March 4, 2015

PenGeMBaRaaN Ke KiDZaNia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Eyda dah hutang satu entry kan dengan korang semua.. Apa, dah lupa? Meh Eyda nak ingatkan entry pasal pengembaraan kami ke Kidzania baru-baru nih.. Amboi tajuk tak boleh tahan kan.. Hehehe..

Storynya begini, Eyda ada join satu Giveaway yang menawarkan dua tiket ke Kidzania.. Alhamdulillah Eyda menang dalam GA tersebut..

Terima kasih Mommy Irra kerana menganjurkan GA tiket Kidzania by irrayyan.com.. Ini keputusan GA tersebut.. Dengan memenangi GA tersebut Eyda telah berjaya membawa anak-anak Eyda ke Kidzania..

Okey berbalik perjalanan kami ke Kidzania.. Tiket yang Eyda menang valid sehingga 28 Februari 2015 sahaja.. Tapi Eyda belum sempat membawa anak-anak ke Kidzania.. Anak-anak dah tanya, akhirnya pada 27 Februari 2015 Eyda berjaya juga membawa anak-anak ke sana..

Pada 26 Februari 2015, Eyda belum mendapatkan sebarang tiket bas untuk ke Kuala Lumpur.. Petangnya selepas pulang dari pejabat, Eyda pergi ke stesen bas untuk mendapatkan tiket bas untuk Eyda, Izzat dan Kimie ke Kuala Lumpur..

Alhamdulillah Eyda dapat tiket bas lewat malam.. Bas yang Eyda ambil bertolak jam 12.00 malam.. Tapi lebih kurang jam 12.30 malam baru bas bertolak dari stesen bas Butterworth..

Kami tiba di stesen bas Pudu sekitar jam 6 pagi.. Apa lagi kami terjah toilet yang ada dekat stesen bas Pudu untuk membersihkan diri.. Setelah selesai semuanya, kami berjalan ke stesen LRT yang berada berhampiran..

Setelah bertanya pegawai yang jaga kaunter LRT, Eyda beli tiket dari Pudu ke stesen Kelana Jaya.. Okey nih first time anak-anak Eyda naik LRT dan Komuter okey.. Nasib mereka okey jer sepanjang perjalanan.. Sesampainya di stesen Kelana Jaya, Eyda ke stesen bas berhampiran..

Setelah bertanya kat kaunter RapidKL, Eyda mengambil keputusan nak naik bas jer ke Kidzania.. Apa lagi menunggu laa kami bas yang dinantikan.. Bas yang harus kami naik bernombor U89..

Setelah menanti hampir 30 minit, bas yang dinantikan tiba untuk membawa kami ke tempat yang ingin ditujui.. Kami trun dari bas sekitar jam 8.00 pagi.. Apa lagi, kena menapak laa ke Kidzania..

Anak-anak memang seronok dan teruja sesangat.. Memandangkan kami sampai agak awal, apa lagi bersarapan di tempat yang terdekat.. McD jer yang Eyda nampak masa tuh.. Apapun tak kisah laa, asalkan tak kena menapak lagi..


Akhirnya sampai jugak

Muka gembira dah sebab dah sampai..


Sekitar jam 9.30 pagi kami masuk ke Kidzania.. Tapi kaunter tiket belum dibuka untuk pembelian.. Okey terpaksa menunggu sehingga jam 9.45 pagi.. Selepas settle semua urusan, apa lagi masa untuk anak-anak bergembira di dalam Kidzania..

Eyda sarankan korang beli tiket secara online jer sebab banyak boleh berjimat di sana.. Boleh tengok perbezaan harga tiket antara beli secara walk in atau online Entrance Fee..

Untuk pembelian tiket secara online meh klik Online Ticketing Kidzania.. Banyak penjimatannya, potongan sehingga 20% jika beli secara online.. Tiket untuk kanak-kanak dari umur 4 tahun - 17 tahun hanya RM67.50 dan dewasa (18 tahun - 59 tahun) RM34.20..

Jom ushar sebahagian gambar yang ada semasa kami disana..

Posng dulu dah awal sangat kan..

Tak ketinggalan nak posing jugak..

Rasa macam nak check in masuk flight kat sini..


Senarai harga tiket dan syarat-syaratnya..

Waktu untuk masuk.. Hari biasa hanya ada satu sesi.. Untuk hari minggu Ahad dibuka sebanyak dua sesi termasuk hari cuti sekolah..

 
Pintu masuk ke Kidzania.. Rasa macam masuk satu bandar lain.. Bandar  kanak-kanak..


Jom tengok map bahagian bawah Kidzania nih..

