event

Kedah Coffee Chocolate Run 2019

8/20/2019 10:12:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari Sabtu yang lepas Eyda bersama anak-anak serta kawan-kawan berkesempatan sertai larian Kedah Coffee Chocolate Run di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani Kedah. 

Kiranya inilah masa untuk  Eyda luangkan masa bersama anak-anak di hari cuti terakhir bagi negeri Kedah. Lagi pun pada petangnya Eyda perlu menghantar Izzat balik ke asrama.

Dikhabarkan majlis perasmian event larian Kedah Coffee Chocolate Run akan diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Kedah iaitu YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir. Malangnya hanya YB kawasan saja yang hadir untuk acara pelepasan peserta larian.



Dalam banyak-banyak event larian yang Eyda pernah sertai, inilah rasanya event yang paling teruk daripada segi pengurusan.



Kenapa Eyda komen sebegini, korang boleh baca catatan yang Eyda tulis di dalam Facebook sebelum ini. Catatan ini juga Eyda kongsikan di blog Eyda ini.

Luangkan masa beraktiviti bersama anak-anak

Pelbagai masalah yang peserta hadapi di hari sebelum dan juga di hari event larian Kedah Coffee Chocolate Run berlangsung. Jom baca catatan Eyda nih.

👎Race Kit
Tempoh pemberian race kit sepatutnya diadakan selama 2 hari dikurangkan ke sehari. Satu kaunter race kit saja dibuka yang hanya 3 orang yang bertugas. Bayangkan Eyda terpaksa beratur dari jam 6.06 petang hingga 8.20 malam untuk mendapatkan 5 race kit.

Gambar ketika jam 6.06 petang

Gambar ketika 6.06 petang

Gambar ketika 6.35 petang 

Gambar ketika 7.59 malam

👎 Flag Off
Sepatutnya flag off bagi kategori 10km jam 7.00 pagi tapi kami hanya dilepaskan jam 7.35 pagi. Bagi kategori 6km sepatutnya flag off jam 7.15 pagi tapi dilepaskan jam 7.40 pagi.

Kami berlari kategori 10km

Abang Izzat berlari 3km

👎 Water station
Ada beberapa water station disediakan bagi laluan 10km tapi malangnya tiada sesiapa pun daripada pihak urusetia event yang menjaganya. Kiranya sesiapa pun boleh ambil sebanyak mana yang suka.




👎 Perubatan / Medic
Tiada satu pun pasukan perubatan yang ditugaskan dalam menjaga hal ehwal berkaitan perubatan. Kalau ada peserta yang tiba-tiba cramp atau sebagainya, pandai-pandai jelah jaga diri sendiri atau pun minta tolong daripada anggota RELA yang ada.

👎 Marshall
Tiada seorang pun marshall yang ditugaskan untuk mengawasi peserta di sepanjang laluan larian. Kiranya peserta hanya mengharapkan anggota RELA yang sediada dan juga tanda arah yang ada di sepanjang laluan larian. Hal ini juga telah menyebabkan peserta larian telah tersalah laluan dan tidak berlari di laluan yang sepatutnya.

👎 Check point
Tiada sebarang check point disediakan sehinggakan ada peserta untuk kategori 6km telah menipu dalam lariannya.

👎 Laluan mengelirukan
Ada kekeliruan laluan bagi kategori 10km yang telah menyebabkan ada peserta yang hanya berlari 6km termasuklah diri saya sendiri. Rupanya jika diamati pelan laluan larian, semua peserta termasuklah kategori 10km perlu berlari di dalam kawasan Cinta Sayang Resort terlebih dahulu sebelum meneruskan larian ke arah luar kawasan perumahan dan kilang berhampiran kawasan Cinta Sayang Resort tersebut. Hal ini telah menyebabkan Eyda dan kebanyakan pelari hanya berlari sejauh 6km sahaja.

Jadi pacer dan sweeper Kimie
Timing ikut Kimie


👎 Pemenang tidak valid
Dikhabarkan ada peserta yang tidak mengikut laluan yang betul telah dipilih sebagai pemenang. Kiranya ada pemenang berlari tidak tidak mengikut jarak larian dan laluan yang betul.

👎 Pengurusan pihak penganjur yang berterabur
Penganjuran event yang lebih menampakkan ingin mengaut keuntungan tanpa usaha untuk menjadikan event larian ini sempurna sebagai kepuasan kepada semua peserta larian. Sepatutnya pihak penganjur perlulah belajar mengenai selok belok pengurusan event larian dengan baik sebelum menganjurkan sendiri event larian.

Di dalam kekurangan yang ada di dalam penganjuran event larian Kedah Coffee Chocolate Run ini, terselit juga beberapa perkara yang baik. Tidak banyak pun sedikit sebanyak ada juga perkara yang baik.

👍 Baju dan medal
Rekaan baju dan medal yang cantik. Material baju pun selesa dan sedap dipakai.



👍 Gift voucher
Banyak juga gift voucher yang diterima daripada event larian ini.




👍 Breakfast / Makan / Minum
Semua peserta diberikan bihun goreng, air kopi cap Kapal Api dan tidak ketinggalan air Milo daripada lori Milo.

Apapun Eyda memang rasa agak terkilan dengan penganjur event larian ini yang Eyda rasakan kurang cekap. Rasanya inilah event yang paling teruk yang pernah Eyda sertai setakat ini.

Moga pihak penganjur event ini mengambil maklum semua komen dan kekurangan ini sebagai pengalaman dan pengajaran dalam menganjurkan sesuatu event larian.

