anugerah

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019

7/31/2019 04:27:00 PM


Assalamualaikum dan selama sejahtera semua. Lama betul Eyda tak membebel dan berkongsi cerita kat sini. Asyik taip simpan dalam draf jer. Ntah bila nak publish pun tak tau.

Okay laa, sebagai meneruskan kerajinan menaip hari ni Eyda nak kongsi kegembiraan Eyda dengan kejayaan Izzat dalam pelajaran. Yelah kejayaan anak kebanggaan kita jugak.

Dapat tumpang gembira dengan kejayaan anak pun dah cukup bermakna. Bukan mudah bagi Eyda  nak tengok anak mendapat kejayaan dalam pelajaran. Ada beberapa kali saja. Itu pun ada yang tak dapat naik pentas sebabnya majlis anugerah dibuat di pertengahan tahun. Apapun Eyda cukup berbangga dengan kejayaan yang anak-anak tunjukkan.

Apapun dalam gembira meraikan kejayaan Izzat, masih banyak lagi dia perlu berusaha untuk kekalkan kejayaan dan baiki lagi mana yang kurang baik. Masih ada beberapa mata pelajaran yang perlu di beri perhatian.


MAJLIS PERJUMPAAN WARIS DAN GURU

Pada 30 Jun 2019 yang lalu, sekolah Izzat mengadakan Hari Pelaporan / JASA Waris iaitu majlis perjumpaan waris dengan guru. Jadinya masa ini dapat mendengar sendiri komen guru dengan prestasi dan sikap diaorang. Banyak jugak komen baik-baik dan tak kurang jugak ada sedikit komen kurang baik.

Apa yang baik boleh laa kekalkan. Yang kurang baik perlulah baiki lagi untuk menjadi seorang pelajar yang terbaik.

Hari yang sama sekolah Kimie jugak buat majlis perjumpaan dengan waris, maka berkejaran laa Eyda ke dua sekolah yang berbeza.

Nasib dapat sampai ke sekolah Kimie mengikut masa yang ditetapkan. Penat tapi lega dapat jugak berjumpa dengan guru kelas masing-masing untuk mendengar sendiri komen guru kelas.


MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2019



Pada 7 Julai 2019 yang lalu, sekolah Izzat mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019. Pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum dijemput bersama ibu bapa atau waris masing-masing untuk hadir ke majlis tersebut.


Alhamdulillah Izzat juga menjadi salah seorang penerima. Ini kerana di dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu Izzat telah mencatatkan markah tertinggi dalam mata pelajaran Sains. Mata pelajaran yang dia mula minat ketika belajar di darjah 6.


Apa yang menarik, semua nama dan gambar setiap penerima anugerah siap dipaparkan di skrin. Majlis ala-ala macam konvo sikit. Okay laa satu penghargaan untuk pelajar yang cemerlang dalam bidang masing-masing.


Semua penerima anugerah menerima sijil penghargaan dan juga kupon untuk dibelanjakan di koperasi sekolah. Bagi yang mendapat tempat pertama hingga ke tiga ada nilai yang berbeza antara satunya. Manakala bagi penerima bagi mata pelajaran terbaik akan mendapat kupon RM5.00 bagi setiap mata pelajaran. Jadi laa tu buat lepas beli alat tulis.



Ibu berbangga dengan pencapaian Izzat. Walaupun markah peperiksaan kali ini menurun berbanding Ujian 1 yang lalu. Tapi Izzat masih layak mendapat anugerah tersebut.

Masih banyak Izzat kena baiki untuk mengekalkan dan perlu meningkatkan lagi pencapaian berbanding sekarang. Ibu harap Izzat akan terus membanggakan ibu di masa akan datang.

Baiki diri dalam kesilapan yang telah Izzat lakukan sebelum ini. Ibu harap jadikan ia sebagai pengajaran di masa akan datang.




anugerah

Calonkan Guru Anda Untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019

3/25/2019 04:05:00 PM


Kita memulakan zaman persekolahan dengan belajar bersama dengan guru. Dalam ramai-ramai guru yang pernah mengajar kita daripada tadika, pra sekolah dan juga sekolah tak kiralah sekolah rendah atau pun sekolah menengah sekali pun pastinya ada beberapa guru yang kita selesa belajar bersamanya.