Ni plak bahagian atas.. banyak kan pilihan tempat main..

Mula-mula kena tukarkan cek yang diterima kepada matawang KidZos.. Okey masing-masing dapat 50 kidZos..


Belum boleh main lagi.. berlegar laa korang ya..

Tempat pertama yang menjadi pilihan.. Pusat pameran Honda..

Izzat dapat lesen memandu di Kidzania kerana ketinggian melebihi 130cm..

Hasil rekaan kedua-duanya.. Kimie cakap Izzat tiru dia..

Okey masa ni Kimie dah mula merajuk, bila Izzat boleh dapat lesen kereta dan dia sebaliknya.. Jenuh jugak Eyda pujuk, yelah baru masuk takkan nak keluar plak..

Okey jadi technician TNB plak..

Jom mula bekerja.. Kena panjat tiang tukar fius..
 
Sukanya Izzat boleh main kereta nih.. Hanya yang dpat lesen ja yang boleh memandu di sini..

Dah abis merajuk, buat sushi plak.. Kat sini kena bayar guna duit kidZos.. Tapi hasilnya boleh makan sushi buatan sendiri tuh..

Ingatkan buat sandwish jer kat sini.. Rupanya diaorang ajar buat muffin.. Lepas tu dapat buku mini resepi.. Lupa Eyda nak snap..

Semua yang daftar masuk ke Kidzania akan dipakaikan gelang nih.. Untuk budak-budak diaorang akan scan setiap kali masuk ke mana-mana tempat.. Gambar akan ada orang yang ambil.. Jadi sebelum balik boleh beli gambar-gambar diaorang semasa main kat sini kalau nak..

Beratur nak jadi pilot..

Kat sini ja yang boleh snap pun..

Air Asia gitu.. Diaorang dapat laa bawak kapal terbang secara simulator..

Tukar profesion plak, jadi ahli bomba.. Dapat naik trak bomba kecil lagi.. Yang ni ramai budak-budak main..

Ada penerangan skit tentang tugas mereka..

Ini nak macam menyiasat skit laa.. Eyda pun tak perasan apa sebenarnya bidang tugas sebenarnya..

Jom minum vitagen.. Diaorang diajar cara buat dan lastly dapat minum laa air vitagen sorang satu..

Meh kita buatkan sabun Lefebouy..

Antara lain yang ada disini..

Meh buat ubat-ubatan.. Jadi ahli farmasi plak..

Jom repair Air Conditioning System..

Lastly Kimie buat aiskrim nih..

Lepas buat boleh makan tau..

Memandangkan Izzat ada lesen kereta.. Ibu bagi laa lesen kapal terbang nih.. Kalau tak nanti merajuk susah plak ibu nak pujuk..


Sebenarnya banyak lagi yang boleh buat kat sini.. Tapi masa macam tak cukup jer.. Ada plak yang diorang main beberapa kali.. Suka sangat laa tu.. Anak-anak cakap best, siap planning nak pergi lagi.. Huhuhu.. Kalau nak pergi lagi kena beli tiket secara online laa..

Kami keluar dari Kidzania sekitar jam 4.00 petang.. Apa lagi, kena mula menapak ke tempat menunggu bas.. Penat jugak laa kerana lokasi menunggu bas lebih jauh dari tempat kami turun di paginya..

Anak-anak memang nampak kepenatannya.. Menunggu sekitar 15-30minit, bas yang dinantikan tiba.. Eyda terus naik bas ke Kelana Jaya tempat kami datang pada paginya..

Selepas itu, naik Komuter dan LRT seperti sebelumnya.. Sesampainya kami di Pudu sekitar jam 6.15 petang, Eyda terus dapatkan tiket pulang ke Butterworth.. Alhamdulillah Eyda dapat tiket bas 8.30 malam.. Maknanya Eyda perlu menunggu hampir 2 jam sebelum naik bas pulang ke Butterworth..

Anak-anak siap makan dulu sebelum naik bas.. Bayangkan masa anak-anak naik bas dari Mutiara Damansara ke Kelana Jaya sampai terlena mereka berdua tuh.. Memang penat sangat laa tuh..

Kami selamat sampai ke stesen bas Butterworth sekitar jam 1.30 pagi.. Penat kan? Memang penat laa, baliknya mandi dan bersihkan diri, terus pengsan sehingga esok pagi..

Apapun Eyda memang tak sangka laa dapat mengembara bersama anak-anak ke Kuala Lumpur dengan hanya menaiki kenderaan awam.. Alhamdulillah Eyda berjaya dengan anak-anak..




