keputusan peperiksaan

Keputusan UPKK 2017

2/02/2018 10:09:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah seminggu Eyda tak mengemaskini blog. Kekangan masa dan tugas hakiki agak membataskan.

Ada saja, entry yang masih dalam draf, masih belum dapat siarkan lagi kerana masalah nak edit gambar. Memang agak membataskan bila melibatkan edit gambar atau video.

Okeylah, hari ini Eyda nak kongsikan sedikit kegembiraan Eyda dengan anak sulung Eyda. Walaupun tidak mendapat straight A, tapi ianya amat baik buat Eyda.

Keputusan UPKK 2017 Izzat Jazman

Alhamdulillah, Izzat dah berjaya mendapat 7A, 1B di dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi tahun 2017.

Alhamdulillah satu keputusan yang baik kerana anak Eyda tidak masuk ke sekolah KAFA dari tahun 1, jadinya keputusan ini memang agak baik bagi pelajar yang belajar separuh perjalanan.

Pada mulanya memang Eyda tak tahu menahu langsung bahawa keputusan ini akan diumumkan pada 29 Januari 2018 yang lalu. Bila pulang saja ke rumah, Eyda meluangkan sedikit masa untuk melihat Instagram. Dari situ barulah Eyda tahu bahawa keputusan UPKK 2017 telah diumumkan.


CARA MENYEMAK KEPUTUSAN UPKK 

Ada dua cara untuk menyemak keputusan UPKK selain hadir ke sekolah agama anak-anak.

Cara Menyemak Melalui Online

1. Layari laman web http://semakan.islam.gov.my/ dan masukkan No. MYKID / No. Pengenalan Khas.

2. Klik butang Semak dan anda akan mendapat paparan seperti di atas.


Cara Menyemak Melalui SMS

1. Taip UPKK (jarak) No.MYKID / No. Pengenalan Khas dan hantar SMS ke 15888



Mengambil inisiatif yang lain, Eyda cuba semak melalui laman web Semakan Keputusan Peperiksaan UPKK nih. Alhamdulillah Eyda dapat melihat keputusan UPKK 2017 Izzat, cumanya nanti Eyda perlu ke sekolah KAFA anak untuk mengambil keputusan penuh di sekolah KAFA mereka.

Hati memang tak sabar nak tahu keputusan penuh, tapi terpaksa memujuk hati mengambilnya di hari yang lain.

Dengarnya ramai yang mendapat 8A di dalam peperiksaan UPKK 2017 kali ini. Semoga semua anak-anak ini akan berjaya di dalam peperiksaan PPSR/UPSR yang akan datang.



Blog yang Diikuti