Dapat jugak join bersama kawan berdua nih

event

Sparkle Run di Autocity, Penang

8/10/2019 10:00:00 AM


Assalamualaikum dan selama sejahtera semua. Dah jarang-jarang kongsikan catatan larian Eyda kan. Kali ini nak kongsikan larian Eyda yang paling terkini iaitu Sparkle Run.

Larian ini diadakan di Autocity, Perai, Pulau Pinang. Event larian yang menarik dan unik kerana menawarkan pemilihan antara tutu atau afro. Kiranya kita boleh memilih untuk memakai tutu atau pun afro. Medal pula berbentuk unicorn.



Daripada segi pengambilan race kit ianya berjalan dengan baik dan teratur. Peserta yang menggunakan kod QR hanya perlu scan untuk ambil kad untuk tuntutan baju, wristband dan tutu / afro.


Permulaan event berjalan dengan baik bila urusetia saring peserta dengan melihat wristband yang dipakai samada yang flag off jam 7 pagi dan 8 pagi. Kiranya tiada peserta yang flag off jam 7 pagi bercampur dengan peserta flag off jam 8 pagi.


Pada pusingan pertama event berjalan dengan lancar. Event mula menjadi kelam kabut bila memasuki pusingan kedua (2nd loop) kerana peserta tidak diberikan sebarang wristband untuk menandakan bahawa peserta telah pun berlari dua pusingan.

Masalah seterusnya tambah menyakitkan hati bila mana ramai peserta tersangkut di jambatan (titi kecil) yang kedua bila mana hujung jambatan (titi kecil) tersebut ada pintu yang hanya mampu memuatkan 2 orang dalam satu masa.




Masa banyak dihabiskan di situ sekitar lebih 20 minit. Berpeluh-peluh panas dan tak cukup oksigen ja. Memang hilang mood terus bila jadi perkara sebegini.
Seterusnya semua peserta masing-masing menghabiskan masa bergambar di kawasan bungaan, belon, candy yang disediakan.


Ada peserta termasuklah Eyda, tidak dimaklumkan bahawa perlu ambil wristband yang sepatutnya ambil masa ke pusingan kedua sedangkan sebelum itu peserta lalu dihadapan urusetia. Wristband ini diberikan untuk tuntutan medal.
Selepas ramai mengambil peluang untuk bergambar, peserta kebanyakannya terpinga-pinga ke mana harus bergerak ke finishing line.
Kebanyakannya hanya ikut ja peserta yang ke booth medal. Di sini juga bermasalah bila mana tiada sistem dalam pemberian medal. Keadaan jadi tak terkawal sehinggakan ada peserta yang capai ambil sendiri medal tersebut.
Jarak larian sepatutnya 5km, kami hanya dapat cuma sekitar 3.5km saja. Banyak beza kan. Seharusnya pihak penganjur perlu pastikan jarak larian yang dibuat sama atau tak berbeza banyak dengan yang diiklankan.


Rasanya ini kali pertama dan terakhir join event ni. Rasa serik dan frust dengan pengurusan event yang kurang cekap.











event

Kemeriahan KidZania GO! di Quill City Mall, Kuala Lumpur

3/21/2018 03:03:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah sempat juga Eyda bercuti pendek ke Kuala Lumpur bersama anak-anak.

Lokasi yang menjadi pilihan kami kali ini ialah Quill City Mall, Kuala Lumpur. Ada apa di sana? Di sana sekarang sedang berlangsungnya KidZania GO! sehingga 25 Mac 2018.

Kena beratur untuk masuk

Anak-anak akan diberikan gelang sebelum dibenarkan masuk.. Bilangan untuk satu kumpulan adalah seramai 10 orang.

Gelang sebegini diberikan

Aktiviti pertama di sini

Semua akan mendengar penerangan mengenai langkah keselamatan di jalan raya dan mendapat pass di ruangan Volvo - Stop, Look, Wave ini.

Tekun mendengar penerangan

Di studio magik ini anak-anak di ajar magik yang mudah. Anak-anak begitu teruja mempraktikkan magik yang dipelajari tadi.


Aktiviti terakhir di sini ialah setiap pasangan perlu mencari barangan yang boleh kitar semula dan meletakkan di dalam tong sampah.

Cepat betul kutip barangan kitar semula

Jadi pasangan pertama siap tugasan

Ramai kanak-kanak tadika turut sama


Promosi Tiket KidZania Kuala Lumpur

Bagi yang ingin mendapatkan tiket KidZania Kuala Lumpur secara kombo atau harga lebih murah, apa kata anda singgah di Quill City Mall Kuala Lumpur.

Kaunter yang menawarkan harga lebih murah

Jika anda inginkan harga super jimat, pastikan anda membeli barangan di mana-mana outlet di Quill City Mall Kuala Lumpur  dengan harga rm38 dalam satu resit. Anak anda perlu lakukan ke semua 8 aktiviti untuk melayakkan anda dapat harga menarik ini.

Jimat sehingga 35% dari harga asal

Promosi ini hanya sah laku dari 20 Mac 2018 hingga 30 Ogos 2018 sahaja.

Promosi 20 Mac - 30 Ogos 2018

Manakala harga di bawah ini merupakan promosi sempena Ramadhan yang sah laku dari 15 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018.

Promosi Pakej Ramadhan dari 15 Mei -30 Jun 2018

Jom luangkan sedikit masa untuk dapatkan harga yang menarik ini buat anak-anak anda.


Blog yang Diikuti