52 Weeks Money Challenge

Money Saving Challenge 2018

1/07/2019 04:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap jer masa berlalu, dah seminggu kita berada di tahun 2019.

Macam mana perkembangan perjalanan kehidupan korang sepanjang tahun 2018? Bagi Eyda dan anak-anak Alhamdulillah okay saja walaupun ada juga terselit perkara yang kurang baik.

Macam tahun sebelumnya Eyda dah buka tabung simpanan. Tabung itu bersambungan malah bertambah tabung untuk tahun 2018. Alhamdulillah berjaya juga memenuhkan tabungan tersebut.

Seperti tahun 2017, Eyda sambung lagi tabung 52 Week Money Challenge. Simpanan berdasarkan mingguan iaitu dari nilai RM1 di minggu pertama sehinggalah RM52 untuk minggu terakhir di tahun 2018.

Tapi Eyda tukar skit kaedah simpanan ni kumpul terus untuk sebulan, Eyda ambik nilai yang paling banyak dan paling sikit dan berselang seli untuk bilangan minggu. Jadinya Eyda akan dapat jumlah yang hampir sama setiap minggu. Cuma untuk bulan ke-3, bulan ke-6, bulan ke-9 dan bulan ke-12 akan sedikit banyak daripada bulan yang lain.

Tabung ini untuk menampung perbelanjaan luar jangka di hujung tahun dan juga perbelanjaan berkaitan anak-anak.

52 Week Money Challenge 2018

Jadual simpanan untuk 52 Money Saving Challenge

Tabung oren atau tabung RM20 nih Eyda baru buka untuk simpanan tahun 2018. Tujuan utama untuk persekolahan anak-anak tapi akhirnya Eyda tukarkannya ke tabung gadget dapur dan rumah.

Memandangkan perkiraan Eyda bagi tabung 52 Money Challenge dah memadai untuk anak-anak.

RM52 Money Challenge

Jadual RM20 Money Challenge

Ini tabung terakhir yang Eyda buka untuk tahun 2018. Tujuan tabung ini untuk belanja anak-anak makan sedap-sedap ikut selera anak-anak. Klu ikutkan nak guna masa bercuti, tapi sebab dah berubah perancangan makanya guna untuk penuhi selera anak-anak.

Tabung RM1 sehari

Alhamdulillah semua tabung berjaya dilaksanakan dan juga telah menggunakan hasil simpanan ke tujuan yang diingini.

Untuk barangan gadget dapur dan rumah nanti Eyda kongsikan di entri akan datang ya.

Tabung untuk tahun 2019 kali ini akan ada sedikit perubahan. Harap ianya berjaya sepertimana tahun sebelumnya. In shaa Allah, Aamiin.


52 Weeks Money Challenge

52 Weeks Money Challenge

12/28/2017 09:05:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya. Adakah azam, impian dan kehendak korang tercapai pada tahun ini?

Bagi Eyda ada yang tercapai dan ada sebaliknya. Apapun ada pencapaian yang Eyda tak sangka berjaya lakukan walaupun pernah hampir tewas dipertengahan jalan.


52 WEEKS MONEY CHALLENGE

kredit google

Ini antara pencapaian yang Eyda dapat lakukan pada tahun ini. Alhamdulillah, walaupun ada ketikanya ia dirasakan amat sukar direalisasikan akhirnya Eyda berjaya juga melakukannya.

Blogger Farrah MF pencetus idea untuk Eyda turut sama menyimpan cara ini selain cara duit hijau sebelumnya. Terima kasih Farrah MF ajarkan 52 Week Challenge nih.

Planner 52 Weeks Money Challenge Eyda

Inilah jadual 52 Weeks Money Challenge Eyda. Nampak tak begitu banyak contengan tanda dengan pelbagai warna pen, highlighter dan tidak ketinggalan pensil. Eyda tanda jer dengan apa yang jumpa. Asalkan jadual Eyda bertanda.


CABARAN SEPANJANG 52 WEEKS MONEY CHALLENGE

Tipulah kalau Eyda cakap tak menghadapi kesukaran sepanjang menyimpan selama 52 minggu nih. Cabaran yang paling besar yang Eyda rasakan bila mana menghampiri Hari Raya dan tidak ketinggalan bulan yang panjang tanpa gaji.

Pada ketika itu, adakalanya simpanan Eyda jadi tidak konsisten. Ada minggu yang terlangkau, ada minggu terpaksa ganti balik minggu yang dah tertinggal.

Eyda hampir menyerah kalah di pertengahan tahun dan juga suku terakhir tahun ini. Alhamdulillah, Eyda cuba perlahan-lahan tampung balik simpanan yang terlangkau dan sebagainya.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan semangat nak jayakan 52 Weeks Money Challenge pada tahun 2017 ini akhirnya ia berjaya direalisasikan.

Sebelum ini, dalam 2 tahun lepas Eyda pernah menyimpan duit hijau. Tapi ianya memang tak konsisten dan kurang berjaya bagi pandangan Eyda.

Berjaya juga akhirnya

Cara simpanan Eyda untuk 52 Weeks Money Challenge ini tidak mengikut susunan dari RM1 di minggu pertama hingga ke RM52 di minggu ke-52.

Tapi Eyda mulakan dengan RM52 di minggu pertama diikuti dengan RM1 di minggu kedua dan seterusnya Eyda selang selikan jumlah yang paling banyak dan paling kecil.

Kaedah yang Eyda gunakan ini kurang membebankan diri, kerana secara purata jumlah yang kita simpan setiap bulan hampir sama jumlahnya.

Untuk memudahkan korang menyimpan, lebih baik ianya dibuat mengikut keselesaan masing-masing. Asalkan jumlah 52 minggu tercapai dengan jumlah sepatutnya. SELAMAT MENCUBA!


Blog yang Diikuti