October 4, 2015

Sekolah Ditutup 2 Hari Kerana Jerebu


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jerebu makin teruk, sekolah diarahkan tutup selama dua hari mulai esok dan lusa..


SUMBER


Pengumuman:

Semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) kecuali sekolah-sekolah di negeri Kelantan, Sarawak dan Sabah. Sesi persekolahan petang bagi Kedah, Terengganu dan Johor pada hari ini, 4 Oktober 2015 ( Ahad ) turut perlu ditutup. Guru dan murid tidak perlu hadir ke sekolah.

2. Sekolah-sekolah terbabit TIDAK PERLU menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini.

3. PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu.






28 comments:

  1. assalamualaikum eyda
    aduhh kesian nya mmg teruk sngt jerebu sampai sekolah tutup tu
    semoga allah hilangkan lah jerebu tu dari bumi tanahair ku lepas ni
    take care eyda jgn banyak buat aktiviti luar noo

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak noor.. tapi tu laa ada jugak program luar nih.. harap cuaca makin ok.. alhamdulillah pagi nih ada ujan skit..

      Delete
  2. Best la bebudak cuti sekolah lagi...
    bebudak d negeri kelantan kena sekolah juga..
    Sedihnya....

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya budak2 laa seronok boleh bercuti..

      Delete
  3. seronoklah bebudak sekolah dan cikgu cikgi.. dulu time sekolah pun dok tunggu yang macam ni jugak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Zaf.. cuti laa paling syok bagi budak sekolah..

      Delete
  4. tu ler..nasib baik taska Alysa & Danish tetap buka..kalau tak mesti dengan akak2 sekali cuti..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib kan murni, kalau tak tumpang sekaki laa cuti..

      Delete
  5. kenapa tak tutup satu Malaysia jer..kan adil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ikut kawasan yang agak truk ja kot.. ntah laa, yang pastinya orang bekerja tetap kena kerja..

      Delete
  6. Bagus budak-budak cuti....orang dewasa yang kena kerja pun kurang sikit stress...jalan lengang dan tak risau kesihatan anak2 di sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul rasa cepat jer sampai opis..

      Delete
  7. Ala, napa kita x cuti jugak...hukhukhuk...nk jadi budak sekolah la macam ni..hehehe

    Semoga negara kita pulih seprti sediakala....minta2 jerebu ni x lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak boleh horey macam budak sekolah kan.. Eyda kalau cuti, lagi bertambah laa keja atas meja nih..

      Delete
    2. Samala kita Kak Eyda...xpenah surut...membukit je ari2...hahaha

      Delete
  8. kenapa skolah je eh cuti. kami u pun exam masih diteruskan. hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu kena Tanya kementerian laa..

      Delete
  9. Perlis dah mula hujan tadi, moga reda la jerebu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini pun hujan jugak.. tapi jerebu tak menampakkan pengurangan pun..

      Delete
  10. alhamdulillah :)
    tapi sok anak2 da skola.
    masih jerebu lagi sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah laa kan.. tapi tu laa jerebu tak nampak kurang, walaupun kat sini hujan tadi..

      Delete
  11. anak saudara ekim bersorak cuti 2 hari.siap ckp nape x cuti seminggu terus hahaha

    ReplyDelete
  12. cikgu2 tompang bahagia sekolah coti..

    ReplyDelete
  13. Stress betul bila bukan sahaja sekolah tutup tapi transit pun sama... jenuh fikir mana nak anta anak..

    ReplyDelete
  14. Kasihan rakyat Msia jadi mangsa..waktu sis JM ke surabaya dan Yogja 2 minggu lepas langit biru berawan....x de jerebu langsung...blk msia je...susah nak cari awan biru sob sob sob

    ReplyDelete
  15. Masa ni jerebu memang teruk kat Johor... SS pon keluar kena pakai mask...

    ReplyDelete
  16. Minggu ni makin teruk jerebu kan. Kesin budak2 nak periksa akhir tahun banyak yang kena tangguh.

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...