November 9, 2015

Bahaya Jemur Pakaian Di Dalam Rumah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Siapa pernah jemur pakaian dalam rumah? Baik mengaku cepat..




http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=&url=http%3A%2F%2Fsukses-desain.blogspot.com%2Fp%2Fcara.html&psig=AFQjCNHG0qnTAUTAQ-7FOZlEa-LttVNDPw&ust=1446776066597893
sumber

Eyda rasa ramai di kalangan ibu, isteri dan sesiapa sahaja pernah sidai baju di dalam rumah.. Bahkan Eyda sendiri sidai baju di dalam rumah..

Yelah, dah siang kerja, Malam baru nak basuh baju bagai, mana lagi nak sidai kalau bukan dalam rumah kan..

Tapi tahukah kita bahawa ada keburukan di sebaliknya.. Jom kita baca 5 bahaya menjemur pakaian di dalam rumah..


1 Boleh Jadi Kanser

Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

2 Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

3 Beracun

Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.

4 Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

5 Lemahkan sistem ketahanan tubuh

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain. Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.





Sumber Anyys dan page FB Resepi Sheila Rusly

16 comments:

  1. SS memang jemur kain kat dalam umah.... Kalu kat luar pon sama je.. Sah2 habuk jalan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan habuk jalan lagi laa.. huhuhu..

      Delete
  2. akak pun jemur kain dalam rumah..... cz kat umah akak ada tempat extend kat ruang dapur tuk jemur kain...

    ReplyDelete
  3. setuju sangat2 dgn no 5 tu!!! sbb.........

    ReplyDelete
  4. Fida jemur dekat bilik kecik jer..kat luar memang tak sidai..dah pernah kene curi..maklumlah umah apartment kan..

    ReplyDelete
  5. memang kena jemur dalam rumah T_T takde halaman nak sidai kat luar - rumah flat.

    ReplyDelete
  6. x tahu pulak pelembut kain kalau hidu lama² bleh jadi kanser, huhu

    ReplyDelete
  7. Dulu zaman study jemur kat dalam la sebab tak cukup ampai..

    Suka kat luar lagi sebab kena cahaya matahari.. time kutip, rasa macam baru leas iron.. ngeh2

    ReplyDelete
  8. Sha selalu jemur dalam rumah bila nak balik bercuti ke kg.. X suka tinggal pakaian kotor.. Tapi sha x guna pelembap.. Xsuka.. Pastu memang selalu bukakan sikit pintu sliding supaya angin dapat keluar masuk.. Bahaya gak ke kak eyda??

    ReplyDelete
  9. saya dok rumah sewa ni mmg sidai dlm rumah ja... bahaya sidai kat luar..

    ReplyDelete
  10. Dulu duduk rumah sewa lama memang jemur baju dalam rumah. Bukak kipas laju-laju. Tapi yang tak bestnya udara jadi terkuap. Tak best. Rupanya ada banyak lagi keburukan dia. Nasib pindah rumah sewa baru ada penyidai baju kat luar.

    ReplyDelete
  11. jemur dalam rumah tapi kat tempat yang orang x dak.. dalam bilik ka.. ruang atas ka..
    sebab kalo hujan adus memang tergendala la..

    ReplyDelete
  12. ekin jemur dalam dumoh pakaian dalam hihihi.. pakaian yg besar jemur jah

    ReplyDelete
  13. hantar dobi je hujan-hujan ni hehehe

    ReplyDelete
  14. alololo aida ada terbaca gaks pasal ni, eyda.
    hadoi... selalu gak jemur dlm umah.
    hmmmm sebab kekadang hujan kan.
    maklum la keje jauh.
    mana sempat nak angkat baju, eyda...

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...