coffee time

Me Time

7/15/2025 01:11:00 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kadang kala dalam hidup ini kita rasa ingin bersendirian daripada orang lain dan pelbagai hal serta perkara. Masa tu juga kita rasa nak ber 'me time'. 

Bagaimana korang 'me time'? Di mana dan ke mana arah tujuan? Sendirian atau bersama rakan-rakan yang sekepala?

Macam Eyda semalam balik ja daripada kerja rasa nak bersendirian layan perasaan sambil minum petang. Memandangkan ada lagi voucher yang belum guna, apa lagi terjah Secret Recipe laa jawabnya.




Tekak rasa nak menikmati sesuatu yang manis, maka carilah 1 potongan kek untuk digabungkan dengan secawan kopi.

Alhamdulillah dapat luangkan sedikit masa layan perasaan menikmati sesuatu yang disukai sehingga masuknya waktu Maghrib bagi mengurangkan tekanan kerja di pejabat.

minum petang

Kopiku Kopimu Jua

5/21/2025 10:45:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hujung minggu biasanya korang suka pelan keluar dengan family atau kawan-kawan atau lebih suka berada di rumah?

Eyda lebih suka berada di rumah sebabnya masa ni laa nak bermalasan dan berehat di rumah setelah penat otak dan minda selama 5 hari bekerja.

Kadang nak pergi pasar pun berkira-kira jugak. Punya malas nak bersiap keluar rumah. Hujung minggu baru ni punya layan malas tu sampai baring ja asyik nak lelap. Rasa nak tidur ja. 


Akhirnya tekak terasa nak minum kopi, nak keluar memang tak laa. Nak order pun malas walaupun hanya dihujung jari. Nampak tak dia punya tahap kemalasan yang tinggi tu.

Otak terus teringat kopi yang pelbagai jenis dalam almari di dapur. Kebetulan hari sebelumnya ada buka kotak susu full cream dalam peti sejuk. Apa lagi dengan semangatnya terus keluarkan cawan baru yang comel dan terus membancuh kopi.

Fuhh dengan cuaca yang sejuk, layan kopi macam beli kat cafe memang layan. Mata terus segar sehingga ke malam. 

rindu menulis

Rindu Menulis

5/20/2025 09:56:00 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ya Allah kekoknya lama tak menulis. Bila dapat buka blog nih (sampai terlupa passoword bagai) baru perasan dah 2 tahun tak jengah blog. Bersawang, semak samun jadinya.



Memandangkan asyik renew ja domain, jadinya kali nih terpaksa tukar domain kembali ke blogspot. Asalkan blog ni masih wujud untuk dijenguk. Rasanya sesekali kena curi masa jugak jengah blog yang tak seberapa nih. Asalkan dapat coretkan memori yang bakal luput di ingatan.

Rindu sebenarnya nak menulis tapi tak tau nak mula dari mana. Tak apa slow-slow cari idea menulis kembali di blog yang sendu nih.

Nanti laa Eyda kumpul cerita lapuk dan baru simpan kat sini untuk tatapan sendiri sebelum ianya hilang dari ingatan.


kredit gambar : google 

Blog yang Diikuti