March 16, 2015

BeRBaSiKaL BeRSaMa KiMie


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Minggu cuti persekolahan bagi anak-anak.. Eyda dah hantar balik kampung.. Yelah semalam ada kenduri di kampung.. Esok pun ada kenduri di sana.. Dapat laa diaorang berada di kampung beberapa hari kan..

Eyda nak citer alkisah di petang Jumaat yang lepas.. Lepas Eyda balik umah jer, Kimie ajak main badminton kat sebelah umah.. Apa lagi layan jelah, dah lama tak main badminton dengannya..

Selepas dia membuatkan bulu tangkis sangkut kat atas bumbung, tetiba dia cakap nak pergi pasar malam.. Dia ajak Eyda pergi sama.. Keta yang Eyda dok drive rosak motor kipas.. Nak drive keta yang husband bawak, dia cakap nak keluar..

Lastly Eyda kata kat Kimie, "Jom kita naik basikal pi pasar malam".. Dia dengan suka hatinya, "Jom ibu, ibu bawak Kimie tau".. Eyda apa lagi "Okey"..


http://www.google.com.my/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0CAYQjB0&url=http%3A%2F%2Frojakpasembor.blogspot.com%2F2012%2F04%2Fpihak-berkuasa-tempatan-disaran-membina.html&ei=DicGVdioEtLauQTO34KYAg&bvm=bv.88198703,d.c2E&psig=AFQjCNFW0e9EGesHw-ulVDs0qcVXgDRAaQ&ust=1426552933939473
credit


Eyda bawak basikal Kimie, dan dia duduk di belakang.. Uisshh korang tau tak yang Eyda dah lama sangat tak berbasikal.. Seingat Eyda lastly masa form 4.. Itupun sebelum Eyda ke sekolah teknik.. Bayangkan umur Eyda nih dah 30-an.. Lama kan Eyda tak berbasikal..

Semput jugak laa tera nak sampai pasar malam yang jaraknya lebih kurang 1 km.. Apapun Eyda berjaya mengayuh basikal sehingga ke pasar malam.. Dah sampai tuh siap beli air, spare untuk kayuh basikal balik umah plak..

Sebelum nak kayuh basikal balik, memang Eyda minum air cukup-cukup dulu laa.. Ambik tenaga.. Hehehe.. Apapun Eyda memang berjaya berbasikal ke pasar malam tersebut.. Nak tau en.abang siap cakap, "Nanti kita beli basikal laa, exercise skit".. Adoi laa nak exercise laa sesangat..

Apapun memang terasa penat, semput, lenguh kaki dan macam-macam laa.. Nampak sangat laa lama Eyda tak berbasikal kan..

Asyik naik kereta jer kan Eyda nih.. Motor pun dah lama tak naik.. Nak jalan? Ermm paling jauh pun dalam 50 meter ke 100 meter.. Itu pun bukan selalu kan..Kalau kena menapak jauh dari parking keta ke tempat yang ditujui atau ke pasar malam yang jenis panjang tuh.. Itu jelah..

Korang plak macam mana? Adakah lebih kurang macam Eyda ke rajin bersenam jugak?





21 comments:

  1. seronoknya naik basikal. saya pon last naik mase umur lima tahun, dah duduk rumah flat terus tak naik dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi laa lama tak naik basikal.. hehehe..

      Delete
  2. Wah best nyer dapat naik kayuh basikal.Kitew lasy kayuh basikal masa umur 12 tahun jer.
    lepas tu naik motor ngan kereta.Kalau sekarang naik basikal entah jadi ape erk?
    huhuhu teringin gak nak kayuh basikal round satu taman kan.Boleh kurus macam dulu balik kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba laa petang-petang ke hari minggu ke berbasikal round satu taman.. kena kalau anjing kejar, maunya lagi laju kayuh basikal.. hehehe..

      Delete
  3. nampaknya perlu lebih kerapa berbasikal lah lepas nih :-)

    ReplyDelete
  4. berbasikal semasa ke sekoleh rendah dan menengah, pastu dapat keje belum mampu beli kereta berbasikal ke opis...selepas 2 tahun keje dah beli kereta dah tak berbasikal sehingga sekarang...rasanya boleh kalau nk berbasikal lagi cuma risau letak momtot atas seat tak sampai 5 min sakit...montot besar!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh kak JM pernah berbasikal ke opis.. Eyda belum pernah laa berbasikal ke opis.. setakat bermotosikal pernah laa.. kena exercise montot laa skit tuh.. hehehe..

      Delete
    2. woaaah Akak JM naik basikal gi opis ? daeeebak.. seriously ? jauh tak kayuh tu.. memang jiwa kental sungguh.. ehehe letak pelapik seat yang tebal.. duduk tak sakit.. kalo dak adus..

      Delete
    3. respek laa kat kak JM sebab mampu berbasikal ke opis.. huhuhu..

      Delete
  5. Seronoknya kak eyda dapat berbasikal..dah lama tak naik basikal..teringat dulu hari-hari pergi sekolah naik basikal.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dulu2 best jer naik basikal ke sekolah.. boleh ja kalau kawasan tuh tak sibuk dengan kenderaan..

      Delete
  6. ehehehe anak2 buah CT pun memang mintak balik kg saja kalau time cuti..
    nenek diorang layan semua kehendak memang syokla balik kg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa anak2 kalau dapat balik kanpung, memang tak ingat nak balik umah dah.. seronok ada yang layan..

      Delete
  7. uuuish lama tu tak berbasikal.. samalah kita.. tah tah naik kekok saja rasa..
    bleh sampai pasar malam tu kira okay lagi tu.. skill masih ada ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lama laa.. tak sangka masih mampu mengayuh basikal tuh walaupun dah lama tinggal..

      Delete
  8. Sha pun laaaaaaaaaama giler tak berbasikal. Semalam tengok dalam tv ada LTDL, peh, kagum betul tengok orang berbasikal beratus km. Sha Pulak, bersenam pun maleh, hmm T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah umur banyak nih, semua nak senang.. kalau boleh nak naik motor atau kereta jer.. sesekali berbasikal nih best jugak walaupun 'pancit'.. hehehe..

      Delete
  9. Seronoknya naik basikal... ekin pun last naik masa form 3 tak silap la... nak bersenam tu malas ni rasa nak berlemak tubuh pada belum kahwin tapi timbang tak naik berat pelik2

    ReplyDelete
  10. Bagus juga sekali sekala naik basikal..exercise tu..gaya hidup sihat..hihi

    ReplyDelete
  11. lama tu akk tglkan zaman basikal tuu
    hehehe ayu mmg jarang da bersenam
    nak2 sekarang ni
    tu yang makin debab nie

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...