Sfera Kuasa yang tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa tersebut.

Banyak halangan dan rintangan yang perlu BoBoiBoy dan kawan-kawannya terpaksa lalui dalam misi untuk menyelamatkan Ochobot.

Ada pelbagai aksi yang mencabar dan lawak sepanjang filem ini. Sedikit kesedihan muncul dalam usaha BoBoiBoy ingin menyelamatkan Ochobot.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Nur Fathiah Diaz, Anas Abdul Aziz, Dzubir Mohamed Zakaria
Pengarah: Mohd Nizam Abdul Razak
Format: 2D


Trailer BoBoiBoy The Movie





Di akhir filem ini kita akan dapat mempelajari semangat perjuangan dan persahabatan.. Tak rugi layan filem nih.. Mesti ada yang tak puas menontonnya.. 


AKSI IZZAT DAN KIMIE

Sebelum balik jom posing dulu.. Nak posing awal-awal, orang ramai sesangat.. Dah habis layan movie baru lengang sikit.. 


 


Masih terbayang-bayang movie nih.. Nak layan trailer dulu laa.. Hehehe..


Eyda bagi 5 / 5 bintang.. 
Memang best, berbaloi-baloi menunggu lama..






Info, gambar dan trailer kredit dari CINEMA, BoBoiBoymovie.com dan Youtube


Blog yang Diikuti