Perasmian Jambatan Pulau Andaman

2/02/2026 11:22:00 AM

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Lama tak update kat sini. Kita baling belakang sikit. 

Kebelakangan ni ramai orang muat naik status di laman sosial ada lepak dan jogging di jambatan Pulau Andaman.

Untuk makluman, jambatan yang menghubungkan Gurney dan Pulau Andaman telah pun dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang pada 12 Disember 2025 yang lalu.

Jadinya jambatan ini dengan rasminya dibuka kepada orang ramai. Semestinya ada yang nak menjadi orang terawal kemaskini status berada di jambatan ini.

Meh jenguk sikit beberapa gambar semasa perasmian Jambatan Pulau Andaman.


Mercu tanda Pulau Andaman 


Ketua Menteri Pulau Pinang 


Memandangkan kami antara jemputan yang dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan majlis perasmian Jambatan Pulau Andaman.

Apa lagi Eyda pun tak ketinggalan untuk menjadi antara orang yang  terawal dapat jejakkan kaki ke jambatan Pulau Andaman.


Berhenti bergambar sementara menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang menghabiskan acara di atas jambatan Pulau Andaman. 


Jadi laa kan, dapat jalan dari tapak perasmian sehingga atas jambatan Pulau Andaman. Selepas tu kereta jabatan ambil kami ke sales gallery dalam Pulau Andaman untuk acara seterusnya.

Kalau suka jogging tapi nak cari kelainan di Pulau Pinang korang boleh pilih tempat ni. Ianya agak sesuai di jadikan antara trek berlari tanpa kesesakan kenderaan lain. 



coffee time

Me Time

7/15/2025 01:11:00 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kadang kala dalam hidup ini kita rasa ingin bersendirian daripada orang lain dan pelbagai hal serta perkara. Masa tu juga kita rasa nak ber 'me time'. 

Bagaimana korang 'me time'? Di mana dan ke mana arah tujuan? Sendirian atau bersama rakan-rakan yang sekepala?

Macam Eyda semalam balik ja daripada kerja rasa nak bersendirian layan perasaan sambil minum petang. Memandangkan ada lagi voucher yang belum guna, apa lagi terjah Secret Recipe laa jawabnya.




Tekak rasa nak menikmati sesuatu yang manis, maka carilah 1 potongan kek untuk digabungkan dengan secawan kopi.

Alhamdulillah dapat luangkan sedikit masa layan perasaan menikmati sesuatu yang disukai sehingga masuknya waktu Maghrib bagi mengurangkan tekanan kerja di pejabat.

Blog yang Diikuti