March 22, 2015

Hari Air Sedunia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Tahukah korang hari ini merupakan Hari Air Sedunia? Kalau korang tak tahu meh baca apa yang Eyda dapat melalui Wikipedia nih..

 


Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun setelah pengisytiharan dilakukan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada tahun 1993. Ketika hari tersebut, negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melaksanakan rancangan yang dipersetujui dan menggalakkan aktiviti berkaitan sumber air dunia.



Logo Hari Air Sedunia Tahun 20115


Sumber dari Majalah Kuntum bulan Mac 2015


Fakta Menarik 

* Lebih daripada 3.4 juta orang mati setiap ahun disebabkan perkara berkaitan air, sanitasi dan kebersihan. Hampir semua kematian tersebut iaitu 99 peratus. berlaku di negara-negara membangun.

* Sebanyak 780 juta orang kekurangan akses kepada sumber air yang ditambah baik kira-kira satu dalam setiap sembilan orang.

* Kurangnya akses kepada air bersih dan sanitasi meragut nyawa kanak-kanak pada kadar yang bersamaan dengan sebuah jet jumbo yang terhempas setiap empat jam.

* Daripada jumlah 60 juta penduduk yang bertambah di bandara dan bandar raya dunia setiap tahun, kebanyakannya akan berpindah ke penempatan tidak formal yang tiadak kemudahan sanitasi.

* Dianggarkan lebih daripada 152 juta jam masa wanita dan kanak-kanak perempuan digunakan untuk keperluan paling asas manusia - mengambil air untuk kegunaan domestik.



Tip Jimat Air

Kita semua perlu memikirkan semula cara kita menggunakan air setiap hari. Dengan mengikuti tip-tip menjimatkan air di dalam rumah, anda boleh membantu menjimatkan air setiap hari.

* Kurangkan masa mandi daripada 10 minit kepada 5 minit. Tahukah anda, air dapat dijimatkan anggaran dalam kadar 48 liter dengan pancuran mandian bertekanan rendah. Memang menjimatkan.

* Tutup papip air semasa mencuci rambut anda dan dapat menjimatkan sehingga 600 liter air sebulan.. Wah banyak betul kan?

* Tutuplah paip air semasa anda menggosok / menyabun tangan.

* Mandi air pancurn dan bukannya mandian rendam.. Tab mandi boleh menggunakan sehingga 280 liter air.. Ini memang betul-betul pembaziran.

* Ambil air yang anda gunakan semasa membilas buah-buahan dan sayur-sayuran dan gunakannya untuk mengairi tanaman di rumah.





29 comments:

  1. Selamat Hari Air pun ada ya... baru taw la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada.. macam2 sambutan ada.. antara kita tau atau tak jer..

      Delete
    2. Tu la.. kin ni kes sbb laptop kat srbulan dlm wad tu tak update pasal sambutan ni... nk ambik takut mahal pulak kena caj duit nk guna balik kelantan bulan 4 ni

      Delete
    3. Selagi boleh selamat... Semua pon nak selamat...

      Delete
  2. Nampak posting ni... Dan2 tu SS baru nak pegi mandi... He He He..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandi dua gayung je SS. Jimat air!

      Delete
    2. alaa mandi ikut cara p.ramlee lagi jimat air.. hehehe..

      Delete
    3. Jam 10 pg nk g mandi...ish..sih...ce cam JM ni jam 1ptg baru mandi

      Delete
  3. harini ke? baru je kena caj bil air smpai rm400. huhu..
    btw. selamat hari air. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyaknya bil air.. biar betul? kalau bil elektrik percaya jugak..

      Delete
  4. kat bangi selalu takda air,lagi2 ukm,kesian student..huhu..baru tahu arini hari air...nice tips kak,lepas ni mndi kena kurangkan masa and guna air semburan...kan lebih baik berjimat..hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim panas memang akan ada masalah catu air dan sebagainya.. sabar jelah wanie, apa nak buat..

      Delete
  5. tak sangka pulak ada jugak hari air sedunia ni kan..huhuhu
    Jom semua jimatkan air....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangka laa.. ada hari air sedunia nih.. hehehe..

      Delete
  6. Replies
    1. sekarang dah tau kan CikLily Putih..

      Delete
  7. Memang kena amalkan tips penjimatan air ni kat rumah. Kalau tak mencurah-curah je air tu terbazir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh kak Farrah.. kena plak musim panas, silap2 nanti kena catuan air..

      Delete
    2. Bil air SS setiap bulan 7 hengget aje... He he he...

      Delete
  8. Baru tau tentang hari air sedunia ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka ramai tak tau hari air sedunia ni ya.. akak tau, cuma tak ingat bila jer..

      Delete
  9. Replies
    1. itulah, jadi marilah kita menghargai air..

      Delete
  10. air pun ada hari raya.
    sedih bila cakap pasal air. habis baju putih anak-anak saya kena air karat

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...