March 20, 2015

BuKu PaNDuaN HaRGa PenGGuNa - GST


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Kecoh alkisah GST nih kan.. Eyda pun baru nih ada ke Petronas, tengok ada buku panduan pengguna berkenaan GST nih kat kaunter diaorang.. Apa lagi Eyda ambil laa satu.. Nak tau jugak laa kan apa alkisah GST nih.. Lagipun ianya diberi secara percuma jer..

Eyda cuba snap, tapi tak berapa ok, jadinya Eyda print screen jer dari web KPDNKK.. Atau pun korang boleh jer berkunjung ke Ebook KPDNKK..

Kat sini ada pelbagai lagi buku yang korang boleh lihat dan baca selain buku Panduan Harga Pengguna berkaitan GST nih.. Yang Eyda kongsi panduan harga nih pun untuk Zon Utara laa.. Ada lagi zon-zon yang lain di dalam laman web tersebut..


Inilah rupanya buku panduan harga pengguna edisi Utara




Apa yang Eyda tengok banyak juga barang yang naik harga, contoh macam lingkaran ubat nyamuk, spray ubat nyamuk, sardin, megi, susu selain dari susu bayi, milo, horlick, minyak masak selain minyak sawit, mentega kacang, kicap, sos ngan ada beberapa barang lagi..

Eyda nampak akan ada peningkatan perbelanjaan bulan depan.. Dah sekarang pun terasa dengan peningkatan harga barang, selepas GST Eyda tak tau laa macam mana keadaannya..

Sekarang pun dah mula berkira-kira nak kumpul stok barang yang bakal naik harga selepas GST dulu.. Eyda yang bekerja tetap pun terasa dengan peningkatan nih, kalau yang bekerja tak tetap bagaimana laa keadaan mereka..

Apapun semoga perkongsian Eyda nih kita dapat bersedia menghadapi GST yang bakal kita hadap tak lama lagi.. Menghitung hari laa kita.. Tadi isi minyak kereta pun ada item untuk GST.. Minyak kereta bakal mahal lagi ke selepas GST nih? Sama-sama kita nantikan.. Huhuhu..





42 comments:

  1. Replies
    1. tu laa time ambik hari tu tak ingat nak ambik lebih2..

      Delete
  2. Apalah nasib kita mula 1 April nanti. Skrg pun dah terasa barang mahal,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukurlah cincalok tak kena GST...

      Delete
    2. betul tuh kak Farrah.. memang terasa betul.. ehh SS makan ke cincalok?

      Delete
    3. Jangan risau.. Budu pon tak de GST.... He He He...

      Delete
    4. Budu tuh memang sedap dimakan.. tetiba..hehehe..

      Delete
    5. Cincaluk, budu lepas GST....tempoyak SS?

      Delete
    6. abis laa semua kalau cincalok, budu dan tempoyak pun kena GST.. hehehe..

      Delete
    7. Yeah budu my febret tapi kena berpantang en resdung aktif loni

      Delete
    8. Tempoyak buat sendiri... Orang lain nak makan sesudu je... Kenakan GST...

      Delete
  3. Assalm.. singgah BW sini.. Done follow
    salam kenal sis..
    Haraplah pas dah tubuh GST ni kemudahan semakin baik.. dah kena hadap brg mahal, harap dapat tampung ke kemudahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm.. thanks sudi follow ya.. itulah harap peningkatan harga nih berpatutan dengan perkhidmatan yang diterima..

      Delete
  4. Replies
    1. kalau belacan kena GST, tak yah laa makan belacan.. huhuhu..

      Delete
    2. Bolehlah ctrl diet dengan lebih berkesan lepas ni. Awal pagi breakfast biskut kering..jommmm...

      Delete
    3. sedihnya nak makan biskut kering jer ke Shikin?

      Delete
    4. biskut kering cicah kopi sedapppp :)

      Delete
    5. haa biskut kering cicah kopi memang sedap.. balik keja selalu buat.. hehehe..

      Delete
  5. Tula..kata pengangkutan awam tak ada GST tapi tengok sekarang naik harga melampau.
    Ingatkan bila naik pengankutan awam akan jimat tapi tidak..
    Sana sini naik harga..Termasuk company kitew ni.Dah sibuk naikkan harga barang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tetiba ja naik tambang perkhidmatan awam.. terasa tuh.. ya ka, company apa tuh?

      Delete
    2. Ooppss..
      Ala jual barang perhisan rumah..macam comforter/Langsir/Bantal tu

      Delete
    3. ohh jadinya Afidah boleh dapat harga diskaun laa dah keja kat situ..

      Delete
  6. kena dapatkan la buku tu...nak tahu jugak details pasal gst...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari satu Wanie.. akak pun hari tu ja tengok kat Petronas.. nih tak nampak kat mana2 dah pun..

      Delete
    2. yekee..tulahh..mmg nak tahu,nak buat persediaan..huhu

      Delete
    3. bukak jer ebook KPDNKK tuh wanie.. ada untuk semua zon kawasan..

      Delete
  7. tambang knderaan awam pun dah naik daa... hurm..
    kak eyda, shad tag akak, http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2015/03/2nd-giveaway-cik-puan-jelita.html (due date 20.3.15 - hari ni, hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tetiba ja naik kan.. ok shad.. akak tak join dah agaknya.. apapun good luck ya..

      Delete
  8. Risau pula bila baca keluh kesah orang pasal GST ni. Harapnya kalau betul nak implement GST ni, kerajaan akan lebih prihatin dan service pun makin bagus. Bukan setakat nak makan duit rakyat je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu belum perlaksanaan GST.. dah mula nanti macam2 boleh dengar.. harap ianya tak akan membebankan rakyat..

      Delete
  9. Kak eyda ambik kat mana nak gak la edisi utara ni... adesss belanja kena jimat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ari tuh ambik kat Petronas.. sekrang tak pasti laa Ekin.. dah tak jumpa buku nih.. kat http://ebook.kpdnkk.gov.my/ pun ada buku nih.. tapi online lerr..

      Delete
  10. Sekarang pun belum gst tapi dah rasa peningkatan perbelanjaan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wana.. memang terasa laa..

      Delete
  11. ayu yang dok dejat dgn gst pon xpaham ape bnd ni lagi tauu
    ase stressje bile pikir pasal nie
    harga makin naik
    gaji kat situ jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa psl.. lagi beberapa hari nak menempuh GST ni..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...