35 comments:

  1. Wahhhh....hebat betul mama eyda ni...seronok tengok anak-anak eyda happy kat kidZania..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila anak2 seronok, kita sebagai ibu nih lagilah seronok.. apapun thanks untuk hadiah tiket tuh.. kalau tak, tak sampai lagi laa ke sini..

      Delete
  2. Anak sedara SS pon pernah ke kidZania tu... Memang best kan tmpt tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 laa best, mak budak boleh tengok jelah.. kalau boleh tumpang sekaki main, baru best.. hehehe..

      Delete
    2. Betul2,.. Mak budak tgk dr jauh le gamaknya :)

      Delete
    3. mak budak boleh tengok dari luar cermin tuh jelah..budak2 ja boleh masuk..

      Delete
  3. Replies
    1. best untuk kanak-kanak.. macam bandar diaorang sendiri kat sini.. anak2 siap pasang angan2 nak datang lagi nanti..

      Delete
  4. wow hebat2..... Tunggu ZZ besaq sket baru boleh bwk dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup bagi diaorang besar skit, dan paham baru best bawak ke tempat macam nih.. baru diaorang excited nak cuba macam-macam..

      Delete
  5. amboi..seronoknya bila dapat mengembara ke sana ya eyda..anak2 pasti happy sangat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang diaorang happy sesangat wana..

      Delete
  6. Wah,bestnya..IbuNoey pun ada join GA tu.tapi xde rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak sangka nak menang, tapi rezeki untuk anak2 laa tuh.. dapat jugak mereka merasa sampai ke kidZania tuh..

      Delete
  7. Bestnya Kidzania. Hepi sangat tengok budak-budak main kat dalam tu, rasa macam nak join sekaki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kalau laa boleh menyamar jadi bebudak kejap.. abis laa budak2 tak dapat main sebab berebut ngn orang dewasa.. hehehe..

      Delete
  8. btl2 berjln kak eyda ni...
    tula da agk da ni kt dmnsara tu kan
    dekat dgn ikea sume tu..
    xrojer2 pon nk mai sini tauu
    pape pon kne tggu firash besar la nk g sane
    nnt tiket dah brpe tah kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang betul2 berjalan.. plan last minute, tak de no phone nak roger.. huhuhu..

      Delete
  9. Bestnyer....teringin nak bawak anak-anak ke kidzania.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tau Yan.. boleh laa nanti plan bawak anak2.. mesti diaorang excited.. nak jadi tukang mekap ngan barang kemas pun ada.. sesuai laa untuk anak pompuan..

      Delete
  10. waaaahhhh da dapat lesen kereta da boleh drive laa pas ni ya ;-)

    kira hampir sehari laa ye berada kat KL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe boleh drive dalam kidZania jer.. yup sehari di KL..

      Delete
  11. Alhamdulillah, perjalanan pergii balik eyda dan anak2 lancar. Mesti penat betul tu,...tapi berbaloi kan,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. penat tu memang penat, tapi memang berbaloi laa..

      Delete
  12. wahh bestnya dapat bw anak2 main kat situ... kalau kak jenuh nak byr harga tiket... untung sue dpt free....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki budak2 kak.. kalau tak ntah bila nak bawak anak2.. memang budak2 suka sangat main kat sini..

      Delete
  13. shad mati-mati ingat tempat shopping baju kanak2 tadi... hehehe..
    upenya tempat mainan ya.. hehe.. nampak tak ketinggalannya shad ni.. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tak pe shad dah tak ketinggalan lepas baca entry akak nih..

      Delete
  14. seronoknya tengok diorang happy main dekat sana kan. dah la dapat macam2 ilmu...

    kalau shad ingat tempat shopping baju, saya ingatkan kedai ais krim.. patutlah jauh benar kak eyda sanggup pergi.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya.. anak2 nak pegi kan, akak sebagai ibu mestilah cuba sedaya upaya bawa mereka ke sana..

      Delete
  15. tudiaaa naik bus dari butterworth.. Kak Eyda duduk penang ke ? area mana ? hehehe..
    bestlah bebudak tu kan dapat pergi. tingin nak masuk kidzania tapi tanak bawak anak2 buah boleh ? ahaha macik dia aje yang nak masuk. bagus tiket free.. kalo dak boleh tahan jugak en harga dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak duduk area kepala batas.. nanti kalau CT ada sini, boleh laa roger.. boleh masuk tengok jelah.. hanya budak2 sekolah jer yang boleh main.. tu laa tengok harga pun boleh pengsan..

      Delete
  16. sis JM baru tgk harga dah rasa nk pitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pa sis JM.. bukan kata pitam, boleh pengsan ooo..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...