Guru ini pastinya menjadi kesayangan ramai pelajar. Mungkin masa belajar dulu kita tak berkesempatan untuk memberikan hadiah yang terbaik buat guru kesayangan kita ini. Apa kata sempena Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei nih, jom kita hadiahkan guru kita dengan mencalonkannya sebagai salah seorang calon untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2019.



Nak tahu ke guru kesayangan Eyda masa belajar dulu? Guru ini namanya cikgu Mizam bin Musa. Beliau mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan dan juga Matematik di tingkatan 4 dan juga 5.

Beliau tidak memaksa pelajarnya untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam pengajarannya asalkan pelajar itu sendiri berada di dalam kelas. Beliau tidak memarahi pelajar yang tertidur di dalam kelasnya. Pernah dalam nada berseloroh beliau berkata "Tak pa depa paham tu apa yang cikgu ajar, tengok pakat angguk ja". sambil beliau senyum dan ketawa kecil.

Eyda pun ada kalanya kurang faham apa yang di ajarkannya. Result pun kadang tu failed macam subjek Matematik Tambahan. Apapun Eyda berusaha juga untuk belajar dan memahami apa yang diajarkan.

Beberapa tahun lepas, beliau telah pun bersara pilihan dan meneruskan pengajaran beliau dengan mengadakan kelas tuisyen. Kiranya beliau masih lagi mengajar walaupun hanya di kelas tuisyen.

Semoga diberikan kesihatan yang baik buat cikgu Mizam bin Musa untuk meneruskan mencurahkan ilmu beliau untuk anak murid yang lain.

Terima kasih cikgu.

Latarbelakang: Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan Anugerah tahunan yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada para guru yang melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih baik. Tahun ini merupakan tahun ketiga inisiatif ini dilaksanakan, dan ia telah dilancarkan pada 1 Mac 2019 oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee bin Malik sempena Hari Guru yang bakal tiba pada 16 Mei kelak.


Setiap penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s akan menerima wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru.


Pencalon guru tersebut pula akan menerima baucar McDonald’s bernilai RM200.

Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar dan juga impak positif guru terhadap diri pelajar.  

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s merupakan salah satu inisiatif di bawah program kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan McDonald’s Malaysia.


Berminat untuk sertai? Klik link https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi dan isikan butiran sepertimana di bawah ini dan hantar.

 


Maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019 boleh didapati di https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi dan anda boleh calonkan guru kesayangan anda. 

TARIKH TUTUP PENCALONAN : 31 MAC 2019.


anugerah

Keputusan Rasmi Anugerah Skrin 2015

11/09/2015 09:47:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada siapa tengok Anugerah Skrin 2015 semalam? Dah tau keputusan penuh?




Majlis Anugerah Skrin 2015 telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 8 November 2015 jam 9.00 malam dengan bertemakan 'Raikan Bintang' (Celebrates The Stars)

Sebanyak 31 kategori dipertandingkan meliputi 12 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan drama, 6 kategori teknikal..


KEPUTUSAN RASMI ANUGERAH SKRIN 2015

(Anugerah Skrin TV3) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Ahad malam 8 November 2015

Pautan Sumber:
mysumber.com
 
KATEGORI DRAMA
 
(Anugerah Skrin TV3) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Ahad malam 8 November 2015

Pautan Sumber:
mysumber.com
(Anugerah Skrin TV3) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Ahad malam 8 November 2015

Pautan Sumber:
mysumber.com
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Raja Ilya (Lorong Kecil Ke Syurga)

 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama.
Izuan Fitri (Penyabong)

 
Videografi Terbaik Drama
Jamaludin Yaacob (Penyabong)


Lakon TV Terbaik
Joe Sidek (Lorong Kecil Ke Syurga)
       
Penyunting Terbaik Drama
Akashdeep Singh (Lorong Kecil Ke Syurga)
 
Pelakon Wanita Terbaik Drama
Sara Ali (Hak)


 
 
 
Sumber daripada Anugerah Skrin
 
 

Blog yang Diikuti