August 9, 2016

Menu Super Special Di Original Tok Hery Char Koey Teow


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Baru-baru ini Eyda melayan kehendak tekak anak-anak untuk makan di kedai.

Mulanya plan nak makan di Monrod's Kulim, tapi malangnya pada petang tu ianya ditutup untuk majlis tertutup.. Okey terpaksa ubah plan ke kedai yang lain.

Bila dah pusing sini pusing sana kedai yang nak tuju tutup, akhirnya kami singgah ke Original Tok Hery Char Koey Teow. Lama betul tak singgah. Kunjungan kami kali ini, ada menu baru ya.. Beberapa menu telah ditambah menjadi super special.




Antara menu yang menjadi Super Special ni ialah, Char Koey Teow Super Special dan Maggi Kuah Super Special.


Char Koey Teow Super Special

Maggi Kuah Super Special

Nak tahu apa yang super special hidangan ni? Di dalam hidangan super special ini akan diletakkan seekor ikan, seekor sotong dan 4 ekor udang yang digoreng tepung malah tidak ketinggalan sebiji telur sebagai pelengkap menu super special nih. Memang penuh pinggan dengan lauk pauknya..

Jika anda nak menjamah menu ini, sila pastikan perut anda betul-betul lapar sebabnya memang anda akan kekenyangan selepas menjamah menu ini.


Kalau nak tahu menu lain yang ada di sini boleh terjah entri original tok hery char koey teow kulim



11 comments:

  1. uii..penuh lauk dalam 1 pinggan..hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang penuh, siap minta pinggan kosong nak asingkan lauk tu..

      Delete
  2. Perghhhh! Udang tuuuu... Bersusun je kat pinggan...

    ReplyDelete
  3. kena ajak abe g ni hihihihihi.. time perut kosong la

    ReplyDelete
  4. aish dah makin byk kedai makan best dkt kulim nii

    ReplyDelete
  5. Fuhh puas hati makan mcm ni... bestnya!! :)

    ReplyDelete
  6. eyda tau tak yg aida ni feveret nyer ialah kue teow?
    maggi pun sama la menjadik feveret.
    memang la best kalu dpt gi ni...
    anak2 pun da ngikut aida, fall in love with kue teow :)

    ReplyDelete
  7. sha kureng suka Char kuew teow.. sebab x puas makan.. kikiki..
    Tapi maggi tu mengancam.. udangnya maveles..

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaa eyda !! mengidam lama dh. hehe
    p mkn nanti nk tapau bwk balik

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...