September 29, 2016

Resepi Ringkas Daging Masak Merah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama kan tak cerita pasal makan bahkan kongsi resepi.. Hari ini memandangkan Hari Raya Aidiladha baru dua minggu berlalu, Eyda nak berkongsi resepi ringkas dan mudah.

Resepi ini sesuai untuk yang bujang dan tidak mempunyai banyak masa untuk memasak di rumah..


RESEPI MUDAH DAGING MASAK MERAH


Bahan-bahan

500gm daging (dipotong nipis atau kecil)
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
11-13 batang cili kering (dikisar) - ikut citarasa dan tahap kepedasan anda suka
Sedikit air (untuk kisar)
Minyak masak
Garam secukup rasa2 tangkai daun kari (untuk mewangikan masakan)
1 batang serai - diketuk (jika ada)


Cara-cara

1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan cili kering.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi. Biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan daging yang telah dipotong tadi.
4. Setelah kuah telah mendidih, masukkan garam dan serai.
5. Masak sehingga kering atau ikut citarasa anda.
6. Sebelum tutup api, masukkan daun kari.
7. Siap.



Selamat mencuba.. Anak-anak Eyda punya suka hidangan nih, siap ulang beberapa kali masak menu yang sama.. Gambar di atas pun dah tinggal sikit, nasib dapat snap juga.


5 comments:

  1. suka makan nasi goreng daging merah...sedapnyeee

    ReplyDelete
  2. kegemaran saya nih! terliurrrr,...

    ReplyDelete
  3. haaaaaaa
    selalu dok buat ayam masak merah jaaa
    nak kena torai ni he3

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...