March 9, 2015

Review : Trend Tudung Online Terkini


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada sesiapa minat fesyen di sini? Mesti ada kan, yelah wanita kan tak lari daripada mementingkan penampilan yang cantik bukan sahaja dari segi pakaian malahan tudung pun menjadi keutamaan..

Tahukah anda bahawa fesyen bukan sahaja tertumpu pada pakaian malahan tudung pun mempunyai fesyennya yang tersendiri.. Anda boleh lihat pelbagai fesyen tudung terkini di mana saja tak kiralah di sekeliling anda mahu pun di alam maya.. 







Tanpa kita sedari, fesyen Muslimah kini telah menjadi pilihan wanita masa kini malah perkembangannya memang cukup positif sehingga menjadi trend terkini Muslimah di Malaysia..

Pelbagai fesyen telah dicipta bagi mempelbagaikan lagi cara pemakaian tudung malah ianya sedikit sebanyak telah menarik lebih ramai wanita untuk bertudung..

Tahukah anda bahawa pencinta fesyen pakaian Muslimah juga dikenali sebagai hijabista? Selain itu, rancangan berbentuk hijabista yang memaparkan fesyen pakaian Muslimah ini juga ada ditayangkan di televisyen..

Trend terkini dalam pemakaian tudung oleh artis popular juga telah mencetuskan fenomena seperti Dato Siti Nurhaliza, Datin Norjuma, Yuna, Shila Amzah dan terbaru Neelofa..








Sehingga kini semakin banyak pilihan rekaan, koleksi, warna, corak dan material yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dengan diri si pengguna itu sendiri.. Malah ianya makin mudah diperolehi tidak kira di butik, kedai, dan secara online..

Anda juga boleh singgah ke Fesyen Tudung Online untuk melihat pelbagai trend terkini yang ada di sana.. Mungkin ada tudung yang berkenan di hati kan..

Bagi yang baru berjinak dalam pemakaian tudung atau yang ingin menggayakan mengikut gaya yang terkini, anda boleh mendapatkan tutorial menggayakan tudung melalui internet atau Youtube yang memaparkan cara pemakaian tudung mengikut fesyen yang anda ingini..

Anda tiada idea untuk menggayakan tudung ke pejabat atau jamuan makan? Di sini ada padanan yang boleh anda gunakan..





Okey, semoga ianya memberikan anda inspirasi dalam mempelbagaikan lagi pemakaian tudung anda.. Tak salah kan sesekali mengubah fesyen tudung anda, sekurang-kurangnya ia menampakkan kelainan dalam penampilan anda.. Tak percaya? Cubalah..




22 comments:

  1. Mix-and-match wardrobe, Gorjesss:)
    Zalora banyak shawl & tudung cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh laa tengok jugak.. rambang mata bila bukak kat Zalora tuh..

      Delete
  2. Macam2 fesyen ada la ni.. mula2 shawl hantajima lah.. pastu datang pulak
    instant shawl.. and banyak laaagiii...ahhaa. neelofa.. :D
    apa2 pun janji apa yg kita pilih untuk pakai tu selesa dan mengikut syariah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tuh shad.. tak kisah laa apa bentuk fesyen yang kita selesa asalkan menutup aurat dan mengikut syariat..

      Delete
    2. yep betul.. tho CT jual juga shawl online kecil2an..
      tapi mmg kena titip beratkan soal material..
      kalau jarang pun xleh gak.. nanti org pakai nampak leher kita gak nak kena jawab..
      pi jual tudung cemtu..

      Delete
  3. salam kenal. singgah sini terus follow. jom tukar link, kalu sudi meh terjah ngumah saya gak.. maseh..

    ReplyDelete
  4. buat masa ni masih setia dengan OBLONG

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah.. suka juga yang style oblong tu..
      janji panjang. kalo pendek mmg kena jeling ngan mak nanti..

      Delete
  5. Replies
    1. huhuhu tak lepas syarat nak join..

      Delete
  6. Tapi sayang,
    Harga yang Zalora jual agak berbeza dengan owner yang jual.Contohnya macam Hijab Emma Maembong..
    http://afidahazmi88.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ka.. tak pernah survey pun.. mungkin tak masuk dalam pilihan agaknya..

      Delete
  7. betul..macam-macam fesyen ada..cuma kita kena berani menggayakannya..yang penting selesa pakai kan.. :)

    ReplyDelete
  8. skrang shawl pun ada yang instant.. sarung saja nampak cem terlilit cantik dah..
    senang kerja.. tapi CT kena lilit jugak.. kenot beli yang instant..

    konsep kena betul gak.. pakai tudung nak cover aurat.. bukan sebab nak melawa.. ehehe
    melawa tu point kedua.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh CT.. semua nih memudahkan kita untuk memakainya.. apapun kita kena laa menutup aurat.. bukan nak melawa semata2..

      Delete
  9. Cantik cantik! Rambang mata klu nak memilih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan boleh rambang mata bila memilih..

      Delete
  10. cantik tudung2 tu
    kbyakkn tudung y ayu beli mmg dr on9 je

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...