November 13, 2015

Review : MONrods Kulim


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Entry yang tersimpan sekian lama.. Maaf laa ambik masa lama plak nak siapkan entry nih..

Lebih kurang hampir 2 bulan yang lepas, Eyda dan anak-anak singgah ke MONrods Kulim.. Itu pun setelah Eyda baca mengenainya kat surat khabar Sinar..

MONrods Kulim

Inilah destinasi kami 2 bulan yang lepas.. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis masakan.. Boleh pilih sama ada nak makan nasi ayam, nasi goreng atau western food.. Ada pelbagai jenis minuman dan pencuci mulut yang sedap..






Jom ushar skit menu yang ada.. Maaf gambar agak kurang memuskan sebab snap guna handphone jer..



Nih blurr trus.. Nanti kalau singgah, Eyda snap lain laa..




Setelah juling mata memilih apa yang nak dimakan.. Inilah yang menjadi pilihan tekak kami pada petang hari tersebut..

Kimie memilih Nasi Ayam Istana.. Eyda ada cuba rasa sedap..

Nasi Ayam Istana


Eyda memilih Nasi Ayam Panggang.. Rasanya tak mengecewakan..


Nasi Ayam Panggang


Izzat pula memilih Nasi Goreng d'MONrods.. Ini pun sedap..

Nasi Goreng d'MONrods

Minuman pula Eyda memilih Sirap Bandung, Izzat memilih Ice Lemon Tea, dan Kimie nak minum Jus Apple..

Minuman kami

Kami makan sampai kenyang.. Nak tau sedap ke tak meh tengok gambar kat bawah nih..

Suka bila nak snap gambar


Kimie kata sedap..
Licin pinggan kami

Sempat melayan view diluar jendela sebelah meja kami.. Makan pun rasa privasi tau..



Bagi Eyda restoran nih tak laa terlalu mahal atau terlalu murah.. Harga kira berpatutan.. Yang pastinya, rasa sedap dan selesa.. Haishh, teringin nak cuba western food plak.. Member cakap best.. Tetiba rasa nak singgah lagi di sini..



22 comments:

  1. husna dah pernah p makan situ.. not bad laa.. tapi saingan banyak sgt sekarang nih.. buktinya kita boleh jumpa yang sama harga tapi kuantitinya banyak dan lebih menarik..

    ReplyDelete
  2. Licin pinggan tu.. sedap lah tu kan !

    ReplyDelete
  3. hari tu g pusing2 kat kulim mmg ada npk monrod ni
    xpa lainkali kami cuba terjah sini

    ReplyDelete
  4. memang sedap tu pingan pon licin jer tu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, kenyangggg! Meal eyda nampak tempting sangat :)

    ReplyDelete
  6. memang best la haaaa satu restoran ada macam2 jenis makan. xde la berebut time sorg nk makan western sorg nk makan nasi kan hihihi

    ReplyDelete
  7. Bila nak ajak #bloggerutaraofficial pi makan kat sini?

    ReplyDelete
  8. blk kg nanti nak jenguk la restoran ni..nampak mcm sedap

    ReplyDelete
  9. Kalau dah licin tu.. mesti sedap kan.. hehehe

    ReplyDelete
  10. wow terbaik la. abis licin.
    da terbukti sedap :)

    ReplyDelete
  11. yg duk kulim tak sampai lagi ni adess

    ReplyDelete
  12. nama kedai tu menarik.. konsep pun best =)

    ReplyDelete
  13. Dok lalu situ byk Kali tp x penah singgah

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...