December 10, 2015

BeRKoNgSi TaRiKH LaHiR


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Haa dah baca kan tajuk entry Eyda kali nih.. Menarik tak? Bagi Eyda, ianya agak menarik..



Hari nih Eyda nak citer lebih kepada pengalaman Eyda sepanjang hidup nih.. Yelah, orang kata bukan mudah nak jumpa orang yang berkongsi tarikh, dan bulan lahir yang sama dengan kita..

Tapi berbeza bagi Eyda yang sentiasa dikelilingi sahabat yang berkongsi tarikh lahir yang sama.. Tak percaya ke? Percaya laa.. Bukan seorang tapi ramai.. Majoritinya lelaki..

Eyda hanya menyedari Eyda berkongsi tarikh lahir yang sama ketika Eyda memasuki darjah 6 di sekolah.. Masa tuh kan tahun peperiksaan UPSR, makanya tahu laa tarikh lahir rakan kelas yang lain..

Ketika itu, Eyda perasan ada 2 orang rakan kelas lelaki yang sama tarikh dengan Eyda.. Ehh ada kembar tarikh plak masa tuh..

Kejadian nih tak berhenti di situ, kejadian yang sama Eyda lalui lagi di Tingkatan 3 ketika persiapan menghadapi PMR.. Oppss ada lagi rakan kelas lelaki yang sama tarikh dengan Eyda.. Tapi kali nih seorang sahaja.. Ya dah 3 orang yang berkongsi tarikh lahir dengan Eyda..

Tapi memang best laa masa tuh, ada jugak sahabat yang mempunyai tarikh hadapan yang sama tetapi bulan yang berlainan berturut-turut tarikh dengan Eyda.. Nampak menarik di situ..

Bila dah masuk ke Tingkatan 4, Eyda bertukar ke sekolah teknik.. Masih ada lagi 2 orang yang mempunyai tarikh lahir yang sama dengan Eyda, tetapi dia belajar di kelas yang lain..

Salah seorangnya rakan sekelas di sekolah lama (Tingkatan 1-3) pun bertukar ke sekolah yang sama cuma berlainan kelas.. Seorang lagi perempuan belajar sama kelas dengan rakan kelas Eyda dulu tu..

Akhirnya bila masuk ke politeknik, Eyda dah tak jumpa orang yang sama tarikh lahir dengan Eyda.. Mungkin ada, tapi tak perasan kan.. Cuma yang ada tarikh sebelum dengan tarikh lahir Eyda.. Itupun rakan sekelas dengan Eyda, perempuan..

Bila dah kerja tetap nih Eyda sekali lagi terjumpa orang yang sama tarikh lahir dengan Eyda, tapi bekerja di pejabat yang lain dan umur sedikit muda daripada Eyda.. Yeay jumpa lagi orang yang sama tarikh sekali lagi.. Kali nih lelaki ya..

Bukan itu saja, ada jugak yang pernah bekerja bersama Eyda di pejabat yang sama mempunyai tarikh lahir yang sama.. Tapi umur agak berusia daripada Eyda.. Itulah yang terakhir Eyda jumpa setakat hari ini..

Wah bila direnung kembali, ramai rupanya yang berkongsi tarikh lahir dengan Eyda.. Tak sangka kan Eyda dikelilingi dengan ramai rakan yang mempunyai tarikh lahir yang sama..

Cuma sekarang Eyda belum terjumpa sahabat blogger yang berkongsi tarikh dengan Eyda.. Rasa-rasa ada ke?



10 Jun
 
 
 
 

22 comments:

  1. brapa haribulan tarikh lahir tu eyda?

    ReplyDelete
  2. Fida berkongsi bulan lahir dgn adik dan husband fida..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan tuh ramai jugak dengan member opis.. sebelum nih ada, tapi dah tukar opis daerah lain..

      Delete
  3. X penah lg sm date tp date bturut2 start 16 mei smpai 18 mei adala dgn bff ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak jumpa sama kan.. tapi eyda nih sebab dah ramai sangat kembar tarikh nih, bila tak jumpa tuh rasa macam kureng..

      Delete
  4. Bulan je sama dengan anak sha kak eyda.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Lupa nak cakap kak eyda.. sama date dengan my cousin jugak....

    ReplyDelete
  6. smpai skrg x jumpa lg org yg sama birthday. sadis sungguh. anyone 6 Jan 1994? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6 jan tuh macam pernah jumpa.. kena tengok balik siapa dia.. cuma tahun tuh mungkin tak sama laa..

      Delete
  7. Ada la tu nanti...cari jangan tak cari ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan buat pencarian.. hahaha silap2 boleh buat segmen ke apa nih..

      Delete
  8. ada la tu.. hehehe
    yg nina banyak jumpa blogger lahir bulan 7

    ReplyDelete
  9. tudia bulan june noh kami oktober jauh sikit

    ReplyDelete
  10. opismet aida, ada 3 yg sama tarikh.
    tahun aje lain :)

    ReplyDelete
  11. Assalam eyda,
    haaaaaaaaa
    iols tak pernah lagi jumpa orang yang sama tarikh lahi dengan iols
    sama bulan tu ada laaaaa

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...